Syarikat peruncitan terkemuka di negara ini, MR DIY menawarkan lebih 1,000 peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia di seluruh negara bagi menampung keperluan bagi kepakaran berkaitan yang semakin meningkat di semua rangkaian kedai dan ibu pejabatnya di Selangor.
Pengarah Urusannya Adrian Ong dalam satu kenyataan pada Selasa berkata dengan lebih 600 kedai di seluruh negara, terdapat kekosongan jawatan untuk diisi oleh rakyat Malaysia yang mempunyai kemahiran berkaitan.
"Pandemik COVID-19 telah meletakkan kita dalam situasi belum pernah dialami yang menyaksikan kita terpaksa berdepan dengan isu kesihatan dan ekonomi.
"Sebagai peruncit bagi produk penting dan pembaikan rumah yang pesat berkembang, MR DIY telah berjaya mengekal dan menambah bilangan tenaga kerja bagi menyokong ekonomi Malaysia," katanya.
Tawaran bagi mengisi jawatan kosong itu, yang dibuka selama tiga bulan mulai 1 Jun, turut menggalakkan individu kurang upaya untuk memohon dan syarikat menawarkan faedah menarik termasuk liputan perubatan, diskaun staf, kenaikan gaji tahunan serta bonus, lawatan tajaan syarikat serta peluang perkembangan kerjaya dan kemajuan diri.
Ong berkata MR DIY gembira kerana berada dalam kedudukan yang dapat menarik minat pencari kerja yang meninjau peluang untuk membina kerjaya jangka panjang serta mengalu-alukan individu yang cerdas, bersemangat dan sanggup bekerja keras untuk menyertai pasukan mereka di ibu pejabat atau rangkaian kedai di seluruh negara.
Calon perlu berusia 18 tahun dan ke atas serta memiliki ijazah dan/atau diploma (bagi jawatan penyelia ke atas) atau Sijil Pelajaran Malaysia (bagi jawatan juruwang dan promoter).
"Selain itu, terdapat pelbagai jawatan kosong di peringkat pengurusan pertengahan dan kanan, eksekutif serta pegawai bagi graduan baharu di pelbagai jabatan di ibu pejabat syarikat," katanya.
Untuk maklumat lanjut mengenai pengambilan pekerja, sila layari laman sesawang MR D.I.Y www.mrdiy.com/career serta akaun media sosialnya di Facebook, Instagram dan Linkedln.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 09 2020
Dengan lebih 600 kedai di seluruh negara, terdapat kekosongan jawatan untuk diisi oleh rakyat Malaysia yang mempunyai kemahiran berkaitan. Foto Facebook MR DIY
Kandungan mudarat di media sosial meningkat ketara - SKMM
Kandungan memudaratkan itu termasuklah ucapan berbaur kebencian, scam, penjualan haram, perjudian dan berita palsu.
Data & statistik: Indeks harga pengeluar Malaysia meningkat 0.3% daripada -0.6%
Perangkawan Malaysia, Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin menjelaskan, pada asas bulanan, IHPR Pengeluaran Tempatan meningkat 0.7 peratus selepas penurunan 0.1 peratus pada bulan lepas.
Cukai ditangguh, MOF belum bentang RUU
Di sebalik keinginan masyarakat perniagaan untuk mendapatkan butiran mengenai Cukai Barang Bernilai Tinggi (HVGT), Kementerian Kewangan (MOF) tidak memperkenalkan rang undang-undang HVGT dalam sidang Parlimen semasa seperti yang dirancang pada asalnya.
Kisah Ramadan Tengku Zafrul: ‘Ride’ tengah malam dan moreh di Kampung Baru
Kesibukan sebagai menteri tidak halang Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri itu luang masa dengan rakan-rakannya.
AWANI Pagi: Mengurus tenaga pada bulan Ramadan
Cuaca panas ketika Ramadan adakalanya menyebabkan penggunaan tenaga pada tahap tinggi. Ketahui tips-tips menguruskan tenaga pada bulan Ramadan, bersama Kamal Arifin A. Rahman, Ketua Pegawai Retail Tenaga Nasional Berhad (TNB).
#AWANIPagi #AWANInews
#AWANIPagi #AWANInews
Bomba pujuk lelaki kurang siuman baring atas bumbung rumah
Mangsa berjaya dibawa turun dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [29 Mac 2024]
Suami artis Indonesia Sandra Dewi ditangkap kes rasuah
Netizen ungkit kisah perkahwinan Sandra Dewi dan suuami di Disneyland serta hadiahkan anak jet peribadi.
Lebih 100 pelajar Nigeria berjaya diselamatkan tentera
Tentera Nigeria telah menyelamatkan pelajar dan kakitangan yang diculik oleh lelaki bersenjata dari sebuah sekolah di utara negara itu.
Burung unta 'kesunyian' nekad larikan diri
Haiwan digelar Tadori itu bagaimanapun berjaya ditangkap dan dihantar semula ke taman ekologi selepas berkeliaran selama hampir sejam.
Untung bersih MR DIY susut kepada RM100.5 juta akibat tekanan kos
Penurunan itu terutamanya disebabkan perbelanjaan yang lebih tinggi apabila lebih banyak cawangan dibuka pada suku berkenaan.
MR DIY tawar lebih 1,000 pekerjaan di seluruh negara
Dengan lebih 600 kedai di seluruh negara, terdapat kekosongan jawatan untuk diisi oleh rakyat Malaysia yang mempunyai kemahiran berkaitan.