Selepas beberapa jam hujan lebat tanpa berhenti, beberapa kawasan di kawasan di Miri turut terjejas akibat banjir sehingga menyebabkan jalan ditenggelami air.

Antara kawasan yang terjejas termasuk Balai Bomba dan Penyelamat Miri, Jalan Tanjung Lobang dan Taman Tunku.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Sarawak, Tiong Ling Hii ketika dihubungi Astro AWANI berkata keadaan setakat ini terkawal.

Namun, pihaknya akan terus melakukan pemantauan sebagai langkah berjaga-jaga.