Kementerian Kewangan (MOF) menafikan dakwaan yang dibuat oleh pemimpin pembangkang Lim Kit Siang dalam suratnya kepada 154 Anggota Parlimen Switzerland yang mendakwa aset 1Malaysia Development Bhd (1MDB) telah disalahgunakan.
"1MDB telah memaklumkan kepada MOF bahawa sebarang dakwaan asetnya telah dilesapkan atau disalahgunakan, sama ada di dalam atau di luar negara, adalah tidak benar dan bermotifkan politik," katanya.
MOF menafikan dakwaan tersebut dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini susulan laporan Lim dan Dr Wan Azizah Wan Ismail telah menghantar surat kepada Anggota Parlimen Switzerland bagi melobi untuk memulangkan 104 juta Swiss franc (1 Swiss franc = RM4.13) yang disimpan oleh Pengawal Selia Kewangan (FINMA) negara itu, yang didakwa mempunyai kaitan dengan 1MDB.
Katanya FINMA sedang menyiasat pelbagai bank swasta di Switzerland susulan aduan bahawa bank-bank ini melanggar beberapa undang-undang pengubahan wang haram Swiss dan mengambil keuntungan secara tidak sah daripada beberapa transaksi perbankan tanpa melakukan pemeriksaan latar belakang yang mencukupi.
"Kami dimaklumkan 104 juta Swiss franc itu sebenarnya mewakili jumlah keseluruhan denda atau penalti yang dikenakan oleh FINMA ke atas pelbagai bank swasta kerana melanggar undang-undang perbankan dan kewangan Swiss.
"Oleh itu, 104 juta Swiss franc tersebut bukan wang milik kerajaan Malaysia atau mana-mana agensinya atau syarikat yang berkaitan," kata MOF.
Kementerian itu berkata ia telah dimaklumkan bahawa pelbagai bank Swiss mempertikaikan denda tersebut dan mereka telah merayu kepada Mahkamah Swiss bagi bank-bank itu dilepaskan daripada sebarang salah laku.
"Susulan pelbagai pemeriksaan dan audit yang dijalankan oleh pelbagai agensi penguatkuasaan Malaysia tidak menunjukkan atau mengesan sebarang dana yang hilang daripada 1MDB, kementerian mendapati sukar untuk mengambil sebarang kedudukan untuk membuat tuntutan daripada kerajaan Switzerland berikutan wang tersebut bukan milik rakyat Malaysia seperti yang didakwa oleh Wan Azizah dan Lim dalam surat mereka kepada Anggota Parlimen Switzerland," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 14 2018
Kementerian Kewangan menafikan dakwaan dibuat Lim Kit Siang yang mendakwa aset 1MDB telah disalahgunakan. -Gambar fail
SPRM tidak pernah henti siasatan kes LCS - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghentikan siasatan berhubung kes pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Liga Arab gesa UNSC terima pakai resolusi gencatan senjata di Gaza
Majlis Liga Arab gesa Majlis Keselamatan menerima pakai resolusi, di bawah Bab VII Piagam PBB memaksa Israel untuk gencatan senjata di Gaza.
Insiden kecoh ketika pengebumian: Pemandu kereta tertekan hon kerana panik - Polis
Polis menerima laporan seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika pengebumian Komander Muhammad Firdaus Ramli, di Masjid Jamek Sungai Nibong malam tadi.
Isytihar harta: Tun M antara individu yang disiasat SPRM
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat SPRM berhubung isu pengisytiharan harta.
PRK Kuala Kubu Baharu: Bakal calon disaran isi borang, buat semakan awal - SPR
Bakal calon yang ingin bertanding dalam PRK Kuala Kubu Baharu disaran mengisi borang dan membuat semakan awal.
Nahas helikopter Lumut: KPWKM beri bantuan RM3,000 kepada keluarga mangsa
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sumbang bantuan RM3,000 kepada waris mangsa nahas helikopter yang terhempas di Lumut.
Warga emas dibaling sambal tumis sebelum disamun
Mangsa cuba menahan kesakitan yang dialami dan disebabkan hentakan itu dia mengalami kecederaan di bahagian kepala.
Kerajaan akan umum butiran mekanisme rasionalisasi subsidi - Rafizi
Kerajaan akan memaklumkan butiran mengenai pelan rasionalisasi subsidi termasuk kriteria dan implikasinya tidak lama lagi.
[TERKINI] Tun Mahathir antara individu disiasat isu pengisytiharan harta - SPRM
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat berhubung isu pengisytiharan harta.
10 wira negara korban helikopter terhempas selamat bersemadi
Proses pengebumian dijalankan selepas semua jenazah selesai menjalani proses bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh pada jam 2.20 petang pada Rabu.
1MDB: Pendakwaan pertikai soalan tidak relevan oleh pihak pembelaan Najib
Pihak pendakwaan dalam perbicaraan 1MDB Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mempersoalkan pasukan pembelaannya dalam mengemukakan soalan yang tidak relevan kepada Tan Sri Esmee Ismail.
SC selesaikan siasatan ke atas Goldman Sachs, terima penyelesaian 1MDB bernilai AS$3.9 bln
Suruhanjaya Sekuriti telah menyelesaikan siasatannya ke atas Goldman Sachs International, Goldman Sachs (Asia) LLC dan Goldman Sachs (Singapore) Pte kerana terlibat dalam asma untuk menipu kerajaan Ma
Bon 1MDB: Goldman Sachs Singapore akan bayar AS$122 juta kepada kerajaan Singapura
Goldman Sachs Singapore Pte (GSSP) akan membayar AS$122 juta kepada kerajaan Singapura atas peranannya dalam penawaran bon 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
'Kenyataan SPRM tidak benar, tiada persetujuan bebaskan Riza' - Tommy Thomas
Tommy Thomas berkata, tidak ada sebarang persetujuan untuk membebaskan Riza daripada pertuduhan.
Equanimity: Harga penuh pembelian dibayar dalam tempoh ditetapkan
Genting Malaysia Bhd menjadi pemilik baharu kapal layar mewah Equanimity selepas keuntungan jualan lebih RM0.5 bilion telah dikreditkan ke dalam akaun 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Tiada agenda politik di sebalik laporan audit 1MDB - Ambrin
Saksi berusia 70 tahun itu berkata beliau hanya khuatir untuk membentangkan dapatan JAN kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).
Notis kompaun SPRM: Wang diterima ITBM untuk penerbitan buku
ITBM yang juga antara entiti yang dikatakan menerima wang daripada 1MDB menjelaskan bahawa wang yang diterima adalah bayaran bagi khidmat penerbitan dan jualan buku.
Adakah kes 1MDB dihadapi Najib bermula Isnin?
Pada Isnin, perbicaraan 1MDB Najib, yang juga dikenali sebagai perbicaraan Tanore dijadualkan didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah.
Tawaran pampasan RM1 bilion Goldman Sachs 'tidak memadai' - Dr Mahathir
Kementerian Kewangan akan menentukan jumlah pampasan sewajarnya yang perlu dibayar oleh bank pelaburan itu.
Sejak saya masuk kerja sampai sekarang saya 'uphold' integriti saya - Shukri Abdull
Bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Mohd Shukri Abdull menekankan kepentingan integriti dalam dirinya antaranya mengotakan janji yang dibuat kepada PM.