Mengamuk hingga tikam dua warga emas, penoreh getah direman

Mengamuk hingga tikam dua warga emas, penoreh getah direman
Suspek yang memakai t-shirt putih dan berseluar pendek dibawa ke pekarangan kompleks Mahkamah Segamat sekitar 9.30 pagi dengan menaiki kenderaan polis. - Foto Astro AWANI
MELAKA: Seorang lelaki yang dipercayai membunuh secara rambang dua warga emas dalam kejadian amukan di dua lokasi berasingan di Buloh Kasap lewat petang Jumaat, direman tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Segamat hari ini.

Perintah reman sehingga Jumaat depan terhadap suspek berusia 33 tahun itu dikeluarkan Majistret Salina Omar bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, suspek yang memakai t-shirt putih dan berseluar pendek dibawa ke pekarangan kompleks Mahkamah Segamat sekitar 9.30 pagi dengan menaiki kenderaan polis.
Dalam kejadian semalam, dua lelaki warga emas maut selepas diserang secara rambang oleh seorang individu di dua lokasi berasingan di Buloh Kasap sekitar jam enam petang.


Suspek yang menaiki sebuah motosikal jenis Honda Wave memakir kenderaan itu dihadapan sebuah kedai kopi sebelum secara tiba-tiba menyerang mangsa berusia 74 tahun yang sedang minum dengan parang sepanjang 45 sentimeter.

Kira-kira 10 minit kemudian, suspek kemudian berjalan kaki ke kedai menjual durian yang jaraknya lebih kurang 200 meter dari lokasi pertama dan bertindak menyerang mangsa seterusnya berusia 60 tahun yang juga penjual durian, dengan menggunakan senjata sama.

Mangsa pertama disahkan maut dilokasi kejadian manakala mangsa kedua maut ketika dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Buloh Kasap.

Susulan itu, suspek yang juga penoreh getah itu berjaya ditahan di lokasi kedua kejadian.



Tag: tikam dua warga emas, mengamuk, Buloh Kasap, Seksyen 302 Kanun Keseksaan, bunuh secara rambang, Mahkamah Majistret Segamat, penoreh getah, Klinik Kesihatan Buloh Kasap


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.