Mohamad Sabu yang baru sahaja mengangkat sumpah sebagai Menteri Pertahanan membuka akaun rasmi Facebook.

Menerusi satu kenyataan di laman sosial Twitter, Mohamad meminta orang ramai untuk mengikuti perkembangan beliau sebagai Menteri Pertahanan di akaun Facebook tersebut.

“Alhamdulillah.. tercipta sudah akaun rasmi Facebook saya 'Mohamad Sabu-Menteri Pertahanan Malaysia'.

"Mari ikuti perkembangan saya sebagai Menteri Pertahanan yang baharu,” tweet Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu.


Menggunakan nama Mohamad Sabu-Menteri Pertahanan Malaysia, akaun itu setakat jam ini (9 malam) mencatat 744 pengikut.

Sementara itu, netizen mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan tahniah kepada beliau.

"Tahniah Tuan, selamat menjalankan tugas sebagai Menteri Pertahanan," kata Fadzli Bakri



Aleff Ghani pula berharap Mohamad Sabu akan memastikan negara aman dan gagah lagi perkasa.


"Semoga Tuan Haji diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki dari Allah SWT. Selamat menjalankan tugas Tuan Haji," ucap seorang lagi netizen, Muhammad Huzaimi.