Kerajaan Negeri Melaka mahu penternak babi di kawasan Paya Mengkuang, Alor Gajah dekat sini komited dalam mencari penyelesaian masalah pencemaran yang disebabkan oleh aktiviti penternakan itu.
Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron berkata isu pencemaran terutama di Sungai Tuang dekat sini akibat penternakan itu telah berlarutan sejak sekian lama, malah sukar memperoleh jalan penyelesaian akibat kurangnya komitmen penternak babi itu dalam menyelesaikan masalah tersebut.
Justeru beliau berkata kerajaan negeri memberi tempoh selama tiga bulan untuk penternak babi itu menjalankan perbincangan dan rundingan dengan wakil kerajaan negeri bagi mendapatkan satu pelan penyelesaian supaya penternakan babi tidak lagi menjadi penyebab pencemaran di kawasan itu.
"Ini bukan masalah setempat lagi, tetapi masalah serius yang dirasai semua orang sama ada Melayu, Cina atau semua bangsa di sana, malah menjadi perhatian pelancong luar negara. Jadi ia memerlukan suatu pelan tuntas dan tidak bertangguh supaya tiada yang terima bahananya nanti," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Melaka di Ayer Keroh di sini.
Bernama pada 12 Mei lepas melaporkan keluhan pengusaha pusat peranginan di Masjid Tanah, Alor Gajah tentang pencemaran pantai serta sungai terutama di Sungai Tuang ekoran penternakan babi di kawasan berkenaan yang memberi kesan negatif terhadap sektor pelancongan di kawasan itu.
Idris berkata kerajaan negeri tidak akan sama sekali berkompromi terhadap mana-mana penternak babi yang berterusan mengakibatkan pencemaran itu dan akan mengambil tindakan tegas terhadap penternak tersebut.
"Kami tidak lagi boleh berkompromi dalam isu ini hingga jejaskan kehidupan rakyat setempat dan juga sektor pelancongan di kawasan itu, jadi saya minta penternak berikan komitmen mereka untuk selesaikan masalah ini," katanya.
Mengulas mengenai pelan penternakan babi yang sesuai di kawasan itu, beliau berkata penternakan babi di Belanda adalah suatu bentuk penternakan yang perlu dicontohi kerana mengamalkan penternakan yang bersih dan tertutup.
"Penternakan di negara itu mementingkan soal kebersihan yang masyarakat setempat tidak pun terkesan akibat penternakan itu, malah jika kita melawat negara itu kita pun tidak perasan Belanda mempunyai antara penternakan babi terbesar di dunia. Ini kerana sistem penternakan dan pemprosesan mereka amat baik dan berkesan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 31 2017
Keadaan pesisir pantai di Pangkalan Balak yang dicemari sisa dipercayai akibat limpahan air kumbahan babi ekoran jarak pantai dan pusat penternakan babi di Paya Mengkuang hanya kira-kira satu kilometer, 12 Mei, 2017. --fotoBERNAMA
Iran nafi diserang Israel, anggap propaganda media Barat
Pegawai Kerajaan Iran mendakwa mendakwa, ia hanyalah sebahagian daripada propaganda media barat, untuk mengelirukan pandangan dunia.
AWANI Ringkas: Beras dibuang sebab telah rosak, tidak selamat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[INFOGRAFIK] Letusan Gunung Ruang
Berikut adalah info berkenaan dengan letusan Gunung Ruang di Wilayah Sulawesi Utara.
Kanak-kanak perempuan 8 tahun cedera dipercayai jadi mangsa buli anak jiran
Polis mengesahkan menerima laporan kejadian kanak-kanak berusia lapan tahun, dipercayai menjadi mangsa buli anak jiran di Hulu Langat, di sini baru-baru ini.
Perang Iran-Israel, kesan kepada geopolitik Asia Barat
Penasihat Kehormat, Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor memberikan analisis semasa mengenai perang Iran dan Israel serta kesannya kepada geopolitik di Asia Barat.
Colombia bergelut masalah air, takungan negara kering
Rakyat di seluruh Colombia bergelut dengan catuan air apabila takungan di negara itu kering.
Menurut National Interconnected System XM, takungan di Colombia telah jatuh mendadak kepada paras di bawah 28.75% daripada kapasitinya.
Menurut National Interconnected System XM, takungan di Colombia telah jatuh mendadak kepada paras di bawah 28.75% daripada kapasitinya.
Ketua tentera Kenya maut dalam nahas helikopter
Ketua tentera Kenya, Francis Ogolla, meninggal dunia dalam nahas helikopter di bahagian barat negara itu pada Khamis.
Perkara itu diumumkan Presiden Kenya, William Ruto dalam ucapan yang disiarkan di televisyen.
Perkara itu diumumkan Presiden Kenya, William Ruto dalam ucapan yang disiarkan di televisyen.
Jangan panik berita palsu tsunami di Sulawesi - BASARNAS
Susulan amaran tsunami yang dikeluarkan Badan Geologi Kementerian Tenaga dan Sumber Daya Mineral Indonesia di Sulawesi akibat letusan Gunung Ruang.
Pegawai Komunikasi Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS) Manado, Feri Ariyanto menasihatkan kepada penduduk Indonesia dan negara sekitar supaya tidak panik dengan berita palsu di media sosial.
Pegawai Komunikasi Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS) Manado, Feri Ariyanto menasihatkan kepada penduduk Indonesia dan negara sekitar supaya tidak panik dengan berita palsu di media sosial.
Ruang udara Sulawesi merbahaya, buat penerbangan dan manusia
Penutupan lapangan terbang dan ruang udara bagi penerbangan komersial di Sulawesi dan kawasan terjejas adalah berpandukan kepada arahan pihak berkuasa Indonesia.
Justeru Pegawai Komunikasi Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS) Manado, menasihatkan orang ramai patuh kepada arahan, kerana abu volkano yang terlepas di udara adalah merbahaya, terutamanya hubungan secara terus kepada manusia.
Justeru Pegawai Komunikasi Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS) Manado, menasihatkan orang ramai patuh kepada arahan, kerana abu volkano yang terlepas di udara adalah merbahaya, terutamanya hubungan secara terus kepada manusia.
Polis tumpas sindiket bekal sistem rekod, kira wang kepada pusat panggilan
Polis menumpaskan sindiket membekalkan sistem rekod dan mengira wang kepada pusat panggilan bagi menjalankan penipuan dalam talian yang menumpukan kepada warga China.
Satu PPS di Alor Gajah dibuka, tempatkan 51 mangsa banjir
Mangsa terdiri daripada 13 keluarga dari sembilan kampung di daerah Alor Gajah, ditempatkan di Balai Raya Balik Balai.
Lebih 50 rumah terjejas akibat banjir kilat di Melaka
Sekurang-kurangnya 57 rumah penduduk di Melaka Tengah dan Alor Gajah terjejas akibat banjir kilat susulan hujan lebih dua jam sejak pukul 3 petang tadi.
Melaka cadang wujud Jelapang Padi Selatan
Kerajaan Melaka akan kemuka cadangan wujud Jelapang Padi Selatan kepada kerajaan Persekutuan bagi menjamin bekalan padi negara pada masa depan.
Lima pegawai polis antara enam ditahan proses ketum
Kesemua lelaki yang terdiri daripada pegawai kanan, pegawai rendah dan orang awam berusia antara 31 dan 55 tahun itu ditahan malam tadi.
Pelajar Tingkatan 3 maut ketika hantar adik ke sekolah
Mohamad Iqmal Daniel yang menunggang Yamaha 135LC sedang membawa dua adiknya dalam perjalanan dari rumah mereka ke SK Sungai Tuang.
Mayat wanita tanpa kepala, kaki dan tangan ditemukan dalam tong sampah
Seorang wanita dibunuh kejam apabila bahagian badannya ditemukan disumbatkan ke dalam tong sampah di Pulau Sebang, Alor Gajah, Melaka.
Dua individu mengaku salah palsukan hak milik tanah
Tiga individu didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh atas pertuduhan menggunakan dokumen palsu bagi tujuan penukaran hak milik tanah.
Garisan bercahaya dalam gelap pada tiga jalan di Melaka
Tiga jalan berkenaan ialah Jalan Kemuning-Hutan Percha di daerah Alor Gajah serta Jalan Tehel-Bukit Katil dan jalan Bemban-Serkam di daerah Jasin.
Melaka laksana program khas bantu mudahkan OKU dapat lesen memandu
Golongan OKU berpeluang berdikari dan mencari pendapatan sendiri seperti berniaga menggunakan motosikal roda tiga.
Anak hilang, ibu luluh dimaklumkan penemuan mayat
Luluh hati seorang ibu apabila dimaklumkan mengenai penemuan mayat dibunuh dan dibakar dipercayai anaknya di kawasan Hutan Percha, Alor Gajah minggu lalu.