Orang Melayu perlu meneroka industri baharu dan menimba pengalaman dalam sektor berkenaan bagi mengubah nasib kaum itu seperti yang dilakukan oleh rakyat Korea Selatan sejak sekian lama.
Penganalisis politik Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berpendapat ketika ini pelan yang strategik diperlukan untuk membawa kaum itu supaya lebih berpendidikan dalam industri baharu.
"Kita makin ketinggalan berbanding negara maju lain contohnya Korea (Korea Selatan), masa dahulu kita (Malaysia) lebih maju dari Korea tapi sekarang Korea tinggalkan kita.
"Ya, mereka (Korea Selatan) memang berusaha meneroka teknologi terkini dan mempelajari serta menjadi pemain kepada industri tersebut. Jadi, kena ada agenda (seumpama) itu dalam orang Melayu dan dibantu dengan dasar yang betul," katanya.
Terdahulu hari ini dalam Kongres Maruah Melayu, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, hanya Melayu yang boleh memulihkan maruah mereka sendiri tanpa mengharapkan orang lain untuk melakukannya dalam mengatasi isu maruah Melayu yang sering dipandang hina di negara sendiri.
Menurut Perdana Menteri, kerajaan dengan sendirinya walaupun dipimpin oleh Melayu, tidak boleh memulihkan maruah Melayu sekiranya kaum itu tidak mahu berusaha untuk mengubah nasib mereka.
Dalam pada itu, Pensyarah Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Dr Jayum Jawan berpendapat bahawa orang Melayu (dan Bumiputera) perlu sentiasa menyediakan diri mereka untuk bersaing secara bebas tanpa bantuan dan melakukannya atas kemampuan diri.
Beliau menjelaskan, persaingan ekonomi bagi orang Melayu bukanlah semata-mata dengan kaum lain dan sekadar dalam negara memandangkan dunia global tidak mengira siapa dan tidak akan menunggu Melayu dan Bumiputera.
"Persaingan dalam zaman dunia tanpa sempadan ialah di peringkat global, di mana hasil dan keuntungan adalah lebih besar, pasaran dan permintaan barangan juga besar serta tiada had.
"Itu patut dijadikan medan perebutan, persaingan dan bukan dalam Malaysia yang amat kecil," katanya ketika diminta mengulas berhubung kenyataan Dr Mahathir berhubung kegagalan orang Melayu merebut peluang yang ada menyebabkan orang asing mengambil peluang tersebut dan memajukan diri mereka sehingga menjadi kaya di negara ini.
Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pula berkata walaupun amanat Perdana Menteri pada Kongres Maruah Melayu kedengaran perit, namun ia harus diambil secara positif.
"Generasi muda orang Melayu perlu membuktikan mereka mampu berjaya sekaligus memperbaiki tahap kehidupan mereka.
"Anggaplah ucapan Tun Dr Mahathir itu sebagai cabaran untuk kita berubah terutamanya bagi generasi muda. Kita perlu buktikan bahawa kita bukan lemah dan mampu berjaya seperti bangsa lain," katanya ketika diminta mengulas ucapan Dr Mahathir selepas kongres berkenaan.
Dalam pada itu, anggota jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menyokong ucapan Dr Mahathir yang menyatakan kegagalan kaum Melayu adalah disebabkan sikap mereka sendiri.
Kaum Melayu juga dilihat tidak menggunakan asas agama sebagai pendorong untuk mereka berubah ke arah yang lebih baik, katanya.
Kongres Maruah Melayu anjuran empat universiti - Universiti Malaya, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Universiti Putra Malaysia dan Universiti Teknologi Mara bertujuan membincang serta mencari penyelesaian masalah orang Melayu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 06 2019
AZIZUDDIN: Kita makin ketinggalan berbanding negara maju lain contohnya Korea Selatan. -Gambar fail
MYStartup lancar program pemecut ketiga perkasa syarikat pemula niaga
MYStartup terus memperkasa syarikat pemula niaga di Malaysia dengan memulakan program pemecut ketiganya MYStartup Accelerator Kohort 3.
Perdagangan Malaysia meningkat 7.1% tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion - MITI
Perdagangan Malaysia bagi Januari hingga Mac 2024 mengekalkan trend peningkatan, merekodkan pertumbuhan 7.1 peratus tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion, dengan lebihan dagangan RM34.22 bilion.
Keselamatan makanan, perubahan iklim agenda utama Malaysia selaku Pengerusi ASEAN
Memperkukuh keselamatan makanan serantau dan menangani cabaran mendesak perubahan iklim adalah antara agenda utama yang akan diketengahkan Malaysia apabila memegang tampuk Pengerusi ASEAN.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Konflik Israel-Iran bukan urusan kami' - FFC
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tetap akan diteruskan sekiranya konflik di antara Israel dan Iran terus meningkat.
KKR harap projek naik taraf 3 jalan di Johor dilaksana tahun depan - Ahmad Maslan
Kementerian Kerja Raya (KKR) berharap kerja naik taraf tiga jalan di Johor dapat dilaksanakan tahun hadapan susulan pertambahan kenderaan menggunakan jalan tersebut.
KDNK Malaysia suku pertama dianggar berkembang 3.9% dipacu sektor perkhidmatan - DOSM
Sektor pembinaan menunjukkan pertumbuhan yang signifikan sebanyak 9.8 peratus berbanding 3.6 peratus pada suku tahun sebelumnya, terutama dipacu oleh subsektor kejuruteraan awam.
MARGMA yakin permintaan sarung tangan getah global meningkat pada 2024
Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) yakin permintaan global terhadap sarung tangan getah akan meningkat pada 2024.
Letusan Gunung Ruang: Kualiti udara di Sarawak tidak terjejas
Letusan Gunung Ruang di Indonesia tidak menjejaskan kualiti udara di Sarawak.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April depan.
Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April 2024 bersamaan hari Rabu.
Korea Selatan, Malaysia bincang kaedah tingkatkan rantaian bekalan bahan mentah, ekonomi
Korea Selatan dan Malaysia membincangkan cara untuk memperkukuh hubungan ekonomi dua hala dan meningkatkan kerjasama dalam rantaian bekalan bahan mentah serta sektor industri baharu.
Melayu perlu teroka, jadi pemain industri baharu - Pensyarah
Orang Melayu perlu meneroka industri baharu dan menimba pengalaman dalam sektor berkenaan bagi mengubah nasib kaum itu seperti yang dilakukan oleh rakyat Korea Selatan sejak sekian lama.