Peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan pengubahan wang haram juga membabitkan nilai sama yang didakwa diterima daripada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Pendakwaan itu dilakukan tidak sampai sejam beliau dilepas tanpa dibebaskan daripada dua pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM15 juta di Mahkamah Tinggi tadi.
Peguam itu yang juga Penasihat Undang-undang UMNO mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan terhadapnya secara berasingan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Azman Ahmad.
Mengikut pertuduhan pertama, Mohd Hafarizam, 48, didakwa melibatkan diri dalam pengubahan wang haram iaitu menerima wang berjumlah RM7.5 juta yang juga hasil daripada aktiviti haram melalui sekeping cek AmIslamic Bank Berhad milik Najib bertarikh 16 April 2014, yang dimasukkan ke dalam akaun bekas firma guamannya iaitu Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak (HWAM).
Peguam itu yang banyak mewakili Najib dalam kes saman sivilnya, didakwa melakukan perbuatan tersebut di CIMB Bank Berhad, Pusat Dagangan Dunia Putra, Jalan Tun Ismail, di sini, pada 17 April 2014.
Dia didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda sehingga RM5 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, Mohd Hafarizam didakwa menerima wang berjumlah RM4 juta dan RM3.5 juta yang juha hasil daripada aktiviti haram melalui dua keping cek AmIslamic Bank Berhad milik Najib bertarikh 7 November 2014 dan 21 Januari 2015 yang dimasukkan ke dalam akaun firma guaman sama.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu antara 12 November 2014 dan 12 Februari 2015 di tempat sama, mengikut Seksyen 4(1)(b) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan itu dilakukan atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Peguam Datuk Hasnal Rezua Merican yang mewakili Mohd Hafarizam memohon kepada mahkamah supaya membenarkan anak guamnya diikat jamin RM200,000.
“Untuk makluman hakim, wang jaminan yang ditetapkan mahkamah sebelum ini iaitu RM500,000 masih ada dalam simpanan mahkamah, saya mohon supaya untuk pertuduhan yang baharu ini jumlah jaminan yang ditetapkan lebih rendah.
"Anak guam kami juga baru sahaja membuka firma guaman persendirian namun ekoran wabak Covid-19 yang melanda negara kini ia telah memberi kesan terhadap firma guamannya,” katanya.
Tambah Hasnal Rezua, anak guamnya bukanlah seorang yang berisiko melarikan diri kerana sebelum ini beliau diberi kebenaran untuk ke United Kingdom dan pulang ke tanah air pada waktu yang ditetapkan mahkamah.
Timbalan Pendakwa Raya Datuk Ishak Mohd Yusoff yang mengendalikan pendakwaan tidak membantah cadangan ikat jamin tersebut.
Azman kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM200,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 9 September ini untuk sebutan semula kes.
"Tertuduh perlu membayar deposit sebanyak RM5,000 pada hari ini manakala bakinya perlu dibayar esok sebelum 12 tengah hari," katanya yang turut menetapkan syarat tambahan supaya tertuduh perlu menyerahkan pasportnya kepada mahkamah sehingga kesnya selesai.
Terdahulu di Mahkamah Tinggi di sini, Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali melepas tanpa membebaskan Mohd Hafarizam daripada dua pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM15 juta, selepas membenarkan permohonan pihak pendakwaan yang turut memaklumkan bahawa mereka akan memfailkan pertuduhan baharu terhadapnya di Mahkamah Sesyen. -
Bernama
Mon Aug 03 2020
Mohd Hafarizam mengaku tidak bersalah atas pertuduhan wang haram berjumlah RM15 juta. - Gambar fail
Galak kanak-kanak baca buku kepelbagaian kaum, agama untuk faham, rai perbezaan - Fahmi
Kanak-kanak perlu didedahkan dengan budaya membaca terutama buku mengenai kepelbagaian kaum dan agama di negara ini sebagai usaha melahirkan generasi berpengetahuan.
Nahas helikopter Lumut: Ahli keluarga menggigil terima berita kematian Sivasutan
Sivanesan berkata hatinya luluh apabila mengetahui Sivasutan pula disahkan sebagai seorang daripada mangsa yang maut dalam nahas itu.
Nahas helikopter Lumut: Adik mahu kakak dikebumi di Sarawak
Pelajar tingkatan empat itu berkata kali terakhir dia bertemu dengan kakaknya pada sambutan Hari Gawai tahun lepas.
Jualan kenderaan baharu Malaysia susut 10 peratus - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia pada Mac 2024 susut 10 peratus kepada 71,052 unit, berbanding 78,881 yang didaftarkan pada bulan yang sama tahun lepas, kata Persatuan Automotif Malaysia (MAA).
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang catat peningkatan penumpang lima peratus pada Mac 2024
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PEN) merekodkan pertambahan pergerakan penumpang sebanyak lima peratus, meningkat kepada 328,000 daripada 313,000 penumpang pada bulan sebelumnya.
[LAPOR LANGSUNG] Nahas helikopter Lumut: Wajah semua mangsa sudah dikeluarkan TLDM
HRPB maklumkan bedah siasat mungkin selesai pada Rabu.
LA28: Nurul Izzah Izzati wajar disenaraikan dalam progran Fast Track RTG - Amarjit
Persekutuan Berbasikal Kebangsaan Malaysia (PKBM) percaya pelumba trek wanita negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri harus disertakan dalam program Fast Track di bawah inisiatif Road to Gold (RTG) selepa
FINAS taja caruman SKSPS bagi 4,500 penggiat seni selama setahun - Fahmi
FINAS akan menaja 4,500 penggiat seni tanah air di bawah SKSPS Perkeso dengan caruman RM23.30 bagi setiap orang, menjadikan jumlah keseluruhan tajaan bernilai RM104,850.
Gabungan golf dan bola sepak, footgolf sukan santai dan menyeronokkan
Footgolf menggabungkan dua sukan paling popular di dunia iaitu bola sepak dan golf, dengan kaki berfungsi sebagai kayu golf untuk menendang bola sepak saiz lima ke lubang yang ditetapkan.
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Ketika ini lokasi kapal memulakan pelayaran akan ditukarkan ke satu lokasi yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
Mohd Hafarizam tidak mengaku terima RM15 juta dari Najib
Penasihat undang-undang UMNO Datuk Mohd Hafarizam Harun mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM15 juta.