Majlis Sukarelawan Bencana Negara (MSBN) melancarkan Unit Sukarelawan Bencana Peringkat Negeri sebagai langkah kesiapsiagaan untuk digerakkan ke lokasi terjejas bagi membantu mangsa bencana.
Pengerusi Jawatankuasa MSBN, Datuk Zuhairi Ab Kadir berkata, usaha itu bagi menarik penyertaan badan sukarela serta orang perseorangan dalam misi bantuan atas prinsip pengurusan bencana menjadi tanggungjawab yang perlu dikongsi bersama.
"Langkah ini penting untuk menggalakkan lebih ramai sukarelawan baharu menganggotai MSBN dan mewujudkan kerjasama bersepadu melibatkan semua agensi kerajaan daripada peringkat pusat, negeri dan daerah apabila khidmat bantuan diperlukan," katanya dalam kenyataan di sini pada Rabu.
Menurut Zuhairi, MSBN turut menganjurkan program latihan intensif bertujuan memberi pendedahan dan pengetahuan kepada pihak terlibat dalam persediaan menangani bencana untuk memastikan platform itu berfungsi dan berperanan seperti yang dimahukan.
"Kesiapsiagaan cukup penting untuk diterapkan dalam diri segenap lapisan masyarakat hari ini supaya menjadi satu budaya agar mangsa bencana mendapat perlindungan serta bantuan yang sewajarnya daripada semua pihak," katanya.
Beliau dalam pada itu berkata, bencana bukan hanya dalam ruang lingkup banjir semata-mata, tetapi skop yang luas termasuk membantu operasi mencari dan menyelamat orang hilang, kebakaran hutan, kemalangan, pesawat terhempas, bangunan runtuh, tanah runtuh dan tsunami yang memerlukan tindakan penggemblengan tenaga ekstensif.
"Selain berkhidmat kepada masyarakat, saya menekankan peranan penting Unit Sukarelawan Bencana ini dalam memberi sumbangan termasuk keperluan asas seperti makanan, pakaian, kewangan dan perubatan kepada mangsa bencana yang memerlukan.
"Bantuan perlu sampai ke tempat bencana pada kadar segera bagi meringankan beban mangsa yang bersifat sementara hingga digantikan bantuan secara berkala oleh pihak berwajib atau agensi kerajaan dalam jangka panjang," ujarnya.
Sekretariat bagi MSBN adalah Pertubuhan Kebajikan Kemanusiaan Antarabangsa (Peka).
Astro Awani
Wed Jan 01 2020
Majlis Sukarelawan Bencana Negara (MSBN) melancarkan Unit Sukarelawan Bencana Peringkat Negeri sebagai langkah kesiapsiagaan untuk digerakkan ke lokasi terjejas bagi membantu mangsa bencana. - Gambar fail
Suhu cecah 42 celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu
Untuk rekod, ini merupakan tahun kedua berturut-turut pihak berkuasa Bangladesh mengambil langkah sama akibat cuaca ekstrem.
[TERKINI] Pelayaran ditangguh lagi, Israel didakwa wujudkan kekacauan
Misi pelayaran Break The Siege Freedom Flotilla To Gaza sekali lagi ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Ariel Henry serah surat letak jawatan selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu.
Freedom Flotilla to Gaza: Pendaftaran kapal misi di negara lain mungkin memakan masa
Belum jelas sama ada FFC akan beli atau mendaftar di negara yang kecil seperti Panama atau Liberia.
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
Asia rantau paling banyak dilanda bencana di dunia, kata agensi meteorologi PBB
WMO berkata ribut dan banjir mengakibatkan angka korban dan kerugian ekonomi tertinggi, sementara kesan gelombang haba menjadi lebih teruk.
Penduduk Durian Tunggal resah rumah berisiko dinaiki air selepas hujan lebat
"Setiap kali sambutan Aidilfitri saya tidak terfikir untuk menghias rumah seperti orang lain..."
Jawatankuasa Bertindak selesaikan masalah banjir di Hang Tuah Jaya
Jawatankuasa itu akan meneliti semua penyelesaian telah dirangka secara mikro serta makro dan pelaksanaanya akan dilakukan segera.
Banjir Dubai: UAE masih bergelut selepas ribut
Operasi di lapangan terbang dan hab perjalanan utama kekal terganggu selepas ribut melanda Selasa lalu.
Mangsa banjir di tiga negeri menurun - NADMA
Jumlah mangsa banjir menurun kepada 759 mangsa yang ditempatkan di enam pusat permindahan sementara setakat 6 pagi tadi.
Mangsa banjir di tiga negeri meningkat kepada 748 orang - NADMA
Terdapat tiga PPS beroperasi iaitu di daerah Petaling yang menempatkan 356 mangsa, PPS di Klang (204 mangsa) dan Kuala Selangor (54 mangsa).
Semua pihak diminta siap siaga, segera salurkan bantuan mangsa banjir - Ab Rauf
Wakil rakyat dan agensi berkaitan termasuk pihak berkuasa tempatan diarahkan supaya siap siaga dan menyalurkan bantuan awal kepada semua mangsa yang terjejas akibat banjir terutama di Alor Gajah.
Hujan paling lebat di UAE: Rangkaian lebuh raya, lapangan terbang Dubai dilanda banjir
Kebanyakan sekolah di seluruh UAE ditutup manakala pekerja pejabat diarahkan supaya bekerja dari rumah.
UAE alami hujan paling lebat dalam tempoh 75 tahun
Dalam peristiwa cuaca bersejarah, Emiriah Arab Bersatu (UAE) menyaksikan taburan hujan paling lebat direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).