Kerajaan Negeri Melaka memberi kebenaran kepada penjaja dan peniaga kecil untuk menjalankan perniagaan di kawasan rumah mereka dalam usaha membantu golongan berpendapatan rendah itu yang terjejas akibat COVID-19 khususnya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Bagaimanapun, Ketua Menteri Datuk Sulaiman Md Ali berkata kelonggaran itu masih tertakluk kepada syarat dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan, Majlis Keselamatan Negara dan pihak berkuasa tempatan (PBT) di kawasan masing-masing.
"Kerajaan Negeri Melaka berharap kelonggaran kebenaran yang diberikan ini sedikit sebanyak dapat membantu golongan peniaga dan penjaja kecil di Melaka memperoleh pendapatan untuk kegunaan pada bulan Ramadan dan persiapan menyambut Aidilfitri.
"Namun perlu ingat, kelonggaran kebenaran yang diberikan ini boleh ditarik balik serta-merta jika penjaja dan peniaga tidak mematuhi atau melanggar syarat ketat dan SOP yang ditetapkan," menurutnya dalam kenyataan di sini malam ini.
Beliau berkata semua sektor dan subsektor ekonomi, khususnya makanan, yang dibenarkan dibuka semula dalam tempoh PKPB akan dibenarkan beroperasi sehingga 9 malam.
Katanya ia meliputi sektor makanan (perniagaan berpremis) melibatkan restoran, medan selera/medan penjaja, gerai makan tepi jalan berbumbung/kiosk dan sektor makanan (perniagaan/penjajaan tanpa premis) seperti kenderaan saji, penjaja beredar dan penjaja tepi jalan sementara.
Sulaiman bagaimanapun berkata hanya perkhidmatan bawa pulang dan penghantaran dibenarkan manakala kebenaran untuk makan dalam premis adalah tidak dibenarkan.
Beliau berkata pengoperasian sektor itu juga tertakluk kepada syarat lesen perniagaan yang ditetapkan PBT di kawasan masing-masing dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 05 2020
Kelonggaran itu masih tertakluk kepada syarat dan SOP yang ditetapkan Kementerian Kesihatan, Majlis Keselamatan Negara dan PBT. - Gambar fail
Bank Indonesia naikkan kadar faedah kepada 6.25 peratus, dijangka terakhir bagi 2024
Kenaikan kadar faedah utama Bank Indonesia kepada 6.25 peratus pada Rabu, berkemungkinan besar menjadi yang pertama dan terakhir untuk bank itu bagi 2024.
Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel berlabuh wajar dicontohi
Tindakan kerajaan Malaysia melarang syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel iaitu ZIM daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan di negara itu, wajar dijadikan contoh.
Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Cucu kepada bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela, menjadi antara peserta yang akan menyertai misi Break The Siege: Freedom Flotilla To Gaza yang dijadualkan memulakan pelayaran hari ini.
Bantah perang di Gaza meningkat di Universiti, Kolej A.S
Protes terhadap Israel memenuhi jalan-jalan di Brooklyn dan meningkat di universiti-universiti di seluruh Amerika Syarikat.
KMUM cela agenda dakyah zionis di Universiti Malaya
Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) dalam pada itu mengambil pendirian dengan tegas mengecam terhadap kenyataan dikeluarkan oleh ilmuwan pro-zionis di Universiti Malaya.
Penceramah zionis: Netizen kecam pensyarah label Malaysia Islam-fasis
Rata-rata mereka berkata, Ahli akademik pro Zionis itu tidak dialu-alukan di Malaysia dan ideologi Zionis tidak diterima di negara ini.
Pesawat bawa mendiang Joanna tiba di Kuching
Pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membawa jasad mendiang Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia Rohna, 26.
EPL: Pertahan teman wanita, Rice buktikan masih wujud lelaki budiman
Pemain tengah Arsenal Declan Rice memuji teman wanita Lauren Fryer dan mempertahankannya selepas beberapa kumpulan pembenci memalukannya.
Reaksi penstrukturan semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Bersama ditalian, Ketua Kluster Mikroekonomi, Pusat Kajian Pembangunan Inklusif dan Lestari (SID), Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Mustazar Mansur.
Aishah terkejut, tak sangka video nyanyian spontan tepi jalan jadi tular
Menurut Aishah, tindakan yang dilakukannya itu adalah secara kebetulan dan tidak dirancang sama sekali.
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Warga emas maut dalam perjalanan pulang selepas rai Aidilfitri
Seorang wanita warga emas yang dalam perjalanan pulang selepas meraikan Aidilfitri bersama keluarga maut apabila kereta dinaiki terlibat dengan kemalangan dengan sebuah lori.
Kerajaan Johor gesa Ranhill SAJ segera tangani isu gangguan bekalan air
Kerajaan Johor menggesa Ranhill SAJ untuk segera menangani isu gangguan bekalan air yang masih berlaku pada musim perayaan Aidilfitri ini.
'Jem' luar biasa! 18 jam redah kesesakan balik raya
Tempoh perjalanan menjadi panjang disebabkan oleh masalah kesesakan lalu lintas akibat pertambahan kenderaan di atas jalan raya.
Lebih 20,000 kunjungi Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Sabah
Lebih 20,000 tetamu menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Sabah hari ini.
Aliran trafik semakin sesak, kemalangan di beberapa kawasan
Aliran trafik sesak selepas Plaza Tol Sungai Besi menuju ke pusat bandar setakat jam 4.50 petang.
Kegembiraan rai Aidilfitri bertukar tragedi
Nahas yang berlaku kira-kira pukul 12.45 tengah malam itu menyebabkan mangsa Nurul Izati Yunus, 23, meninggal dunia di tempat kejadian.
Aliran trafik tinggi, perlahan susulan perantau mula pulang ke ibu kota
Aliran trafik tinggi ke Kuala Lumpur dari Karak ke Tol Bentong dan Bukit Tinggi ke Genting Sempah sehingga Gombak.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
'Masuk rumah rasa lain' - Terkesan pemergian nenek, Zizan Razak jarang beraya di Terengganu
Anggap raya sebagai waktu berehat, Zizan bagaimanapun memberitahu dia mungkin akan pulang ke pantai timur hanya untuk berjumpa bapanya