Bukan calang-calang pekerjaan dan tidak semua orang berupaya melaksanakan fardhu kifayah untuk menguruskan jenazah.
Hari ini, jasa dan sumbangan Sitaton Osman yang bertanggungjawab menguruskan jenazah termasuk mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines MH17 mendapat pengiktirafan apabila dipilih sebagai Tokoh Pendakwah sempena majlis sambutan Maal Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan 1441H.
Bertugas sebagai Pembantu Hal Ehwal Islam JAWI, Sitaton bukan sahaja terlibat dalam memandi dan menguruskan jenazah tragedi yang menggemparkan negara pada lima tahun lepas tetapi juga pernah menguruskan mayat pesakit Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) dan HIV.
"Satu tugas paling mencabar apabila saya terlibat dalam menguruskan jenazah-jenazah tragedi MH17 iaitu 38 orang selama 45 hari. Sebenarnya hampir kesemua mayat itu sempurna anggota badan," katanya kepada Bernama selepas menerima anugerah itu.
Ditugaskan dalam pasukan enam orang untuk menguruskan jenazah mangsa MH17, Sitaton bersama seorang lagi petugas wanita bertanggungjawab menguruskan jenazah wanita yang terkorban dalam tragedi ngeri berkenaan di Amsterdam.
"Pengalaman tidak mungkin saya lupakan juga adalah ketika menguruskan jenazah yang berpenyakit SARS. Oleh kerana ia adalah penyakit yang berjangkit dan tular ketika itu, kami tidak boleh mengangkat jenazah sewenang-wenangnya dan harus berada di tempat terkawal dengan peralatan yang terhad," kata Sitaton, yang merupakan seorang ibu tunggal.
Berpengalaman selama 21 tahun menguruskan jenazah, Sitaton berkata beliau bersedia dan akur menerima arahan menguruskan jenazah tanpa mengira status dan keadaan.
"Apabila melaporkan diri di Unit Pengurusan Jenazah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, saya sentiasa bersedia menerima arahan. Walaupun tidak ramai yang boleh lakukan tetapi saya ambil itu sebagai satu cabaran.
"Saya juga berpengalaman memandikan jenazah bukan islam yang berminat untuk dimandikan dengan cara Islam atas permintaan keluarga," katanya yang menerima RM4,000, kepingan emas tajaan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), piala iringan dan sijil.
Sitaton berharap masyarakat terutamanya golongan belia tidak memilih dan mengelak daripada tugasan yang diberi supaya mempunyai pengalaman dan ilmu yang luas.
Sementara itu, Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad menerima anugerah Tokoh Utama Maal Hijrah yang disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof yang turut dihadiri Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad.
"Saya amat berbesar hati dan terharu dengan penganugerahan ini. Ia menjadi motivasi kepada saya untuk bekerja dengan lebih baik dan cermat sebagai seorang yang terus menyebarkan agama Islam," kata Syaikh Ismail yang menerima wang tunai RM5,000, kepingan emas tajaan YaPIEM, piala iringan dan sijil.
Beliau turut menyeru umat Islam agar mengekalkan keharmonian hidup masyarakat berbilang bangsa dan agama untuk mengingkatkan perpaduan rakyat.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 13 2019
Sitaton Osman yang bertanggungjawab menguruskan jenazah termasuk mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines MH17 mendapat pengiktirafan apabila dipilih sebagai Tokoh Pendakwah. Foto: Bernama
Barcelona: Xavi buat pusingan-U
Khabar angin bertiup bahawa pengurus Barcelona, Xavi, akan meneruskan peranannya pada musim depan selepas mengubah fikirannya.
Bank Indonesia naikkan kadar faedah kepada 6.25 peratus, dijangka terakhir bagi 2024
Kenaikan kadar faedah utama Bank Indonesia kepada 6.25 peratus pada Rabu, berkemungkinan besar menjadi yang pertama dan terakhir untuk bank itu bagi 2024.
Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel berlabuh wajar dicontohi
Tindakan kerajaan Malaysia melarang syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel iaitu ZIM daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan di negara itu, wajar dijadikan contoh.
Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Cucu kepada bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela, menjadi antara peserta yang akan menyertai misi Break The Siege: Freedom Flotilla To Gaza yang dijadualkan memulakan pelayaran hari ini.
Bantah perang di Gaza meningkat di Universiti, Kolej A.S
Protes terhadap Israel memenuhi jalan-jalan di Brooklyn dan meningkat di universiti-universiti di seluruh Amerika Syarikat.
KMUM cela agenda dakyah zionis di Universiti Malaya
Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) dalam pada itu mengambil pendirian dengan tegas mengecam terhadap kenyataan dikeluarkan oleh ilmuwan pro-zionis di Universiti Malaya.
Penceramah zionis: Netizen kecam pensyarah label Malaysia Islam-fasis
Rata-rata mereka berkata, Ahli akademik pro Zionis itu tidak dialu-alukan di Malaysia dan ideologi Zionis tidak diterima di negara ini.
Pesawat bawa mendiang Joanna tiba di Kuching
Pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membawa jasad mendiang Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia Rohna, 26.
EPL: Pertahan teman wanita, Rice buktikan masih wujud lelaki budiman
Pemain tengah Arsenal Declan Rice memuji teman wanita Lauren Fryer dan mempertahankannya selepas beberapa kumpulan pembenci memalukannya.
Reaksi penstrukturan semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Bersama ditalian, Ketua Kluster Mikroekonomi, Pusat Kajian Pembangunan Inklusif dan Lestari (SID), Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Mustazar Mansur.
Mengurus jenazah MH17, Sitaton dipilih Tokoh Pendakwah Maal Hijrah WP
Jasa dan sumbangan Sitaton Osman yang bertanggungjawab menguruskan jenazah termasuk mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines MH17 mendapat pengiktirafan.