Bagi memastikan bekas peserta menerima peluang sama rata dengan pemenang Miss Tourism International 2018, pihak penganjur acara ratu cantik itu bakal memperkenalkan satu sistem pangkalan data mengumpulkan profil peserta.
Ini bagi memudahkan agensi-agensi yang berminat mendapatkan butiran penuh peserta yang mereka inginkan bagi tujuan pekerjaan dan lain-lain.
Menurut Pengarah Urusan Miss Tourism International, Tan Sri Danny Ooi, peluang itu juga membolehkan para peserta terus bersinar dalam bidang itu dan arena yang mereka ceburi.
“Pangkalan data ini penting dalam memastikan kesemua peserta menerima peluang sama rata selain mampu untuk terus pergi jauh dalam bidang yang benar-benar ingin mereka ceburi,” katanya ketika ditemui Astro AWANI.
Danny ditemui dalam majlis sidang media Miss Tourism International yang membuka tirai penganjurannya yang ke-21 dengan penyertaan 50 peserta dari seluruh dunia.
Acara ini mula bertapak pada 1994 dengan hanya 22 peserta dari seluruh dunia, kini pertandingan Miss Tourism International terus melebarkan sayapnya.
Acara ini diadakan khusus untuk mempromosikan nama Malaysia di peringkat global.
“Dengan adanya pertandingan seperti ini, kesemua peserta sama-sama boleh mempromosikan negara masing-masing,” tambahnya.
Syafik Shukri Jalil
Mon Dec 10 2018
Acara ini diadakan khusus untuk mempromosikan nama Malaysia di peringkat global.
Nahas helikopter Lumut: Adik mahu kakak dikebumi di Sarawak
Pelajar tingkatan empat itu berkata kali terakhir dia bertemu dengan kakaknya pada sambutan Hari Gawai tahun lepas.
Jualan kenderaan baharu Malaysia susut 10 peratus - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia pada Mac 2024 susut 10 peratus kepada 71,052 unit, berbanding 78,881 yang didaftarkan pada bulan yang sama tahun lepas, kata Persatuan Automotif Malaysia (MAA).
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang catat peningkatan penumpang lima peratus pada Mac 2024
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PEN) merekodkan pertambahan pergerakan penumpang sebanyak lima peratus, meningkat kepada 328,000 daripada 313,000 penumpang pada bulan sebelumnya.
[LAPOR LANGSUNG] Nahas helikopter Lumut: Wajah semua mangsa sudah dikeluarkan TLDM
HRPB maklumkan bedah siasat mungkin selesai pada Rabu.
FINAS taja caruman SKSPS bagi 4,500 penggiat seni selama setahun - Fahmi
FINAS akan menaja 4,500 penggiat seni tanah air di bawah SKSPS Perkeso dengan caruman RM23.30 bagi setiap orang, menjadikan jumlah keseluruhan tajaan bernilai RM104,850.
Gabungan golf dan bola sepak, footgolf sukan santai dan menyeronokkan
Footgolf menggabungkan dua sukan paling popular di dunia iaitu bola sepak dan golf, dengan kaki berfungsi sebagai kayu golf untuk menendang bola sepak saiz lima ke lubang yang ditetapkan.
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Ketika ini lokasi kapal memulakan pelayaran akan ditukarkan ke satu lokasi yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
Pihak produksi masih terima Naim Daniel jika ubah fikiran
Ketua saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh memberitahu bahawa pihak produksi masih lagi memberi ruang kepada penyanyi tersebut untuk mempertimbangkan semula tawaran yang diberikan.
The Hardest Singing Show cabar kreativiti penyanyi tempatan
Program The Hardest Singing Show mencari satu juara yang mampu menyahut cabaran kreativiti luar limitasi.
Pekerja Ahli Parlimen EU disyaki jadi pengintip China
Polis Jerman telah menahan seorang pekerja ahli politik Parlimen Eropah Alternative for Germany (AfD) kerana disyaki menjadi pengintip China.
Miss Tourism International bakal perkenal sistem data bantu promosi peserta
Penganjur Miss Tourism International 2018 bakal memperkenalkan satu sistem pangkalan data mengumpulkan profil peserta.