Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menyarankan agar pekerja tempatan di Pasar Borong Kuala Lumpur diberi kemudahan perlindungan insurans dan perubatan, sesuai dengan risiko pekerjaan yang berdasarkan 3K iaitu 'Keselamatan, Keselesaan dan Kesihatan'.
Presidennya Datuk Abdul Halim Mansor berkata usaha kerajaan menggalakkan belia tempatan bekerja di pasar borong untuk mengurangkan kebergantungan pada pekerja asing adalah baik, namun gaji setimpal sahaja tidak memadai.
"Perlu dipastikan majikan di pasar borong dapat beri perlindungan insurans dan perubatan kepada pekerja kerana mereka terbabit dalam kerja-kerja berat seperti memunggah barang.
"Tidak kiralah dibayar gaji harian, mingguan ataupun bulanan, mereka perlu dilindungi secara adil mengikut undang-undang pekerja dan majikan pula perlu mematuhi Akta Pekerja 1951, Akta Keselamatan Sosial, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan," katanya kepada Bernama.
Rabu lepas, Kementerian Wilayah Persekutuan bercadang menawarkan peluang pekerjaan di Pasar Borong Kuala Lumpur kepada golongan belia yang menganggur dengan gaji RM2,400 sebulan berikutan warga asing tidak dibenarkan bekerja di sana.
Menterinya Tan Sri Annuar Musa berkata langkah itu juga antara usaha bagi membantu golongan muda yang hilang pekerjaan dan menganggur akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Mengulas lanjut, Abdul Halim berkata peniaga dan pemborong di Pasar Borong Kuala Lumpur juga perlu diberi taklimat mengenai undang-undang perlindungan pekerja agar kebajikan kedua-dua pihak terbela.
"Justeru, agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Tenaga Kerja, Pertubuhan Keselamatan Sosial, serta Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja perlu turun padang memberi taklimat kepada mereka tentang kepentingan itu sebelum mengambil pekerja tempatan secara besar-besaran," katanya.
Sementara itu, Presiden Persatuan Pemborong Sayuran Kuala Lumpur, Wong Keng Fatt berkata sejak PKP Diperketatkan (PKPD) tamat pada 13 Mei lepas, tiada lagi warga asing dibenarkan bekerja di Pasar Harian Selayang dan Pasar Borong Kuala Lumpur.
Katanya mereka kini memerlukan kira-kira 1,000 pekerja untuk mengisi kekosongan itu.
"Mereka dibayar gaji harian iaitu antara RM100 hingga RM120 sehari dan bekerja hanya tiga hari seminggu selama lapan jam sehari dari pukul 10 pagi hingga 6 petang.
"Masalah utama kami sekarang ialah ramai pekerja tempatan tidak bertahan lama. Ramai datang temu duga dan minta kerja tetapi bila kerja tidak sampai tiga, empat jam ada yang cabut lari," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 18 2020
MTUC menyarankan agar pekerja tempatan di Pasar Borong Kuala Lumpur diberi kemudahan perlindungan insurans dan perubatan.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari transformasi digital - Wilson
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari dengan transformasi digital, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Kekejaman zionis: Halalkan penempatan haram di Tebing Barat berbahaya - A.S
Membenarkan penempatan haram di Tebing Barat akan menjadi tindakan berbahaya dan melulu.
JDT lancar jersi baharu bagi musim 2024
Jersi berwarna biru dan merah untuk beraksi di gelanggang keramat mereka manakala jersi berwarna putih untuk perlawanan di gelanggang lawan.
Annuar Musa sedia kembali ke politik jika dipelawa menjadi calon
"Memaksa diri untuk (dicalon atau bertanding) bukan cara saya."
Rafizi bidas Annuar Musa dakwa kerajaan gagal kawal ekonomi
Rafizi berkata, keutamaan dalam 2023 adalah menstabilkan harga barang dengan menurunkan inflasi kerana ia membolehkannya tidak terus melonjak naik sepertimana dialami kerajaan sebelum ini.
Pengarah Hydroshoppe dapatkan pasport untuk lawatan kerja
Mahkamah membenarkan Pengarah Hydroshoppe, Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh mendapatkan sementara pasport.
Nik Elin sah ahli Muafakat Nasional
Peguam, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid mengesahkan beliau merupakan ahli Muafakat Nasional (MN).
Annuar Musa bidas Rafizi, tegaskan Pas paling tersusun
Annuar membidas kenyataan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berhubung dakwaan parti Islam berkenaan tidak mempunyai kekuatan organisasi dan kelebihan bakat.
Shahidan, Annuar dilantik AJK Pas Pusat
Pelantikan tersebut dicadangkan serta dipersetujui berdasarkan peruntukan Fasal 25 dan 26 Perlembagaan parti berkenaan.
Politik tidak akan stabil selagi Melayu tak bersatu - Annuar
Melayu sebagai kaum majoriti mesti menjadi teras atau tapak utama dalam landskap politik Malaysia yang mempunyai kuasa dominan.
PRK di Johor sambungan referendum rakyat - Annuar
Annuar berkata, tidak lengkap referendum itu sekiranya tidak disertai rakyat Johor yang turut memberi isyarat sama.
Pengarah syarikat gagal batal tuduhan tawar suapan berhubung ambil alih konsesi Menara KL
Mahkamah hari ini menolak permohonan seorang pengarah syarikat untuk membatalkan pertuduhan menawarkan suapan RM500,000 berhubung proses pengambilalihan konsesi Menara Kuala Lumpur.
PRN: Eizlan Yusof hilang suara bantu kempen
Datuk Seri Eizlan Yusof, 52, hampir hilang suara susulan turut berkempen bersama-sama Tan Sri Annuar Musa untuk Perikatan Nasional (PN) sempena pilihan raya negeri (PRN) sejak Julai lalu.