Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang baharu.
Beliau menggantikan Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang tamat tempoh perkhidmatan pada 27 Nov lepas.
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dalam satu kenyataan hari ini berkata pelantikan Mohd Hashim, 60, berkuat kuasa 5 Sept sehingga beliau genap usia 66 tahun selaras dengan Fasal (3) Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan.
Mohd Hashim, berasal dari Kota Baharu, Kelantan, memegang jawatan Ketua Setiausaha Kementerian itu dari 11 Nov 2010 hingga bersara wajib pada 31 Ogos 2014.
Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam Pengajian Asia Tenggara dari Universiti Malaya dan Sarjana Sains Politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mohd Hashim memulakan kerjaya dalam perkhidmatan awam sebagai Penolong Pengarah di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pada 1980.
Antara jawatan yang pernah disandangnya termasuk Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Belia dan Sukan, Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Timbalan Ketua Setiausaha (Usahawan), Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
Bernama
Tue Sep 02 2014
Mohd Hashim Abdullah menggantikan Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang tamat tempoh perkhidmatan pada 27 Nov lepas.
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
Tiada lagi import cili merah dari Vietnam dibenarkan tahun ini
Pemantauan persampelan cili merah dari negara berkenaan menunjukkan kandungan 'maximum residue limit' (MRL) melebihi paras dibenarkan.
Tiada kompromi dalam isu salah laku, rasuah - Salahuddin
Datuk Salahuddin Ayub menegaskan mereka yang terbabit tidak akan terlepas daripada tindakan undang-undang.
MOA perketatkan kawalan kemasukan cili import - Salahuddin
Kerajaan menggantung import permit cili merah Vietnam sejak 14 Sept lepas setelah didapati mempunyai sisa racun perosak melebihi tahap yang dibenarkan.
Lingkaran nyamuk tidak berdaftar dijual berleluasa di negeri-negeri utara Semenanjung
Penggunaan lingkaran nyamuk tidak berdaftar dikhuatiri membawa risiko kepada pengguna kerana berkemungkinan meninggalkan kesan sampingan.