Penubuhan pasukan khas bagi menyiasat secara terperinci kes 1Malaysian Develpoment Berhad (1MDB) adalah bagi memastikan gerak kerja berjalan lancar.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata, pasukan khas ini akan memudahkan kerja kerana proses ini tidak boleh dijalankan secara sendirian.

"Kita perlukan kerjasama antara agensi lain seperti polis, pejabat peguam negara dan bank negara supaya perjalan kerja lebih terancang.

"Kerjasama ini kita lakukan secara strategi bagi mengkordinasi kes ini (1MDB)," katanya ketika dihubungi.

BACA: Mesyuarat pertama Pasukan Khas Siasatan 1MDB diadakan esok

BACA: Mohd Shukri anggap tugas di SPRM satu tanggungjawab berat

Kerajaan hari ini mengumumkan penubuhan pasukan khas yang akan diketuai bersama beberapa tokoh berprofil tinggi bagi menyiasat secara terperinci kes 1MDB.

Pasukan khas itu diketuai bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail; bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed, Mohd Shukri dan bekas Pegawai Kanan Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Abdul Hamid Bador.

1MDB ialah syarikat pelaburan milik kerajaan yang dibabitkan dengan dakwaan salah laku serta penyelewengan dana awam.

Ia juga dikaitkan secara langsung dengan Datuk Seri Najib Razak yang kini menjadi anggota parlimen pembangkang.