Tutup

MMA, Serene Retreat anjur latihan kemahiran hadapi penagih dadah

MMA, Serene Retreat anjur latihan kemahiran hadapi penagih dadah
Ahmady berjabat tangan bersama pasukannya selepas sidang media Program 'Training on Motivational Interviewing Skills' di ibu negara. - Gambar Serene Retreat
KUALA LUMPUR: Program Latihan Kemahiran Temuramah Motivasi kepada pengamal perubatan menumpukan teknik menangani masalah berdepan pesakit yang mengalami ketagihan dadah.

Pengarah Perhubungan Awam Serene Retreat Sdn. Bhd, Ahmady Muhammad berkata, ia dibuat sebagai memberi kesedaran kepada peserta program untuk mengawal emosi dan tingkah laku ketika berhadapan dengan pesakit yang menghadapi masalah psikologi.
"Sasaran program adalah memberi peluang kepada peserta untuk menimba ilmu pengetahuan dari segi persediaan psikologi seseorang yang berminat untuk menimba ilmu psikatrik dan ilmu kaunseling daripada pakar psikologi dari University Of California, Amerika Syarikat, Profesor Igor Koutsenok.

"Penganjuran program berkenaan diharap memberi pendedahan dan ilmu pengetahuan kepada peserta program mengenai ilmu psikologi dan kaunseling.
"Ia merupakan program berpanjangan dan akan sentiasa diadakan dari semasa ke semasa," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Isnin.

BACA: 'Penagih dadah perlu dirawat, bukan dihumban ke penjara'

BACA: 
Jangan sembunyikan penagih dadah di sekolah! - Kesatuan guru

Jelasnya, program tersebut yang turut dianjurkan bersama Persatuan Perubatan Malaysia (MMA).

Ia berlangsung bermula Isnin sehingga Rabu di sebuah hotel di Damansara.

Peserta terdiri daripada pegawai-pegawai dalam sektor kerajaan seperti pensyarah Institusi Pengajian Tinggi (IPT), pegawai dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Ketagihan dadah merupakan masalah nombor satu Malaysia selama tiga dekad, terutamanya dalam kalangan mereka yang berusia antara 15 dan 40 tahun.

Berdasarkan statistik AADK, kumpulan ini merangkumi 80 peratus penagih dadah di negara ini.

Setiap tahun jumlah yang terlibat dengan penagihan najis dadah semakin meningkat dan kini tidak kurang 500,000 orang menjadi hamba dadah.

Sementara itu, sebanyak 58 peratus daripada banduan di penjara negara ini bersabit kesalahan dadah.




Tag: MMA, KKM, penjara, perubatan, Dadah, kesihatan



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.