Menara pemprosesan gas di Santong, Dungun terbakar

Menara pemprosesan gas di Santong, Dungun terbakar
Insiden itu dikatakan berlaku ketika hujan berserta kilat dan dipercayai berlaku percikan api yang menyebabkan kebakaran meletus. - Foto Astro AWANI
DUNGUN: Sebuah menara pemprosesan gas milik Petronas di Santong, di sini dilaporkan terbakar petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 petang Selasa itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.
Ketika kejadian, difahamkan tiada pekerja yang berada di sekitar lokasi berkenaan.

Insiden berlaku ketika hujan berserta kilat dan dipercayai berlaku percikan api yang menyebabkan kebakaran meletus.

Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Paka bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan.

Sehingga jam 12  tengah malam Selasa, kebakaran berjaya dikawal dan pihak bomba masih melakukan proses penyejukan bagi memastikan api dapat di padamkan sepenuhnya.