Bekas Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Mohd Shukri Abdull tidak akan mula bekerja secara rasmi sehingga mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Menurut jurucakap SPRM ketika dihubungi Astro AWANI, selepas mendapat perkenan Agong, Mohd Shukri juga akan melalui istiadat angkat sumpah dalam memegang jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu.

Pelantikan Mohd Shukri itu diumumkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada sidang media di Menara Yayasan Selangor, pada Khamis.

Mohd Shukri juga menggantikan bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad yang meletak jawatan pada Isnin lalu.

BACA: Sah! KP SPRM letak jawatan - Ali Hamsa

BACA: Dzulkifli lapor diri kembali di Jabatan Peguam Negara