Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI) telah menambah baik sistem dalam talian bagi permohonan sektor ekonomi yang dibenarkan beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa tiga susulan rungutan yang diterima mengenai sistem itu.
Menterinya merangkap Menteri Kanan (Kluster Ekonomi) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata selepas penambahbaikan yang dilaksanakan dengan kerjasama Cyber Security Malaysia dan Telekom Malaysia, MITI telah menerima sejumlah 18,650 permohonan baharu pada hari pertama sistem berkenaan beroperasi.
"Ini satu jumlah yang besar jika dibandingkan dengan permohonan yang kita terima pada PKP fasa satu dan fasa dua, yang mana dalam tempoh enam hari kita hanya menerima permohonan sejumlah 12,360 yang kita proses.
"Ini membuktikan dengan sistem yang telah dinaik taraf ini, saya yakin ia sistem yang cukup berintegriti dan dapat memproses permohonan dengan lancar dalam tempoh ditetapkan," katanya pada satu sidang media, di sini, pada Khamis.
Beliau menjelaskan masalah trafik yang begitu tinggi dalam tempoh dua jam pertama sistem itu dibuka pada 13 April lepas menyebabkan ia tidak dapat menampung jumlah kemasukan individu dan juga syarikat yang ingin membuat permohonan.
"Sebenarnya masalah yang kita hadapi pada hari pertama, permohonan bukan sahaja diterima daripada syarikat yang layak untuk mengemukakan permohonan tetapi juga individu. 50 peratus daripada permohonan untuk mencuba sistem ini adalah datang daripada individu," katanya.
BACA: PKP: Langgar syarat MITI, kelulusan empat syarikat ditarik balik
Pada 10 April lepas, Mohamed Azmin mengumumkan syarikat dalam sektor tambahan yang dibenarkan beroperasi boleh membuat permohonan kepada MITI bermula 13 April 2020 secara dalam talian di laman sesawang www.miti.gov.my.
Dalam pada itu, katanya, aplikasi yang menyenaraikan syarikat yang dibenarkan kelulusan beroperasi turut dikongsi bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memudahkan operasi penguatkuasaan.
"Ini bagi memastikan hanya syarikat yang diberi kelulusan dengan pekerja dibenarkan untuk bekerja yang keluar," katanya sambil menambah setiap pekerja diberikan surat kelulusan daripada MITI untuk keluar bekerja.
Selain itu, Mohamed Azmin berkata kementerian dan agensi lain turut membantu MITI dalam memproses permohonan beroperasi antaranya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), SME Corp dan Bank Negara Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 17 2020
Mohamed Azmin ketika sidang media berkenaan keperluan membenarkan sektor-sektor tambahan beroperasi di bangunan Perdana Putra, Putrajaya, 16 April, 2020. --fotoBERNAMA
[TERKINI] KWSP akan struktur semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan inisiatif penstrukturan semula akaun KWSP berkuat kuasa 11 Mei 2024 bagi tujuan menambah baik keselamatan pendapatan persaraan di samping memenuhi keperluan kitaran hidup ahli.
KWSP struktur semula kepada tiga akaun mulai 11 Mei
Akaun KWSP akan distruktur semula daripada dua kepada tiga, iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Kedua-dua negara juga berhasrat memperkukuhkan kerjasama mengenai perkongsian maklumat dalam pengurusan dan penyelenggaraan lebuh raya, cerun serta pertukaran tenaga kepakaran dan teknikal.
Apple dilapor kurangkan pengeluaran Vision Pro susulan permintaan rendah
Walaupun jualan pada awalnya amat memberangsangkan, momentum tidak berterusan kerana unit awal hanya dibeli oleh peminat paling tegar Apple.
Nahas dua kenderaan punca insiden kecoh semasa pengebumian pegawai TLDM - Polis
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 7.45 malam selepas pemandu kereta terlanggar sebuah motosikal berhampiran dengan masjid.
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Isu penceramah pro-Zionis: 'Keluar! Anda tidak dialukan di negara ini!' - Rakyat Malaysia
Pada Rabu, Universiti Malaya (UM) mendapat kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dalam ceramahnya di universiti.
AWANI Ringkas: Mangsa nahas helikopter dikebumi hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Rizab Antarabangsa BNM berjumlah AS$113.4 bilion pada 15 April 2024
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US$113.4 bilion pada 15 April, 2024 berbanding dengan US$113.8 bilion pada 29 Mac, 2024.
BNM sedia guna instrumen, pastikan pasaran kewangan Malaysia kekal teratur
Operasi pasaran BNM akan memastikan mudah tunai yang memadai serta pasaran pertukaran asing berfungsi secara teratur.
Rizab antarabangsa BNM AS$113.8 bilion
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$113.8 bilion pada 29 Mac 2024.
Pemecatan salah: Bekas pengurus menang saman terhadap BNM
Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan bahawa pemecatan bekas pengurus Bank Negara Malaysia (BNM) kerana menyertai aktiviti politik pada 2016 sebagai tidak sah dan menyalahi undang-undang.
Aset rizab rasmi Malaysia AS$114.28 bilion akhir Februari 2024 - BNM
Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah US$114.28 bilion pada akhir Februari 2024 manakala aset mata wang asing lain adalah US$202.69 juta (US$1=RM4.73), kata Bank Negara Malaysia (BNM).
OPR Malaysia dijangka kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2024 - PIVB Research
Ini selaras dengan pandangan BNM bahawa tahap OPR semasa mencerminkan pendirian dasar monetari yang menyokong serta kondusif kepada ekonomi.
Jualan asing di Bursa Malaysia susut 24.4 peratus minggu lepas
MIDF Research berkata pelabur asing merupakan penjual bersih dari Isnin hingga Rabu, menjual ekuiti bernilai RM757.5 juta.
Ringgit dibuka rendah sedikit menjelang pengumuman data IHP
Pada 9.05 pagi, ringgit turun kepada 4.7390/7430 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7340/7390 pada Jumaat minggu lepas.
Inflasi kos perubatan dorong peningkatan kadar premium insurans - Timbalan Menteri Kewangan
Inflasi kos perubatan tinggi dan trend penggunaan perkhidmatan kesihatan yang semakin meningkat merupakan antara faktor utama yang mendorong peningkatan kadar premium MHIT.
Bagasi berisi wang tunai lebih RM500,000 ditemukan, polis kesan pemilik
Seorang pengawal keselamatan menemukan sebuah bagasi berisi wang tunai berjumlah lebih RM500,000 di tempat letak kereta di sebuah pusat beli-belah di Damansara pagi semalam.