Peminat hasil seni kini tidak perlu mengeluarkan belanja besar untuk menatap hasil karya pelukis tersohor, Leonardo Da Vinci.

Ini kerana untuk tempoh sebulan, 17 hasil lukisan paling popular Da Vinci kini dipertontonkan dalam pameran Leonardo Opera Omnia yang sedang berlangsung di Balai Seni Negara.

Kesemua lukisan itu menggunakan teknologi digital yang membolehkan lukisan asal dihasilkan semula dalam kualiti tinggi atau terma lebih tepatnya, reproduction, untuk dibawa ke negara ini.

"Kehadiran pameran ini di Balai Seni Negara adalah satu momentum baru untuk sambutan Tahun Melawat Malaysia 2020. Ia menjadi satu tarikan kepada rakyat Malaysia khususnya, yang tidak berkesempatan ke Muzium Louvre, Paris, di mana lukisan Mona Lisa 'terbang' ke Malaysia dan The Last Supper berada.

"Pameran ini memberi tarikan yang besar, kerana ada pengunjung yang tak pernah berkunjung, datang ke sini untuk menyaksikannya. Promosi melalui media sosial juga sebenarnya banyak membantu untuk menguar-uarkan yang Mona Lisa 'terbang' ke Malaysia ada di Balai Seni Negara," kata Pengarah Bahagian Pameran, Koleksi dan Konservasi, Rohana Mohd Yusof.

Selain 'Mona Lisa 'terbang' ke Malaysia' dan 'The Last Supper', antara karya lain yang turut dipamerkan ialah 'Lady with an Ermine', 'Annunciation' dan 'The Head of A Woman'.

Mona Lisa merupakan sebuah karya agung lukisan Leonardo Da Vinci abad ke-15. Kini ia disimpan di Muzium Louvre, Paris, Perancis. - Foto Pinterest

Lukisan mural 'The Last Supper' dipercayai dilukis pada akhir abad ke-15 dan kini disimpan di Santa Maria delle Grazie di Milan, Itali. - Astro AWANI

Lukisan 'Adoration of the Magi' tidak sempat disiapkan Leonardo da Vinci kerana beliau telah berpindah ke Milan pada 1482. - Astro AWANI

Lukisan 'Lady with an Ermine' ini dipercayai memaparkan Cecilia Gallerani pada usia dalam lingkungan 19 hingga 20 tahun. - Astro AWANI

Lukisan La Scapigliata atau 'Head of a Woman' ini merupakan karya Leonardo yang paling kontroversi dan diselubungi misteri. - Astro AWANI

Antara muka surat dalam manuskrip Leonardo yang mengkaji cara burung terbang bagi menghasilkan alat terbang. - Astro AWANI

Lebih menarik, pameran ini turut memaparkan codex atau teks manuskrip yang dibuat Da Vinci yang mengetengahkan sebahagian daripada kajian dan ciptaan beliau.

Pameran hasil kerjasama antara Balai Seni Negara dan kedutaan Itali ini juga diharapkan dapat mengeratkan hubungan dua hala kedua-dua negara, selain menggalakkan industri pelancongan.

Pengunjung boleh mengunjungi Balai Seni Negara untuk menyaksikan pameran Leonardo Opera Omnia ini yang berlangsung setiap hari sejak 15 Julai lalu sehingga 15 Ogos depan, bermula jam 10 pagi sehingga 6 petang.