Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberikan penghormatan kepada semua kaum bapa sempena sambutan Hari Bapa hari ini.

Dalam status Twitter terbaru beliau di@NajibRazak, perdana menteri berkata membesarkan anak-anak adalah tanggungjawab yang amat besar malah ia adalah suatu keistimewaan yang luar biasa.

"Kepada semua bapa di luar sana, Selamat Hari Bapa!," katanya.

Hari Bapa disambut bagi meraikan sumbangan kaum bapa dan individu yang memainkan peranan sebagai bapa untuk kehidupan anak-anak mereka yang disambut pada Ahad ketiga dalam bulan Jun.

-- BERNAMA