Mike Wong, 54, berpindah ke Kapit dua tahun lalu bagi mengambil alih perniagaan adiknya iaitu kedai menjual telefon bimbit.
Lahir di Bintangor, Sarikei dan bersekolah di Miri, Mike banyak merantau ke luar negara untuk mencari rezeki.
Pernah tinggal di Papua New Guinea selama 11 tahun, baginya tiada tempat yang lebih selesa berbanding Kapit.
"Saya suka Kapit sebab sini ada banyak bangsa. Ada Iban, Melayu, Cina dan semua masyarakat hidup dalam keadaan harmoni. Hubungan antara manusia di sini adalah lebih erat, tidak seperti di bandar," katanya.
Biarpun begitu, dia melihat banyak lagi pembangunan yang diperlukan di Kapit khususnya berkenaan isu perhubungan dan kos sara hidup.
Dengan projek pembinaan Kanowit-Kapit yang dijangka siap pertengahan tahun hadapan, dia yakin ia dapat mengurangkan beban penduduk di Kapit.
"Saya harap jalan ke Kapit ini cepat siap supaya orang dari Kapit yang ingin pergi Sibu lebih dekat. Apabila jalan sudah siap dibina, barang-barang di Kapit juga akan lebih murah sebab sekarang barang-barang dibawa masuk adalah melalui bot jadi kos dia lebih mahal," katanya.
Difahamkan harga beras gedong umpamanya di pekan Kapit dijual pada harga RM30 bagi sekilogram, berbanding RM18 di Sibu berikutan kos pengangkutan melalui bot.
Buat masa ini, satu-satunya laluan yang menghubungkan Kapit dengan Song, Kanowit dan Sibu adalah jalan sungai menggunakan pengangkutan bot yang mengambil masa 2 hingga 3 jam.
Seperti Mike, kebanyakan masyarakat Cina di Kapit tertumpu di kawasan pekan di mana rata-ratanya berniaga.
Ditanya sentimen pengundi Cina di Kapit, katanya faktor Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem sedikit sebanyak menarik perhatian kaum Tionghua.
"Pengundi Cina tidak sokong BN tetapi disebabkan Adenan, orang Cina suka dia. Mungkin mereka tidak suka calon itu tetapi mereka suka Adenan," katanya.
Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 kini sedang giat berlangsung dengan kempen memasuki fasa terakhir sebelum kemuncaknya pada hari pengundian 7 Mei ini.
*Tan Su Lin adalah wartawan Astro AWANI yang kini dalam tugasan membuat liputan PRN Sarawak.
*Untuk kisah menarik seperti Benjamin Wong di atas dan liputan menyeluruh Sarawak Memilih, ikuti kami di saluran berita segenap dimensi 501 Astro AWANI atau layari sahaja astroawani.com
Tan Su Lin
Wed May 04 2016
Pernah tinggal di Papua New Guinea selama 11 tahun, baginya tiada tempat lebih selesa berbanding Kapit. - Foto Astro AWANI / Tan Su Lin
Wanita 20 tahun ke atas disaran jalani saringan kesihatan kesan NCD
"Jangan tunggu ada simptom baru nak uji, masa tu tak tahu sama ada komplikasi sudah berlaku atau tidak."
Kuasa bekukan permit pemindahan padi antara negeri di bawah Akta 522 - KPB
Kuasa membekukan permit pemindahan padi antara negeri adalah di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522) melalui fungsi Ketua Pengarah KPB.
Air Balang RM1 jadi tumpuan Bazar Ramadan Temenggong, Kulai
Bukan sekadar berniaga, pengusaha Air Balang RM1 juga ambil kesempatan lakukan jariah di bulan penuh kemuliaan.
Anggota polis didakwa minta, terima rasuah direman empat hari
Tiga anggota polis direman selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM7,800.
Persembahan bertenaga Dolla pukau penonton di China
Aksi bertenaga mereka mendapat sambutan hangat daripada penonton di negara itu, menandakan langkah berani Dolla keluar dari zon selesa di negara ini mula menampakkan hasil.
AWANI Ringkas: Agihan RM0.67 bilion
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bedah siasat: PSM libatkan jururunding, kontraktor padang SNBJ
Perbadanan Stadium Malaysia akan mengadakan mesyuarat 'post mortem' bersama juruperunding dan kontraktor padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) minggu hadapan.
Pelapor Khas PBB kumpul bukti genosid Israel diugut
Pelapor Khas PBB mendedahkan beliau menerima ugutan ketika cuba mengumpulkan bukti genosid dilakukan Israel di Genting Gaza.
Pantau Agenda Reformasi: Israel terus berdegil, apa peranan global?
Perbincangan memfokus kepada strategi global dalam mendepani kedegilan rejim Zionism yang terus menerus melancarkan serangan ke arah Palestin walaupun Majlis Keselamatan PBB (UNSC) tela menuntut gencatan senjata segera di Gaza, pada Isnin.
Keliling kampung, ketuk buluh kejut penduduk bersahur
Pasukan gerak sahur di Teluk Bahang di sini masih mengejutkan penduduk di kawasan itu untuk bangun bersahur walaupun sudah dua minggu umat Islam berpuasa.
Bazar Ramadan lambang keharmonian, perpaduan kaum di Sarawak
Bazar Ramadan sejak dahulu biasanya diadakan di lokasi strategik berhampiran kawasan yang mempunyai ramai masyarakat Islam.
Anggota polis korban insiden bot karam Kapit dikebumikan di Sibu
Jenazah Allahyarham Konstabel Iskandar Zulkarnain Ibrahim selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kemuyang lewat petang tadi.
IPD baharu akan dibina di Kapit - Menteri Dalam Negeri
Kapit bakal mempunyai Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) baharu yang akan dibina dengan peruntukan sebanyak RM150 juta, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Penunggang dan dua pembonceng motosikal maut dalam kemalangan di Song, Kapit
Seorang penunggang motosikal serta dua pemboncengnya maut di tempat kejadian apabila motosikal dinaiki terlibat dalam nahas jalan raya.
PRU15: Akhbar digital 'Brita Kapit' kaedah efektif dekati belia - Alexander
Akhbar dalam talian yang boleh diakses menggunakan peranti mudah alih itu berperanan sebagai sumber informasi utama penduduk di seluruh kawasan Kapit sepanjang tempoh berkempen.
Perahu langgar tongkang: Kanak-kanak 10 tahun dikhuatiri lemas
Enjin perahu yang dinaiki mangsa dan keluarganya mati secara tiba-tiba dan dihanyutkan arus sebelum terlanggar tongkang yang sedang berlabuh.
Kapit tuan rumah Sambutan Hari Keputeraan Agong peringkat negeri
Bahagian Kapit akan menjadi tuan rumah untuk Sambutan Perayaan Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah peringkat negeri Sarawak tahun 2022.
Anjur pelancongan berbentuk pengembaraan dari Mei hingga Ogos di Kapit - Nanta
Menurut Nanta, ini kerana kebanyakan orang dewasa yang bekerja dan pelajar di hemisfera utara dan selatan bercuti dalam tempoh itu.
Perkhidmatan bas ekspres ke Kapit, suburkan ekonomi rakyat setempat
Penduduk yang tinggal di laluan Sibu-Kapit-Song menarik nafas lega selepas beberapa syarikat bas ekspres melebarkan perkhidmatan mereka ke kawasan berkenaan sejak 1 Januari lalu.
Perusahaan madu kelulut di Kapit, jana pendapatan lumayan
Bermula dengan hanya dua log madu kelulut, seorang pengusaha produk itu di Kapit kini boleh berbangga apabila terus mendapat permintaan yang tinggi.