Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016 adalah di antara undang-undang yang sedang dikaji oleh kerajaan untuk dipinda ataupun dimansuhkan, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.
Katanya kajian ini dibuat memandangkan ada di antaranya yang digunakan kerajaan terdahulu untuk menyekat kebebasan rakyat.
"Kita sedang kaji kesan kesan dari banyak undang-undang yang perlu dimansuhkan kerana banyak undang undang ini menekan rakyat tidak memberi kebebasan bersuara, kebebasan surat khabar dan juga kebebasan bertindak," katanya kepada pemberita selepas meninjau kerja-kerja penyiapan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Langkawi di sini.
Tun Mahathir yang juga Anggota Parlimen Langkawi berkata demikian bagi mengulas kenyataan Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu baru-baru ini yang mengatakan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016 mungkin akan dikekalkan walaupun Pakatan Harapan pernah berjanji untuk menghapuskannya sekiranya menang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 lalu.
Menurut Mohamad, akta yang memberi kuasa penuh kepada Perdana Menteri seperti dalam mengisytiharkan darurat memberikan kebaikan untuk pegawai kerajaan menjalankan tugas.
Tun Mahathir berkata dalam memberikan pertimbangan kepada undang-undang ini, kerajaan Pakatan Harapan pimpinannya tidak akan menyekat pergerakan parti pembangkang yang pernah memerintah dahulu.
"Kita tidak akan sekat parti-parti lawan seperti Barisan Nasional. Dia nak buat apa pun buatlah. Kita kena pinda banyak undang undang mengikut keperluan," katanya.
Sementara itu beliau turut mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang memenangi jawatan presiden UMNO semalam.
Menurutnya kemenangan itu cukup besar dan memberi makna bahawa Ahmad Zahid disayangi oleh orang orang UMNO.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 01 2018
Tun Mahathir berkata dalam memberikan pertimbangan kepada Akta MKN, kerajaan Pakatan Harapan pimpinannya tidak akan menyekat pergerakan parti pembangkang yang pernah memerintah dahulu. - Gambar fail
'Malaysia ada kelebihan di Piala Thomas'
Pemain profesional negara Cheam June Wei menyifatkan pasukan negara mempunyai kelebihan tersendiri pada pertarungan pusingan pertama bertemu Hong Kong pada kejohanan Piala Thomas 2024.
Nahas helikopter Lumut: 'Hari yang amat menyedihkan buat kita semua' - MB Perak
Saarani turut mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga wira-wira TLDM yang terlibat dalam tragedi kemalangan helikopter itu.
Keracunan makanan: KPM lakukan siasatan penuh
Kementerian Pendidikan (KPM) akan melakukan siasatan penuh dan terperinci berhubung kejadian lebih 70 pelajar di sebuah sekolah menengah di Kota Bharu mengalami keracunan makanan Sabtu lepas.
Jalan alternatif Kampung Kundur ke Bandar Lama Gua Musang ditutup - JKR
Jalan alternatif dari Kampung Kundur ke Bandar Lama Gua Musang (laluan D238) akan ditutup bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembinaan Jambatan Kampung Kerinting yang baharu.
Nestlé Malaysia Bhd kembali perkenal peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup
Nestlé Malaysia Bhd memperkenalkan semula peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat dan menyumbang kepada komuniti tempatan.
Pelaksanaan SKDS 2.0 bantu elak ketirisan, seludup diesel berterusan
Pelaksanaan Pelaksanaan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 (SKDS 2.0) bersama Industri Pengangkutan Barangan merupakan langkah dalam mewujudkan persekitaran lebih kondusif dan mengelak ketirisan dan penyeludupan berterusan.
Lawatan Rasmi: Mohamad ke China bermula hari ini
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan lawatan rasminya yang pertama ke China selama tiga hari bermula hari ini.
Kupang Port Dickson masih belum selamat dimakan
Larangan terhadap pengambilan kerang-kerangan (dwicengkerang) dari perairan Port Dickson masih lagi dikuatkuasakan demi keselamatan pengguna.
Sivasangari kini ranking ke-11 dunia
Jaguh skuasy wanita negara S. Sivasangari semakin menghampiri kelompok 10 pemain terbaik dunia selepas melonjak dua anak tangga menduduki ranking ke-11 dunia.
Sultan Selangor zahir dukacita, insiden menyayat hati
Sultan Sharafuddin menambah baginda amat menghargai jasa, bakti dan pengorbanan anggota TLDM yang gugur semasa bertugas.
GiatMARA Bagan Datuk dinaik taraf sebagai Malaysia-China Institute
Pada peringkat awal, pusat itu akan melatih 2,000 tenaga TVET yang mendapat tajaan latihan ke negara berkenaan.
Tahun Baharu Tamil, Hari Vishu diharap bawa permulaan hidup harmoni - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata kedua-dua sambutan itu mempunyai keunikan budaya dan sejarahnya yang tersendiri.
RM57.15 juta untuk tingkat pengeluaran getah asli negara melalui Petara - Zahid
KKDW melalui RISDA memperuntukkan RM57.15 juta sebagai permulaan usaha meningkatkan pengeluaran hasil getah asli negara, melalui program Petara.
TPM, Jemaah Menteri ucap selamat menyambut Nuzul al-Quran
Ahmad Zahid berkata, al-Quran adalah petunjuk dan membimbing manusia ke arah kebaikan dan kebenaran serta meningkatkan keimanan.
KEDA perlu utamakan keberkesanan projek dilaksanakan - Ahmad Zahid
Peruntukan besar yang disalurkan kerajaan Persekutuan kepada Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) harus disusuli dengan keberhasilan dan keberkesanan projek yang dilaksanakan.
Stoking tertera kalimah Allah: Ahmad Zahid minta semua pihak patuhi titah Agong
Ahmad Zahid menegaskan isu tersebut harus diselesaikan dengan sebaiknya supaya tidak timbul sebarang permasalahan, apatah lagi dikaitkan dengan sentimen 3R.
Bukan UMNO runtuhkan Muafakat Nasional - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegaskan bahawa bukan parti itu yang meruntuhkan Muafakat Nasional (MN).
22 juta umat Islam belanja RM5.4 bilion di bazar Ramadan - Ahmad Zahid
Justeru, Ahmad Zahid mengingatkan kepada umat Islam agar bersederhana ketika berbelanja pada bulan puasa dan mengelak pembaziran.
Presiden UMNO adakan pertemuan tertutup bersama 14 ketua bahagian di Kelantan
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengadakan perjumpaan tertutup bersama 14 Ketua UMNO Bahagian Negeri Kelantan.
KEB: 74 resolusi, 150 program dimuktamadkan hari ini - Ahmad Zahid
Resolusi dan program itu, telah dirangkumkan di bawah Transformasi Ekonomi Bumiputera.