Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bercadang menubuhkan sebuah majlis bagi menyelaraskan pembangunan dan pelaksanaan standard secara menyeluruh di negara ini.
Menteri berkenaan Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata majlis itu, yang melibatkan pelbagai kementerian, jabatan, agensi swasta dan persatuan pengguna, akan bertindak sebagai badan yang memastikan standard seperti Standard Malaysia oleh Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) dan Halal Malaysia oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dilaksana dengan berkesan.
Beliau berkata majlis itu juga memainkan peranan penting sebagai medium kerjasama antara pihak berkepentingan membabitkan 22 agensi persijilan standard antaranya SIRIM dan JAKIM bagi memastikan standard itu bertepatan dengan keperluan rakyat dan dasar kerajaan selain menjadikan standard di negara ini lebih diyakini.
"Penubuhan (majlis itu) perlukan sedikit masa sebelum dimuktamadkan. Apabila ditubuhkan kelak, ia akan menjadikan ekosistem standard negara lebih mantap dan kukuh yang akhirnya dapat meningkatkan keyakinan pengguna terhadap produk sesuatu standard, memupuk kepercayaan terhadap produk buatan kita sendiri," katanya pada sidang berita di sini, hari ini.
Terdahulu, beliau merasmikan Mesyuarat Program Pertengahan Tahun Metrologi Asia Pasifik di Bandar Hilir di sini. Turut hadir Pengerusi program itu Dr Toshiyuki Takatsuji dan Presiden Forum Undang-undang Metrologi Asia Pasifik Stephen O''Brien.
Seramai 68 peserta dari 15 negara termasuk Fiji, Bangladesh dan Malaysia menghadiri mesyuarat tujuh hari itu yang bermula semalam yang dianjurkan Institut Metrologi Kebangsaan Malaysia dan SIRIM.
Madius berkata pihaknya tidak bercadang menjadikan standard itu sebagai wajib diperoleh setiap pengeluar produk dan penyedia perkhidmatan di negara ini.
"Standard bukan sesuatu perkara yang wajib diperoleh setiap pengeluar atau penyedia sebaliknya ia dilakukan secara sukarela. Namun, ia adalah satu nilai tambah yang dapat meningkatkan keyakinan pengguna terhadap produk dan perkhidmatan itu," katanya.
Beliau berkata penubuhan majlis itu dapat meningkatkan kesedaran tentang pentingnya standard dalam kalangan rakyat selain manfaat yang diperoleh mereka apabila menggunakan produk atau mendapatkan perkhidmatan yang diperakui sesuatu standard.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 22 2017
Madius berkata pihaknya tidak bercadang menjadikan standard itu sebagai wajib diperoleh setiap pengeluar produk dan penyedia perkhidmatan di negara ini.
Kerajaan Perpaduan tidak pernah tahan wartawan, tutup media - Fahmi
Menurut Fahmi, sehingga kini mana-mana wartawan masih boleh menulis laporan termasuk memberikan kritikan terhadap kerajaan.
Pengebumian jenazah Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal
Umavathi Ramayah membawakan perkembangan terkini pengebumian Allahyarham Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Kuala Lumpur.
Sindiket beli ganja hampir 100kg seminggu dari Thailand tumpas
Sindiket yang aktif sejak dua tahun lalu itu dikesan membuat pesanan ganja berharga antara RM800 hingga RM1,000, dan ia diseludup masuk ke negara ini dari Thailand dengan menggunakan perkhidmatan kurier.
MB Terengganu sedia kongsi kepakaran bantu siasatan nahas helikopter TLDM
Menteri Besar Terengganu, Datuk Ser Ahmad Samsuri Mokhtar sedia membantu dan berkongsi kepakaran sekiranya diperlukan dalam membantu menyiasat insiden dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas di Lumut, Perak.
Inspektor polis didakwa lakukan amang seksual terhadap remaja 16 tahun ditahan
Seorang pegawai polis berpangkat inspektor ditahan selepas didakwa melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan berumur 16 tahun.
Penganggur terlepas tali gantung, hukuman mati diganti penjara 30 tahun, 12 sebatan
Seorang penganggur terlepas tali gantung selepas Mahkamah Persekutuan menggantikan hukuman mati terhadapnya dengan penjara 30 tahun bagi kesalahan membunuh.
Nahas helikopter Lumut: Kerajaan beri bantuan RM10,000 kepada keluarga mangsa
Kerajaan menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam nahas helikopter di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, pada Selasa.
Kawalan di KLIA Terminal 1 dan 2 dipertingkat dengan 4 skuter elektrik
Kawalan keselamatan di KLIA Terminal 1 dan 2 oleh PDRM terus dipertingkatkan dengan penggunaan empat skuter elektrik.
AWANI Borneo [24/04/2024] – Nahas helikopter | Bernilai RM1.76 juta | Rakyat diutamakan
AWANI Borneo Rabu, 24 April 2025 bersama Assim Iskandar.
- Nahas helikopter : Jasad mendiang Joanna dikebumikan di Serian esok.
- Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak bermilai RM1.76 juta.
- DUN Sabah : Pembangkang tidak dipinggir, peruntukan tetap diberikan - Hajiji
- Nahas helikopter : Jasad mendiang Joanna dikebumikan di Serian esok.
- Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak bermilai RM1.76 juta.
- DUN Sabah : Pembangkang tidak dipinggir, peruntukan tetap diberikan - Hajiji
Tony Fernandes lanjut kontrak 5 tahun sebagai CEO Capital A
CEO Capital A Bhd Tony Fernandes telah menandatangani kontrak perkhidmatan baharu untuk tempoh lima tahun akan datang.
"UPKO tidaklah terjejas sangat" - Presiden UPKO
Meskipun dua wakil rakyat UPKO umum keluar parti, Presiden UPKO, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau menegaskan parti itu masih kukuh.
COVID-19: Rakyat Sabah kawal emosi, jangan mudah terpengaruh berita palsu
Rakyat Sabah diingat mengawal emosi dan tidak mudah terpengaruh dengan penyebaran berita palsu berkaitan wabak COVID-19.
UPKO keluar BN disebabkan suara rakyat Sabah yang mahukan perubahan
Pemangku Presiden UPKO Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata jumlah undi di Sabah pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) menunjukkan kelebihan kepada Warisan dan PH.
Aplikasi RakanMET dilancarkan
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi hari ini melancarkan aplikasi RakanMET yang merupakan platform perkongsian maklumat terkini keadaan cuaca, bencana atau gempa bumi dari semasa ke semasa.
MOSTI cadang penubuhan majlis selaraskan piawaian - Menteri
MOSTI bercadang menubuhkan sebuah majlis bagi menyelaraskan pembangunan dan pelaksanaan standard secara menyeluruh di negara ini.
Formasi awan bergulung fenomena semula jadi - menteri
kejadian itu adalah fenomena semula jadi cuaca disebabkan pembentukan garis badai berserta kejadian awan bergulung atau 'roll cloud' dan ia tidak berbahaya seperti garis badai.