EKSPORT Malaysia untuk bulan Julai 2019 meningkat 1.7 peratus kepada RM88.0 bilion daripada RM86.5 bilion setahun yang lalu, meskipun suasana antarabangsa kekal mencabar akibat ketegangan perdagangan yang memburuk dan kelembapan pertumbuhan ekonomi global.
Itu apa yang dikata Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan media hari ini.
Apa maknanya kepada Malaysia? Pertumbuhan
ekonomi Malaysia masih baik walau pun terdapat jangkaan negatif. Ia menunjukkan kesan positif seperti yang diharapkan oleh kerajaan. Contohnya, ‘ahli nujum’ ekonomi dari
Bloomberg meramalkan eksport Malaysia jatuh 2.5 peratus. Hakikatnya, ekonomi Malaysia naik 1.7 peratus.
BACA: Perang dagang jejas APEC: Mahathir garis empat polisi kelangsungan ekonomi Kesan daripada lencongan dagangan telah
membantu eksport Malaysia ke China dan Amerika Syarikat (AS) dalam bulan Julai 2019 masing-masing meningkat setinggi 3.8 peratus dan 7.9 peratus berbanding setahun yang lalu. Bank Negara Malaysia (BNM) dalam sebuah laporannya baru-baru ini menyatakan Malaysia telah meraut pasaran import negara China dan AS yang lebih besar untuk barangan tertentu.
Apa maknanya kepada kita? Ini bermakna,
kitalah untung daripada perang dagangan AS-China. Contohnya, import alatan elektronik dari AS naik lebih 10 peratus. Manakala import China dari Malaysia pula naik hampir 25 peratus.
Adakah peluang pekerjaan akan bertambah? Ya. Ini kerana menurut MOF, syarikat-syarikat besar seperti
Agilent, Dell, Freescale, Motorola, Texas Instruments dan
Western Digital merancang untuk mengembangkan bisnes mereka di Malaysia dalam tempoh lima tahun yang akan datang.