Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berharap lebih banyak produk berinovasi dapat dikomersialkan pada tahun hadapan.
Menterinya Datuk Wilfred Madius Tangau berkata ini kerana tahun depan diisytiharkan sebagai Tahun Pengkomersilan Produk Berinovasi 2016.
"Sasaran kami sehingga 2020, kami mahu mengkomersialkan 60 produk setiap tahun.
"Tetapi oleh kerana tahun depan diisytiharkan sebagai tahun pengkomersilan produk, kami berharap banyak produk melebihi sasaran dapat dikomersialkan," katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka MOSTI di sini pada Ahad.
Berbeza dengan tahun ini yang mana pengkomersilan produk di peringkat MOSTI, Madius berkata program itu pada tahun depan akan diperluaskan kepada kementerian lain.
"Saya sendiri akan mempengerusikan satu jawatankuasa pelaksana di peringkat kebangsaan melibatkan semua kementerian supaya tahun depan ini akan benar-benar melibatkan seluruh rakyat dan kementerian lain untuk mengkomersialkan ciptaan rakyat Malaysia," katanya.
Madius juga berharap rakyat akan mengambil peluang dalam program itu sebagai langkah mencari pendapatan, khususnya dalam keadaan ekonomi yang dijangka mencabar pada tahun depan.
Sementara itu, beliau berkata pihaknya masih dalam proses perancangan untuk mewujudkan sebuah Pusat Sains Negara di Tuaran.
Beliau yang juga anggota Parlimen kawasan Tuaran berkata cadangan untuk membina pusat itu di Tuaran bukan kerana beliau merupakan wakil rakyat di kawasan itu, tetapi kedudukannya yang dekat dengan bandaraya Kota Kinabalu.
"Selain itu, Tuaran juga mempunyai banyak tanah Persekutuan di mana kita boleh membangunkan pusat ini," tambahnya.
Bernama
Mon Dec 28 2015
Madius (gambar) juga berharap rakyat akan mengambil peluang dalam program itu sebagai langkah mencari pendapatan, khususnya dalam keadaan ekonomi yang dijangka mencabar pada tahun depan. -Gambar fail
Wanita maut, dua lelaki parah kereta langgar pokok
Seorang wanita maut, manakala dua lelaki cedera parah selepas kereta dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar sebatang pokok di tepi jalan dalam kemalangan di Jalan Macalister awal hari ini.
Israel perlu waspada jika negara Asia Barat masuk campur
Israel seharusnya mengambil pengajaran daripada konflik dengan Iran supaya tindak bertindak sewenang-wenangnya mencabuli hak rakyat Islam, terutamanya Palestin.
AWANI Ringkas: PM: Isu PKR Sabah akan diselesaikan segera
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
DNB nafi dakwaan tidak telus dalam menjalankan operasi dalaman
Digital Nasional Bhd (DNB) dengan tegas menafikan dakwaan bertindak tidak telus dalam menjalankan operasi dalaman serta menolak sebarang gambaran negatif terhadap amalan tadbir urus dan perolehannya.
Adakah ia akan mencetuskan perang lebih besar & dahsyat di Asia Barat?
Prof. Dr. Mizan Mohammad Aslam, Jabatan Hubungan Antarabangsa, Keselamatan dan Undang-Undang
KPN Razarudin ucap takziah pemergian Tun Hanif Omar
Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Razarudin Husain bersama timbalannya Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dan seluruh warga Polis Diraja Malaysia menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga bekas KPN, Tun Mohammed Hanif Omar yang meninggal dunia akibat sakit buah pinggang pada awal pagi Sabtu.
Keperibadian Tun Hanif tegas ketika melakasanakan tugas
Ketegasan dalam melaksanakan tugasan.
Itu merupakan salah satu keperibadian bekas Ketua Polis Negara (KPN) Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar sepanjang melakar perkhidmatannya di dalam kontinjen Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Perkara itu dikongsikan sahabat rapat Allahyarham, Tokoh Pentadbiran , Tan Sri Mohd Annuar Zaini.
Itu merupakan salah satu keperibadian bekas Ketua Polis Negara (KPN) Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar sepanjang melakar perkhidmatannya di dalam kontinjen Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Perkara itu dikongsikan sahabat rapat Allahyarham, Tokoh Pentadbiran , Tan Sri Mohd Annuar Zaini.
Perjalanan terakhir Tun Mohammed Hanif Omar di Masjid Negara
Faida Rahim, Wartawan Astro AWANI
Tun Hanif Omar Ketua Polis Negara terlama dan termuda
Bekas Ketua Polis Negara (KPN) Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar melakar sejarah dalam perkhidmatan Sang Saka Biru.
sebagai individu paling muda dan lama menerajui tampuk kepimpinan pasukan keselamatan negara.
sebagai individu paling muda dan lama menerajui tampuk kepimpinan pasukan keselamatan negara.
Komuniti di Sarawak digalakkan mohon tubuh PAWE - Nancy
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata buat masa ini, Sarawak hanya mempunyai 13 PAWE dan jumlah itu tidak mencukupi bagi sebuah negeri yang besar.
MYStartup lancar program pemecut ketiga perkasa syarikat pemula niaga
MYStartup terus memperkasa syarikat pemula niaga di Malaysia dengan memulakan program pemecut ketiganya MYStartup Accelerator Kohort 3.
Program perintis AI Sandbox sasar 900 pemula niaga,13,000 bakat baharu AI menjelang 2026
Inisiatif ini adalah untuk mendorong Malaysia ke arah masa depan yang dipacu oleh inovasi, produktiviti dan daya saing.
MOSTI dapati kadar penembusan modal teroka Malaysia naik 0.25-0.35 peratus menjelang 2030
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mengunjurkan kadar penembusan modal teroka Malaysia meningkat 0.25 hingga 0.35 peratus dan bernilai sekitar US$1.4 bilion (US$1=RM4.7) menjelang 2030.
Ekonomi hidrogen berpotensi jana pendapatan RM12 bilion menjelang 2030 - MOSTI
Fokus utama MOSTI ketika ini adalah untuk mempertingkatkan permintaan, penggunaan dan juga penjanaan hidrogen hijau.
MOSTI pastikan teknologi dan inovasi negara selaras perkembangan ekonomi
MOSTI akan memastikan pelaksanaan pelbagai inisiatif sains, teknologi dan inovasi negara berada pada landasan tepat selaras dengan perkembangan ekonomi semasa.
Garis panduan, kod etika guna AI siap 90 peratus - MOSTI
Garis panduan governan dan kod etika bagi teknologi kecerdasan buatan (AI) sudah memasuki fasa akhir pembangunan dengan status pencapaian 90 peratus.
KKR, MOSTI jalin kerjasama perkasa MYJalan menerusi program Sandbox
KKR dengan kerjasama MOSTI akan melaksanakan program Sandbox Infrastruktur Jalan Pintar yang bakal menyelesaikan pelbagai isu.
MOSTI bakal lancar Kod Etika dan Pentadbiran Kecerdasan Buatan - Lih Kang
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan melancarkan Kod Etika dan Pentadbiran Kecerdasan Buatan (AIGE) dalam masa terdekat.
MOSTI bentang kerangka penuh kod etika AI suku pertama 2024 - Chang
MOSTI dijangka membentangkan kerangka penuh berkaitan kod etika kecerdasan buatan (AI) pada suku pertama tahun depan.
MySains permudah cara usaha promosi STI - Chang
MySains ditubuhkan sebagai satu kerjasama berpusat dalam kalangan institusi pembelajaran sains bukan formal yang bertindak sebagai pemudah cara dalam usaha mempromosikan STI.