Kesibukan serta kesedihan mangsa banjir di sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Mersing terubat dengan kehadiran dan gelagat seekor anak monyet betina dikenali Jenny.

Monyet berusia tiga bulan yang merupakan haiwan peliharaan seorang mangsa banjir di Johor ditempatkan di Sekolah Agama Pengkalan Batu, Mersing

Menurut khairunisa Faizal, 10, monyet tersebut yang kematian ibu dijumpai di sebuah pulau dan beliau bertindak membawanya pulang untuk dipelihara.

Katanya, Jenny mempunyai sifat yang sangat manja dan suka bermain dengan manusia, menjadikan kehadirannya sangat disenangi orang sekeliling.

“kadang-kadang mereka suka bermain dan bergurau dengan Jenny. Malah Jenny sangat selesa dengan mereka sehinggakan tidur pun bersama dengan kami”.Katanya

Kehadiran Jenny bukan sahaja menceriakan mangsa banjir di PPS itu tetapi turut menceriakan Petugas media, Pegawai agensi kerajaan, dan sukarelawan yang berada di situ.

Jelasnya, beliau terpaksa membawa haiwan peliharaannya itu berikutan rumahnya turut dinaiki air.