Pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan hanya mengeluarkan perakuan anggapan kematian selepas waris pesawat penerbangan Malaysia MH370 yang diiystiharkan kemalangan semalam membuat pemohonan perintah mahkamah terlebih dahulu.

Ketua Pengarahnya, Datuk Sulaiman Keling dalam satu kenyataan hari iniberkata, pemohonan perintah mahkamah ini perlu dibuat berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) jabatan itu yang telah ditetapkan.

Beliau berkata demikian susulan pengumuman daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA) pada 29 Januari yang mengisytiharkan dengan rasminya pesawat Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 adalah satu kemalangan.

Kesemua 239 penumpang dan anak kapal dianggap terkorban.

Perkara itu diumumkan oleh Ketua Pengarah DCA, Datuk Azharuddin Abdul Rahman dalam satu pengumuman khas mengenai pesawat MH370 Khamis.

Sebelum ini JPN berkata pihak mereka akan mengadakan perbincangan dengan Jabatan Peguam Negara berhubung prosedur untuk mengeluarkan sijil kematian bagi mangsa pesawat MH370.

Perbincangan itu diadakan secara terperinci terhadap aspek perundangan bagi melicinkan sebarang proses yang perlu jika ada tuntutan melibatkan jabatan berkenaan.

KLIK ALBUM FOTO : DCA isytihar kehilangan pesawat MH370 satu kemalangan