Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan mewujudkan satu mekanisma untuk mengekalkan harga barang keperluan dan menguruskan keseimbangan antara penawaran dengan permintaan dengan sistematik.
Menterinya Salahuddin Ayub berkata mekanisma tersebut akan memastikan bekalan adalah mencukupi dan harga barangan adalah mampu milik di kalangan rakyat dan mewujudkan persaingan dalam barang keperluan.
"Ia dapat memastikan harga barang keperluan kekal munasabah dan mampu dimiliki di kalangan rakyat selepas cukai jualan dan perkhidmatan (SST) berkuatkuasa pada September," katanya kepada media di rumah terbuka Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Seri Perdana pada Jumaat.
Selain itu, Salahuddin berkata harga barang keperluan menjelang Hari Raya telah menurun berbanding tahun lepas.
"Contohnya, harga ayam turun kepada RM5-RM6 (satu kg) berbanding dengan lebih kurang RM7 tahun lepas, manakala sayur-sayuran yang ada juga harganya turun sebanyak 50 peratus berbanding dengan harga tahun lepas.
"Harga daging juga turun antara 30-50 peratus daripada tahun lepas," katanya.
Sementara itu, ketika diminta mengulas berhubung penamatan monopoli Syarikat Padi Beras Nasional (Bernas), Salahuddin berkata laporan model baharu akan siap dalam masa sebulan.
"Saya sudah menugaskan Majlis Penasihat Pertanian Negara, pakar dan pegawai dalaman di kementerian sendiri serta satu badan bebas untuk mengemukakan beberapa kertas cadangan.
"Semua laporan akan diteliti untuk melaksanakan satu model baharu sebelum dibentangkan ke kabinet nanti," katanya.
Kementerian itu mahu monopoli Bernas ditamatkan untuk membentuk pasaran yang lebih terbuka dan kepada hasil padi dan beras negara selain mewujudkan persaingan yang sihat antara syarikat yang terlibat dalam industri tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 15 2018
Salahuddin berkata harga barang keperluan menjelang Hari Raya telah menurun berbanding tahun lepas. - Gambar fail
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 28 Mac 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Lebih 70,000 peserta FELCRA sudah terima dividen bernilai RM74 juta
FELCRA Berhad sudah mengagihkan bayaran dividen kepada lebih 70,000 peserta di seluruh negara bernilai RM74 juta bagi musim ketiga tahun lalu.
KPDN Sabah terima 67 serahan kes dengan nilai rampasan lebih RM2 juta
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah menerima 67 serahan kes daripada agensi penguat kuasa lain dengan nilai rampasan RM2.01 juta sejak Januari lalu hingga hari ini.
Lapan pendatang tanpa izin dihukum penjara enam bulan di Kelantan
Lapan individu dihukum penjara enam bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Khas bagi Pendatang Asing Tanpa Izin di Tanah Merah semalam.
Lebih banyak kolaborasi bidang TVET antara Malaysia dan China - Ahmad Zahid
Malaysia dan China akan mengadakan lebih banyak kolaborasi dalam Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi memperkasa bidang itu.
KPDN Kelantan sita 34,871 liter minyak diesel di Kuala Krai
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan menyita kira-kira 34,871 liter minyak diesel bernilai lebih RM74,900 di sebuah premis perniagaan di Kuala Krai, semalam.
Baki stok simpanan air di empat empangan pada paras kritikal - NADMA
Empat empangan air di Johor, Pulau Pinang dan Kedah menunjukkan penurunan paras simpanan sumber air mentah pada paras kritikal setakat semalam susulan cuaca panas.
Pesawat Maritim Malaysia bantu padam kebakaran di Miri
Maritim Malaysia telah mengatur gerak pesawat Bombardier CL-415 miliknya, bagi membantu dalam operasi memadamkan kebakaran hutan tanah gambut secara bersepadu.
Polis tahan lelaki bakar mercun di tengah jalan raya
Polis menahan seorang pembantu bengkel yang disyaki membakar mercun di tengah jalan raya, ketika perarakan pengebumian berdekatan sebuah pasar raya di Banting, Selangor, semalam.
Alatan untuk kerja pembersihan jadi keperluan mangsa banjir
Berpuluh kenderaan yang dipenuhi barangan bagi tujuan misi bantuan sudah mula memasuki daerah Hulu Langat.
COVID-19: Ini persiapan 19 barang untuk keperluan sepanjang berada di hospital
Pesakit tidak dapat meminta waris datang ke hospital untuk membawa barangan keperluan dengan mudah.
Peniaga naikkan harga jualan, tak patuh undang-undang boleh didakwa - Nanta
Situasi harga barangan keperluan pengguna yang tidak terkawal, termasuk minyak masak botol di pasaran, menjadi penyumbang kepada kenaikan kos sara hidup rakyat.
Program pengedaran barangan perlu, LPG diperluas ke 137 kawasan baharu
Pertambahan peruntukan kepada RM200 juta untuk program itu tahun ini berbanding RM150 juta pada 2020 membolehkan kementerian memperluas pelaksanaannya ke kawasan baharu yang memerlukan.
Barangan keperluan Aidilfitri mencukupi - KPDNHEP
Pengguna di seluruh negara diminta jangan mudah terpengaruh dengan pelbagai khabar angin.
PKP: Jangan bawa anak keluar beli juadah buka puasa - Polis
Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik berkata pihaknya mengesan ada penjaga yang melakukan perkara demikian di sepanjang bulan Ramadan ini.
Pulau bebas cukai: KPDNHEP pantau harga barangan, perkhidmatan di Pangkor
Pemantauan telah dimulakan sejak awal Disember lalu dan akan diteruskan pada Januari tahun hadapan.
Mekanisma kekal harga barang keperluan akan diperkenal
Ia akan memastikan bekalan adalah mencukupi dan harga barangan adalah mampu milik di kalangan rakyat dan mewujudkan persaingan dalam barang keperluan.
Jualan Sentuhan Rakyat akan diperluaskan ke Sabah, Sarawak
Ini akan memberi peluang kepada rakyat untuk meringankan kos sara hidup mereka dengan membeli barangan keperluan yang lebih murah berbanding biasa.
Ismail Sabri: Usah buat pembelian panik, barang keperluan mencukupi
Menjelang dua minggu sambutan Aidilfitri, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yakin barang keperluan makanan adalah mencukupi.