Asisten Komisioner Hussein Omar Khan, Komander Pasukan Pengecaman Mangsa Bencana (DVI) berkongsi pengalamannya dalam misi mengecam mangsa nahas MH17 warga Malaysia.

Hussien merupakan antara 36 anggota pasukan siasatan khas Malaysia terawal yang tiba di lokasi nahas ketika insiden itu berlaku pada 17 Julai lepas.

Antara lain, Hussien menceritakan bagaimana beliau dan beberapa anggota dibawa ke satu lokasi khas pengumpulan mayat mangsa iaitu sebuah kilang lama kereta kebal di Ukraine.

Kemudian Malaysia bersama pasukan Interpol, Belanda dan Australia melakukan proses pelabelan dilakukan tanpa membuka beg mayat.

Ikuti temubual penuh bersama Hakim Rahman di Buletin Khas AWANI.