Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi berpuas hati dengan pencapaian kementeriannya sepanjang setahun berada di bawah kepimpinan Pakatan Harapan (PH).
Memaklumkan senarai kejayaan yang dikecapi dalam satu sidang media di sini pada Isnin, terbaharu adalah 255 butiran diisytihar sebagai Warisan Kebangsaan melibatkan pelbagai kategori termasuk 149 karya Seniman Agung, Tan Sri P. Ramlee.
Selain gubahan lagu, dua trofi yang diterima Allahyarham untuk Filem Komedi Terbaik (Madu Tiga) dan Anugerah Seniman Serba Boleh masing-masing pada Festival Filem Asia Pasifik 1964 dan 1965 turut diangkat sebagai khazanah warisan negara.
Pengiktirafan itu diberikan oleh pelbagai pihak dalam negara termasuk kerajaan negeri, agensi serta pertubuhan berkaitan.
"Adalah sesuatu yang penting untuk mewartakan warisan ini kerana ia mampu memberi impak positif yang melangkau pelbagai peringkat dan lapisan masyarakat.
"Selain itu, hasil warisan ini dapat menjana ekonomi negara melalui produk pelancongan warisan," katanya.
Malaysia berjaya kekal sebagai antara 10 negara destinasi pelancongan terbaik dunia bagi tahun 2018, petunjuk bahawa Malaysia berada di landasan yang betul bagi mencapai pertumbuhan industri pelancongan yang mapan.
Selain itu, kejayaan penganjuran Kongres Sedunia Perpustakaan dan Maklumat (IFLA 2018) yang menghimpunkan 4,000 peserta dari seluruh dunia menobatkan Malaysia sebagai Kota Buku Dunia 2020 oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
Bukan itu sahaja, malah UNESCO turut mengiktiraf seni warisan negeri Melaka, Dondang Sayang di bawah kategori warisan kebudayaan tidak ketara (intangible cultural heritage).
Walaupun terpaksa mengurangkan perbelanjaan tahun ini dalam membantu usaha kerajaan membayar hutang negara, Mohamaddin yakin mampu mencapai sasaran menggamit lebih 30 juta pelancong sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 (VMY2020).
"Apabila berjimat, maka kita kena kurangkan bajet, tetapi bukanlah bila ia dikurangkan kita tak boleh buat sesuatu sebab tak ada duit, tetapi kita kecilkan bajet. Jadi skop lebih kecil.
"Antaranya kita kurangkan dari segi pengiklanan dan prasarana, tetapi promosi VMY2020 tak terjejas," jelas beliau.
Kerajaan juga akan menyediakan geran sepadan berjumlah RM100 juta kepada syarikat swasta untuk program promosi dan pemasaran pelancongan antarabangsa dalam usaha meningkatkan angka ketibaan pelancong.
Menyentuh hal cukai pelancongan, Mohamaddin turut memaklumkan bahawa kerajaan akan melaksanakan perkongsian 50 peratus hasil kutipan bagi cukai pelancongan yang diterima dengan Kerajaan negeri.
Langkah ini bertujuan membolehkan Kerajaan Negeri menerima hasil tambahan yang secara agregat dianggarkan berjumlah RM50 juta apabila aktiviti pelancongan dipergiat.
Berkenaan levi pelepasan, katanya keputusan mengenai caj yang bakal dikenakan kepada individu meninggalkan Malaysia melalui penerbangan akan dimuktamadkan Kementerian Kewangan.
Pada pembentangan Belanjawan 2019, kerajaan mencadangkan supaya dikenakan kadar levi RM25 kepada mereka yang menuju ke negara ASEAN dan RM40 jika ke negara lain.
Pelaksanaan polisi ini dijangka akan membawa hasil dianggar RM900 juta hingga RM1 bilion setahun.
Israr Khalid
Mon Apr 22 2019
Walaupun dikurangkan perbelanjaan tahun ini, Mohamaddin yakin mampu capai sasaran gamit lebih 30 juta pelancong ke Malaysia. - BERNAMA/Fail
Penyerang Kamal Adli dijatuhkan hukuman lebih 2 tahun oleh mahkamah Singapura
Lelaki yang menyerang pelakon Malaysia, Kamal Adli menggunakan belantan tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu.
Peruntukan pembangkang: Terserah Muhyiddin untuk persoal keikhlasan kerajaan - Fadillah
Beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
SPRM jangka ada beberapa tangkapan isu tuntutan palsu anak menteri besar - Azam
SPRM akan membuat beberapa tangkapan lagi, berhubung kes melibatkan anak seorang menteri besar bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
SPRM akan panggil beberapa lagi individu bantu siasatan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil beberapa lagi individu bagi membantu siasatan dakwaan pemalsuan dokumen tuntutan berjumlah RM600,000 melibatkan lima individu termasuk anak seorang Menteri Besar.
Pak Lah stabil, masih perlukan rehat secukupnya
Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), di sini, pada Rabu setelah mengalami small spontaneous pneumothorax.
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
SPRM tidak pernah henti siasatan kes LCS - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghentikan siasatan berhubung kes pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Liga Arab gesa UNSC terima pakai resolusi gencatan senjata di Gaza
Majlis Liga Arab gesa Majlis Keselamatan menerima pakai resolusi, di bawah Bab VII Piagam PBB memaksa Israel untuk gencatan senjata di Gaza.
Insiden kecoh ketika pengebumian: Pemandu kereta tertekan hon kerana panik - Polis
Polis menerima laporan seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika pengebumian Komander Muhammad Firdaus Ramli, di Masjid Jamek Sungai Nibong malam tadi.
Isytihar harta: Tun M antara individu yang disiasat SPRM
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat SPRM berhubung isu pengisytiharan harta.
PRK Kuala Kubu Baharu: Bakal calon disaran isi borang, buat semakan awal - SPR
Bakal calon yang ingin bertanding dalam PRK Kuala Kubu Baharu disaran mengisi borang dan membuat semakan awal.
Tahun Melawat Malaysia 2020: Di mana kita di mata dunia?
Menjelang TMM2020 yang kurang tujuh bulan lagi, jangan kata logo, iklan rasmi daripada Tourism Malaysia juga seperti belum kelihatan di kaca televisyen mahupun dalam talian.
Mohamaddin yakin Malaysia mampu capai pertumbuhan mapan industri pelancongan
Selepas setahun di bawah pentadbiran PH, Menteri MOTAC optimis Malaysia mampu terus lakar lagi pencapaian untuk tarik lebih ramai pelancong.