Kementerian Kewangan hari ini mengumumkan pelantikan tiga nama baharu dalam kumpulan eksekutif bagi Kumpulan Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana).

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana, Datuk Mohamed Hazlan Mohamed Hussain dalam satu kenyataan mengalu-alukan pelantikan Ketua Pegawai Operasi (Strategi dan Tansformasi), Ang Yoke Kee dan Ketua Pegawai Operasi (Operasi), Muhammad Nizam Alias.

Menurutnya, pelantikan mereka bagi membantu untuk menggiatkan usaha penstrukturan semula syarikat tersebut.

Tambahnya, Prasarana buat masa ini akan memberi fokus terhadap tiga bidang iaitu memperbaiki perkhidmatan pengangkutan awam, meningkatkan pengurusan dan penyampaian perkhidmatan yang lebih berkualiti, dan menambaih baik kos dan pendapatan.

Sementara itu, Ang yang merupakan pemegang Ijazah Kejuruteraan Kewangan dari Carnegie Mellon – National Technological University yang berpengalaman luas dalam bidang pelaburan serantau dan perundingan.

Manakala Muhammad Nizam merupakan graduan Universiti Monash yang buat masa ini sedang melanjutkan pelajaran di peringkat PhD dalam jurusan Kewangan Islam di INCEIF.

Nizam sebelum ini berkhidmat sebagai Pengurus Besar di pejabat Prasarana Group MD, selepas berkhidmat di Renong Group dan POS Malaysia.