‘THE mind, once stretched by a new idea, will never return to it’s original dimensions’ – Ralph Waldo Emerson.
Pendapat ahli falsafah tersohor antarabangsa itu merujuk kepada keperluan setiap manusia membuka fikiran terhadap apa saja disiplin dalam kehidupan.
Prinsip Emerson itu juga ada pertaliannya dengan dunia rekaan.
Saya ingin merujuk pada pengalaman menghadiri sebuah restoran untuk menikmati makan malam bersama beberapa teman usai menjalani minggu fesyen perkahwinan baru-baru ini.
Ada percubaan untuk mendapat pandangan saya terhadap persembahan-persembahan koleksi oleh pereka fesyen.
Pendirian saya amat berbeza when it comes to giving critics on fashion walaupun saya digelar sebagai fashion critic.
Where design is concerned, there’s no right or wrong tapi penilaian boleh dibuat dari segi ketukangan (craftsmanship).
Untuk menghasilkan sesuatu rekaan, pereka terpaksa melalui satu proses pemikiran yang mendalam.
Pereka akan terdahulu memilih satu subject matter, menerokai garis reka bentuk di dalam subject matter itu dan mengadaptasikan elemen-elemen itu di dalam rekaannya.
Kalau proses pemikiran tidak meluas atau mendalam, rekaan yang terhasil akan kelihatan ‘cacat’.
Akan kelihatan kurang dari segi perincian atau salah perincian dan sebagainya.
Objektif setiap pereka adalah untuk menghasilkan rekaan yang cantik.
Cantik pula suatu hal yang subjektif, apa yang kita pandang dan menghargai sebagai cantik atau menarik mungkin tidak pada pandangan orang lain, disebabkan penghayatan terhadap nilai estetika yang berbeza diantara kita.
Bagaimanapun, nilai estetika yang terbina dalam diri kita bukanlah sesuatu yang stagnant.
Kita boleh melatih semula mata kita untuk melihat, memahami dan menerima sesuatu baru yang dipersembahkan kepada kita.
Kalau kita berada di dalam industri fesyen, kita wajib mempunyai mind set ini.
Sebabnya? Fesyen merupakan satu ‘entity’ yang amat dinamik.
Kita boleh gambarkan fesyen sebagai satu gelombang tenaga yang tidak henti berputar, sentiasa bergerak, sentiasa berubah serta sentiasa berkembang.
Kalau kita tidak dapat bergerak seiring dengan dengan gelombang ini, kita tidak akan dapat melihat dan menghargai kecantikan, keindahan rekaan rekaan yang berlaku di sekeliling kita.
Dari luar, industri fesyen kelihatan begitu glamor. Hakikatnya, ia amatlah mencabar.
Saperti kata Heidi Klum didalam rancangan Project Runway: "One day you’re in, the next day you’re out."
Begitu juga dengan trend fesyen, begitu juga dengan penghargaan nilai estetika.
Kepada yang ingin menceburi bidang fesyen, bersedialah untuk menghadapi ‘serangan-serangan’ yang disebut di atas, bukalah minda seluas luasnya supaya dapat menjamin jangka hayat yang panjang didalam industri ini.
* Zaihani Mohd Zain merupakan pengulas dan pengkritik fesyen.
** Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Zaihani Mohd Zain
Fri Feb 08 2019
REKAAN Commedesgarcons bukan sekadar rekaan, sebaliknya, ia merujuk kepada aliran pemikiran manusia. - Gambar Instagram Commedesgarcons
Kerajaan Persekutuan ambil alih Projek LRT Pulau Pinang
Projek pembangunan LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang akan diambil alih oleh Kerajaan Persekutuan tetapi dengan meletakkan syarat kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Pengarah syarikat dakwa pemilik RM500,000 beri keterangan esok - Ketua Polis Selangor
Pengarah syarikat yang mendakwa pemilik bagasi berisi wang RM500,000 yang ditemukan di tempat letak kereta dijangka hadir memberikan keterangan esok.
Bernas ceriakan Aidilfitri pesawah asnaf
Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) menceriakan 45 asnaf dan komuniti pesawah sempena Aidilfitri tahun ini.
Inisiatif Gema Ramadan Menyantuni Penuh Ikhlas adalah sebagai inisiatif untuk menyumbang kepada masyarakat dengan menekankan fokus strategik ke atas impak yang lebih bermakna, melangkaui Tanggungjawab Sosial Korporat semata-mata.
Inisiatif Gema Ramadan Menyantuni Penuh Ikhlas adalah sebagai inisiatif untuk menyumbang kepada masyarakat dengan menekankan fokus strategik ke atas impak yang lebih bermakna, melangkaui Tanggungjawab Sosial Korporat semata-mata.
[TERKINI] Mahkamah Tinggi arah Isa dan Emir bayar RM3.31 juta
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Tan Sri Isa Samad dan Datuk Mohd Emir Mavani Abdullah membayar lebih RM3.31 juta kepada FGV Holdings Berhad.
KJ akhirnya dapat isi PADU selepas identiti dicuri
Khairy Jamaluddin akhirnya berjaya mendaftar dalam sistem PADU selepas mendakwa akaunnya telah didaftarkan oleh individu yang tidak dikenali.
Aset rizab rasmi Malaysia AS$114.28 bilion akhir Februari 2024 - BNM
Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah US$114.28 bilion pada akhir Februari 2024 manakala aset mata wang asing lain adalah US$202.69 juta (US$1=RM4.73), kata Bank Negara Malaysia (BNM).
Tiada kemunculan Amad, pertemuan Man United-Brentford
Kedua-dua pasukan Manchester United dan Brentford kehilangan seorang pemain kerana penggantungan untuk pertembungan Liga Perdana Inggeris Sabtu ini.
Singgah Sahur UMPSA santuni anak yatim, agensi keselamatan
Program Singgah Sahur UMPSA bukan sekadar bertujuan berkongsi rezeki, tetapi juga menjentik rasa keinsafan dan kesyukuran.
Sarawak Energy kini penaung Majlis Tenaga Dunia, pertama dari Asia Tenggara
Sarawak Energy secara rasmi menjadi penaung global Majlis Tenaga Dunia, sekali gus menjadikannya yang pertama dari rantau Asia Tenggara.
Dua lelaki tak mengaku rompak, menyamar polis
Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban pada Jumaat atas pertuduhan melakukan rompak berkumpulan terhadap seorang lelaki, minggu lalu.
Jiman Casablancas meninggal dunia
Tinjauan di media sosialnya turut dikirimkan ucapan takziah oleh pengikut dan teman rapat yang mengenali Allahyarham.
Ada apa dengan kepala singa Kylie Jenner?
Koleksi itu diilhamkan oleh "Inferno" Dante dan metafora keraguan serta kesukaran perjalanan kreatif yang dialami semua artis.
Penggemar fesyen tukar sampah jadi payung, beg tangan
Ahmad Afiq hanya menggunakan pita pelekat dan kemahiran menjahitnya bagi menghasilkan produk yang praktikal dan boleh digayakan.
Hutang hampir cecah RM300 juta, Victoria Beckham tetap tekad teruskan perniagaan
Victoria dilaporkan tetap bertekad meneruskan perniagaannya walaupun dikritik pemerhati sebagai 'projek sia-sia'.
Balenciaga perkenal 'beg sampah' paling mahal berharga lebih RM7,900
Hal ini mungkin tidak menghairankan kerana Balenciaga sememangnya terkenal dengan ciptaan luar kebiasaan dan eksperimen sosial.
Pereka fesyen Issey Miyake meninggal dunia akibat kanser
Mendiang Issey Miyake meninggal dunia akibat kanser hati pada 5 Ogos lalu pada usia 84 tahun.
Zara vs Zana: Jenama fesyen kecil menang kes tanda dagang
Hakim tribunal memutuskan bahawa butik yang berpangkalan di Darlington, England, House of Zana boleh mengekalkan namanya.
Lestarikan alam sekitar menerusi fesyen - Hatta Dolmat
Hatta Dolmat sekali lagi tampil dengan kelainan tersendiri mengayakan koleksi fabrik yang dihasilkan daripada sisa plastik bersempena KL Fashion Week 2022 Ogos ini.
Bekas jurugambar peribadi Puteri Diana meninggal dunia
Demarchelier merupakan jurugambar peribadi Puteri Diana pada tahun 1989, menjadikannya jurugambar bukan kelahiran British pertama bekerja dengan keluarga diraja.
KLFW 2021 gabungan fesyen dan warisan
KLFW edisi kesembilan itu bukan sahaja menjadi platform meraikan bakat pereka tempatan, malah menghidupkan semula pameran tekstil Malaysia.