Satu pasangan warga emas yang kehilangan tiga ahli keluarga dalam nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 bersetuju upacara pembakaran mayat mereka dilakukan di Amsterdam, Belanda.
Tan Ah Chin, 62, dan suaminya, Ng Pae Soon, 67, bekas kakitangan klinik kesihatan berkata mereka memutuskan demikian kerana faktor kurang sihat dan tidak mengetahui prosedur urusan persemadian mayat yang terkorban dalam nahas seperti itu.
"Kami tidak faham atau tidak tahu bagaimana mahu uruskan upacara pengebumian ini. Jadi, saya dan keluarga menyerahkan sepenuhnya (membuat keputusan) kepada anak dan menantu iaitu suami kepada anak kedua saya.
"Ketika ini hanya identiti anak saya, Ng Qing Zheng, 30, sudah dikenal pasti antara 16 penumpang Malaysia yang terlibat menerusi proses forensik," kata mereka kepada pemberita yang ditemui di rumahnya di Jalan Haji Jaib, pada Khamis.
Tan yang merupakan bekas guru Bahasa Inggeris berkata mereka dimaklumkan jasad anak keduanya, Ng Shi Ing, 33, dan cucunya iaitu anak Qing Zheng, Lee Jian Han, setahun, sedang melalui ujian forensik.
Beliau berkata mereka sentiasa dimaklumkan tentang perkembangan proses mengenal pasti mayat dua anak dan cucunya itu dari semasa ke semasa oleh menantu mereka Left Komander Lee Vee Weng, 35, yang berkhidmat dengan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Kota Kinabalu, Sabah.
Katanya, menantunya itu yang masih bersedih berikutan kehilangan isteri dan anak dalam tragedi itu mendapat maklumat terkini daripada pengurusan MAS dari semasa ke semasa.
Sementara itu, Tan melahirkan kekecewaan dengan laporan akhbar berbahasa Cina yang mendakwa seolah-olah anak keduanya itu telah menyalahguna lawatan kerjanya dengan membawa adik dan anaknya ke luar negara sedangkan perjalanan itu ditanggung sepenuhnya oleh anaknya.
Shi Ing yang merupakan pensyarah Fakulti Psikologi Dan Pendidikan Jurusan Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Malaysia Sabah (UMS) menghadiri persidangan di University of Antwerp, Belgium sebagai pembentang kertas kerja sebelum pulang bersama-sama adik dan anaknya menaiki MH17 dari Amsterdam, Belanda.
Penerbangan MH17 yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur membawa 298 penumpang dan anak kapal terhempas di wilayah Donetsk, timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada 17 Julai.
Pesawat Boeing 777-200 itu dipercayai ditembak jatuh, namun setakat ini tiada pihak mengaku bertanggungjawab melakukan perbuatan kejam itu.
Bernama
Thu Aug 14 2014
Mereka memutuskan demikian kerana faktor kurang sihat dan tidak mengetahui prosedur urusan persemadian mayat - Gambar Fail
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Pesawat MH17 ditembak jatuh peluru berpandu buatan Rusia - Mahkamah Belanda
Mahkamah Belanda memutuskan pesawat Malaysia Airlines MH17 ditembak jatuh pada 2014 oleh peluru berpandu buatan Rusia.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
COVID-19: Penunjuk perasaan bantah langkah sekatan kerajaan Belanda
Pihak berkuasa tempatan melarang perhimpunan berkenaan dan mempunyai petunjuk bahawa penunjuk perasaan merancang keganasan.
Banjir di Belanda, rakyat Malaysia selamat - Kedutaan
Semua rakyat Malaysia yang berada di bandar Maastricht dan Valkenburg, Belanda yang dilanda banjir, dilaporkan selamat, kata Kedutaan Malaysia di The Hague.
Negara anggota JIT memperingati ulang tahun ke-7 nahas MH17
Pasukan penyiasat bersama (JIT) MH17 merangkumi lima negara umum kekal komited mencari keadilan dan membawa ke muka pengadilan.
Wartawan jenayah Belanda cedera parah ditembak
Peter R De Vries ditembak selepas membuat kemunculan dalam sebuah rancangan bual bicara di televisyen.
Euro 2020: Lapan negara sah benarkan penonton
Venue di Amsterdam, Baku, Bucharest, Budapest, Copenhagen, Glasgow, London dan St Petersburg akan membenarkan kemasukan penonton dengan tahap kapasiti yang berbeza.
Suspek serangan kereta api Paris dijatuhi hukuman penjara seumur hidup
Tertuduh, Ayoub El Khazzani, 31 tahun, yang berasal dari Maghribi, dipenjara seumur hidup dengan jaminan 22 tahun.
MH17: Suspek nafi terlibat insiden tembak jatuh pesawat Malaysia Airlines
Salah seorang suspek yang didakwa dalam perbicaraan kes tembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17 menafikan penglibatannya.
Klopp puji prestasi Fabinho lawan Ajax
Fabinho memulakan perlawanan itu sebagai gandingan Joe Gomez di posisi pertahanan tengah dan membantu Liverpool memulakan kempen UCL musim ini dengan kemenangan 1-0 di Amsterdam.