Umat Islam di nagara ini diminta tidak menjadikan budaya baharu dengan memegang anjing dan mereka perlu bertaubat dengan perbuatan mereka itu.
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Tan Sri Othman Mustapha berkata perbuatan seumpama itu akan menimbulkan keresahan dalam kalangan umat Islam kerana ia bercanggah dengan pegangan mazhab Syafie serta adat masyarakat Islam tempatan.
"Menurut mazhab Syafie, umat Islam dilarang menyentuh anjing secara sengaja kerana menajiskan diri mereka tanpa tujuan yang munasabah adalah haram di sisi Islam.
"Perbuatan sebegini dilihat seolah-olah cuba mencipta budaya baharu yang boleh membawa kepada perbuatan menghina agama Islam," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau mengulas tindakan seorang wanita Islam yang dikenali sebagai Nurhanizah Abdul Rahman yang memuat naik gambar videonya di Facebook pada Sabtu lepas dengan menceritakan berkaitan anjing peliharaannya yang dinamakan Bubu.
Othman berkata pada dasarnya Islam tidak memandang keji kepada binatang termasuk anjing sebagai satu makhluk Allah, apatah lagi untuk menyeksa, memukul dan membunuh anjing tanpa sebab adalah sama sekali bertentangan dengan ajaran Islam.
Bagaimanapun katanya dalam mazhab Syafie, umat Islam tidak dibenarkan untuk menjadikan haiwan itu sebagai binatang peliharaan.
Malah, Islam mewajibkan semua umatnya memelihara kesucian diri, pakaian dan tempat tinggal agar ia tidak menjejaskan amal ibadah seharian mereka.
Katanya, walaupun Islam meletakkan kaedah sertu atau samak apabila terkena najis yang dikategorikan sebagai mughallazah atu najis berat, namun kaedah tersebut bukanlah alasan untuk membolehkan seseorang itu memegang najis mughallazah secara sengaja.
"Tindakan tersebut samalah seperti orang yang sengaja melakukan dosa dengan alasan akan bertaubat kemudiannya," katanya.
Othman berkata bagi mencari jalan penyelesaian terhadap isu itu secara berhikmah demi kebaikan bersama, individu tersebut dinasihatkan agar merujuk kepada Jakim berkaitan hukum memelihara anjing.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 05 2017
Umat Islam dilarang menyentuh anjing secara sengaja kerana menajiskan diri mereka tanpa tujuan yang munasabah adalah haram di sisi Islam. - Gambar hiasan
Lima penjawat awam direman bantu siasatan kes terima suapan
Lima penjawat awam direman bagi membantu siasatan kes menerima suapan RM3,000 hingga RM15,000 daripada kontraktor berkait kerja pembersihan.
AFPPD pilih Malaysia jadi tuan rumah pejabat sekretariat
Forum Ahli Parlimen Negara Asia Mengenai Populasi dan Pembangunan (AFPPD) memilih Malaysia sebagai pilihan utama untuk menempatkan pejabat sekretariatnya.
Nahas helikopter Lumut: "Nampaknya dia yang 'pergi' dulu..." - Ibu Allahyarham Komander Firdaus
Komander Muhammad Firdaus anak yang bertanggungjawab serta contoh yang baik kepada adik-adik yang lain, malah sangat mengambil berat tentang keperluan keluarga.
EPL: Dua bintang remaja ditahan kerana disyaki merogol
Dua pemain bola sepak Liga Perdana Inggeris telah ditangkap pada hujung minggu kerana disyaki merogol dan melakukan serangan.
Paul Yong fail rayuan kes rogol amah di Mahkamah Persekutuan
Paul Yong memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan pada 5 Mac lalu, berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan sabitan bersalah merogol pembantu rumah warga Indonesia.
Nahas helikopter Lumut: Laporan interim siap dalam masa dua minggu - Fahmi
Menteri Pertahanan akan membuat pengumuman berhubung bantuan yang akan diberikan pada Rabu.
Gadang rayu EPU ketepikan keperluan ekuiti Bumiputera bagi pengambilan tanah Kwasa Damansara
Gadang Holdings Bhd berkata ia akan merayu kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU) untuk mengenepikan keperluan ekuiti Bumiputera bagi memudahkan pemilikan tanah seluas 21.08 ekar di Kwasa Damansara.
Doa dan kenangan buat pejuang
Titipan doa Wartawan Ridauddin Daud buat pejuang negara yang meninggal dunia dalam nahas dua helikopter di Pangkalan TLDM. Semoga roh mereka dicucuri rahmat.
PM Vietnam cadang ASEAN jadi model transformasi digital global
Perdana Menteri Vietnam mencadangkan orientasi kejayaan untuk menjadikan ASEAN sebagai model dalam transformasi digital di peringkat global.
Proses bedah siasat selesai, penghormatan terakhir mengikut tradisi tentera laut
Ridauddin Daud membawakan perkembangan terkini penghomatan terakhir kepada 10 mangsa insiden helikopter TLDM yang terhempas di Lumut.
Bilakah umur paling sesuai untuk anak berpuasa? Mungkin ini jawapannya
Ramai yang keliru untuk benarkan anak-anak berpuasa apatah lagi mereka masih kecil, bimbang perut tidak tahan, risau anak tidak bermaya.
SIC tidak berhasrat hukum komuniti perlumbaan drag
Azhan berkata komuniti perlumbaan drag adalah sebahagian daripada keluarga sukan permotoran, yang perlu dididik mengenai pematuhan kepada SOP.
COVID-19: Hukum ditetapkan selaras pandangan tokoh ilmuwan Islam dunia - Zulkifli
Hukum penggunaan vaksin COVID-19 dalam kalangan umat Islam dalam negara, adalah selaras dengan pandangan tokoh-tokoh ilmuwan Islam dan institusi-institusi fatwa dunia.
Tak perlu bimbang status vaksin, hukumnya sudah dibincangkan sebaiknya
Umat Islam di Malaysia tidak perlu bimbang dengan status vaksin COVID-19 terutama dari segi hukum kerana vaksin dipasarkan di Malaysia sudah melalui perbincangan Jawatankuasa Muzakarah Kebangsaan.
Vaksin COVID-19: Hukum pengambilan harus, wajib diambil golongan ditetapkan kerajaan
Perkara itu diputuskan oleh Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia
Anak Mat Sabu dihukum penjara 8 bulan
Ahmad Saiful Islam Mohamad didapati bersalah oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas dakwaan penyalahgunaan dadah pada awal tahun lalu.
'Haiwan diseksa, jadi bahan ujikaji kimia' - Video tular cetus kemarahan netizen
Spesis haiwan seperti monyet, kucing dan anjing menjerit kesakitan setelah dijadikan bahan eksperimen oleh makmal tersebut.
Kajian peringkat nasional keluarkan cubaan bunuh diri dari Kanun Keseksaan - JPM
Proses mengambil masa panjang terutama dalam memastikan mereka yang mengalami masalah kesihatan mental mendapatkan rawatan yang sewajarnya dan bukan dihukum.
Didik masyarakat jangan hukum pengguna dadah
Pelbagai usaha perlu dilakukan termasuk dengan memberikan pendidikan dan maklumat yang tepat agar orang ramai boleh mengubah stigma mereka terhadap pengguna dadah.
Kecoh kisah anak luar nikah tidak boleh dinikahi, ini penjelasan PU Azman
Baru-baru ini tular di media sosial mengenai satu status tentang anak luar nikah yang tidak boleh dinikahi oleh mana-mana lelaki dan perempuan yang berpegang kuat pada agama.