Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menafikan dakwaan Taufan Lan akan melanda Sabah seperti yang tular di media sosial.

Ketua Pengarah METMalaysia, Alui Bahari berkata orang ramai diingatkan untuk tidak percaya khabar angin itu sebaliknya mendapatkan maklumat sahih daripada pihak METMalaysia.

“Untuk makluman, Taufan Lan yang pada ketika ini berada di timur Filipina dijangka bergerak ke arah utara yang semakin menjauhi rantau Malaysia menuju ke Jepun.

“Kesan sampingan taufan ini telah menyebabkan cuaca lembap beserta angin kencang di barat dan utara Sabah serta Wilayah Persekutuan Labuan mulai 17 Oktober hingga 21 Oktober 2017,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Orang ramai dinasihatkan agar mendapatkan maklumat sahih dari laman sesawang METMalaysia, www.met.gov.my, aplikasi mobil myCuaca, Facebook: Malaysiamet, Twitter: @malaysianmet atau MetMalaysia Hotline di talian 1300221638.