Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Abdul Razak telah mengumumkan dalam pembentangan Belanjawan 2015 untuk meningkatkan syarat kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan syarat bergraduasi berdasarkan keputusan Malaysian University English Test (MUET).
Syarat kemasukan dan syarat bergaduasi masing-masing dinaikkan kepada sekurang-kurangnya Band 2 dan Band 3. Kelihatannya yang paling mencabar adalah bagi pelajar perubatan dan undang-undang iaitu Band 4 untuk kemasukan dan Band 5 untuk bergraduasi.
Orang awam di luar sana terutamanya yang “menikmati” kefasihan komunikasi Bahasa Inggeris dalam golongan urban kelihatannya menyambut baik cadangan ini serta menyatakan serba-serbi kelemahan mahasiswa dan anak muda berbahasa Inggeris ini.
Pada dasarnya, kita tidak boleh menafikan bahawa sememangnya kemahiran berkomunikasi dalam bahasa Inggeris menjadi kemestian dalam mendepani dunia kerjaya professional dalam pelbagai bidang. Tidak perlu rasanya berhujah panjang tentang hal itu.
Siapa sebenarnya yang ‘mampu’ menguasai bahasa Inggeris?
Dalam proses menguasai bahasa ini, lebih-lebih lagi komunikasi memerlukan latihan praktikal di samping kemampuan menguasai teknik-teknik yang betul.
Berani untuk saya katakan bahawa jika golongan yang lebih berada, bukan sahaja yuran MUET malah untuk ambil kelas tambahan bahasa Inggeris pun mereka akan mampu. Namun yang menjadi masalah kepada kebanyakan mahasiswa yang ramai antara mereka, terutamanya yang berasal dari luar bandar, hanya bergantung pada pinjaman PTPTN mereka yang tidak seberapa itu, mereka tidak mampu memiliki kelebihan seperti itu.
Maka kitaran ganas (vicious cycle) pun dimain berulang-ulang; tak mampu ambil program tambahan untuk kuasai kemahiran berbahasa Inggeris, kemudian tidak capai Band minimum. Kemudian, bayar lagi yuran MUET, ambil lagi, ulang-ulang keputusan tak meningkat, malah ada yang menurun.
Yang cemerlang terus cemerlang, yang tersepit akhirnya terus tersepit.
Apa yang universiti telah buat?
Walau bagaimanapun, terlalu sempit ruang perbincangan untuk kita mengatakan bahawa pensyarah dan golongan akademik universiti tak mampu menolong langsung.
Maka di sini, timbul satu persoalan lagi; adakah golongan akademik dan pensyarah akan dipertanggungjawabkan dengan kenaikan syarat ini atau mahasiswa sahaja yang akan menanggungnya?
Walaupun sekarang banyak kursus di IPTA sendiri menggunakan pengantar bahasa Inggeris untuk subjek teras, sejauh manakah golongan pensyarah di fakulti masing-masing komited dengan penggunaan bahasa ini dalam sesi kuliah dan tutorial? Mari kita berlaku jujur dengan diri sendiri, bahasa apa yang kita gunakan ketika sesi soal-jawab dan penyampaian kuliah?
Jika hal ini tidak berlaku, maka tidak adil untuk mahasiswa sahaja yang dipaksa sedangkan suasana tidak menyebelahi mereka. Tidak nampak wujud keperluan itu pada mereka.
Meletakkan syarat bergraduasi sedemikian rupa sebenarnya tidaklah bermasalah malah merupakan suatu langkah yang boleh dipuji kerana mahasiswa, secara teorinya akan lebih serius berhadapan dengan isu penguasaan bahasa ini.
Namun begitu, adakah institusi masing-masing serta Kementerian Pendidikan sendiri telah melaksanakan atau merancang pelan yang mapan bagi tujuan tersebut? Bukan apa, kita tetapkan sasaran sebegitu rupa, kita mahu juga mahasiswa ini bergraduasi.
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) contohnya merupakan antara universiti yang telah meletakkan syarat minimum Band 3 MUET untuk bergraduasi untuk semua program kecuali dinyatakan secara khusus bagi program tertentu.
Bagi merealisasikan hal ini, Pusat Pengajian Teras USIM saban tahun mengadakan siri English Language Support Programme (ELSP) yang bertujuan memberikan lebih ruang dan peluang untuk pelajar untuk menguasai bahasa Inggeris. Pendekatan ini diharap mampu membantu mahasiswa menguasai asas penting agar mampu mencapai syarat minimum MUET tersebut.
Namun demikian, ELSP tidaklah sangat membantu selain hanya mewajibkan pelajar tertentu menghadiri kelas tambahan bahasa Inggeris pada cuti semester; kelas tambahan yang hanya lebih kurang dengan kelas sedia ada pada masa kelas biasa. Bezanya mungkin ada sedikit pertunjukan kebudayaan sahaja; tidaklah dapat diharapkan program ELSP yang dihadiri berulang kali mampu menyelasikan masalah.
Maka, mahasiswa USIM yang kebanyakannya datang daripada sekolah agama dan tidak terdedah pada kebiasaan berkomunikasi bahasa Inggeris (lebih-lebih lagi dalam Pengajian Islam), ramai antara mereka terkandas dalam MUET sehinggalah tahun akhir pengajian mereka. Telah menjadi tradisi sebenarnya bahawa hampir separuh daipada graduan USIM mendapat ‘pengampunan” atau dibenarnkan mengambil EPT yang dkendalikan USIM sendiri.
Maka kita mahu bertanya, benarkah semata-mata meletakkan syarat minimum sedemikian rupa mampu “menggerakkan” mahasiswa agar “berusaha” dan “berdikari” apabila ruang pun tiada?
Pembahagian markah MUET dan kaitan dengan kemahiran komunikasi
Untuk makluman, sehingga kini, pembahagian markah tertinggi dalam MUET ialah pada komponen pembacaan (120 markah) manakala penulisan pula ialah 90 markah. Komponen pendengaran dan pengucapan pula hanya merangkumi masing-masing 45 markah. Maka bagaimankah boleh dikatakan menguasai MUET bermakna menguasai kemahiran berkomunikasi sedangkan aspek kounikasi mewakili markah terendah?
Bolehkah KPI dan “desakan melalui piawaian” diharap?
Masalah itu mungkin kecil sahaja; selepas lulusnya Belanjawan 2015 nanti, boleh sahaja pembahagian markah ini disemak semula. Namun kita juga masih meragui kemampuan “desakan melalui piawaian atau KPI” bagi mencapai sasaran tertentu yang diletakkan.
Berapa ramai yang masuk IPTA dengan gred A dalam bahasa Inggeris? Dalam kalangan golongan cemerlang bahasa Inggeris ini, berapa ramai yang sebenarnya mampu berkomunikasi dalam bahasa tersebut?
Hal ini memberi petunjuk bahawa mengharapkan kualitatif dengan memaksakannya pada nilai kuantitatif semata-mata membolehkan banyak pihak untuk emngambil jalan pintas bagi mencapai sasaran.
Contohnya dalam keghairahan mencapai status negara berpendapatan tinggi, kita dimaklumkan pendapatan isi rumah purata hampir RM 6000. Namun adakah ia melambangkan pendapatan kebanyakan rakyat Malaysia?
Begitu juga dengan sistem peperiksaan kita yang kini menagih A namun kemahiran sebenar tidak menggambarkan A SPM mereka itu. Malang sekali, setelah 11 tahun mempelajari bahasa tersebut di bilik darjah, gred A dalam Bahasa Inggeris SPM masih tidak mampu menggambarkan kemampuan berkomunikasi.
Maka jika piawaian ini akan berlangsung, amatlah diharap agar Kementerian Pelajaran merangka pelan yang strategic dan mapan agar hasrat meningkatkan kemahiran komunikasi graduan bukan sekadar retorik dan hanya meletakkan beban pada mahasiswa namun tiada tanggungjawab besar pada pihak kerajaan.
Secara peribadi, jika syarat bergraduasi ini juga jatuh kepada semua mahasiswa bermula tahun hadapan, saya akan menyahut cabaran mencapai Band 5 tersebut.
Namun pelan yang lebih strategik untuk golongan yang lebih besar amatlah diperlukan kerana akhirnya kita mahu mahasiswa kita bergraduasi, mahir dalam komunikasi bahasa Inggeris serta menyumbang kepada negara; bukan terperap selama-lamanya di universiti masing-masing mengambil MUET.
----------------------------------------------------------------------------------------------
*Wan Salman Wan Sallam ialah ahli Sekretariat Politik IKRAM Siswa Nasioanal dan kini merupakan mahasiswa perubatan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Bernama
Mon Oct 13 2014
MUET, Bahasa Inggeris dan mahasiswa: Apa yang susah sangat sebenarnya?
KPT mahu lahir ramai pakar dalam bidang kesihatan planet
Kerajaan bercadang untuk memberikan penekanan untuk menghasilkan graduan yang seterusnya menjadi pakar dalam bidang Planetary Health atau Kesihatan Planet di masa akan datang. Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Seri Zaini Ujang ketika ditemu bual Astro AWANI seusai memberikan ucapan bersempena penganjuran Sidang Kemuncak Kesihatan Planet (PHAM 2024) pada Khamis berkata, untuk menjayakan perkara itu dua kerangka perlu dilaksanakan.
Kadar miskin tegar di Johor rendah, mampu diatasi
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhasrat menoktahkan kadar kemiskinan tegar di Johor.
Katanya, Johor mencatat kadar kemiskinan tegar yang rendah iaitu kurang daripada 2,000 individu, dan mampu diselesaikan dalam masa yang singkat.
Katanya, Johor mencatat kadar kemiskinan tegar yang rendah iaitu kurang daripada 2,000 individu, dan mampu diselesaikan dalam masa yang singkat.
Google pecat 28 pekerja protes perjanjian pengkomputeran awan dengan Israel
Google memecat 28 pekerja yang mengambil bahagian dalam bantahan terhadap projek gergasi teknologi bernilai US$1.2 bilion untuk membekalkan perkhidmatan pengkomputeran awan kepada kerajaan Israel, Sputnik memetik laporan media AS pada Khamis.
Jepun dilanda gempa bumi, sembilan cedera
Sembilan orang dilaporkan cedera selepas gempa bumi berukuran 6.6 magnitud melanda barat daya Jepun, pada Khamis.
Peserta Freedom Flotilla to Gaza dari Malaysia tiba di Turki
Kesemua 19 peserta dari Malaysia yang menyertai misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tiba di Istanbul, Turkiye pada 2.47 petang Khamis (waktu tempatan).
Banjir di Melaka pulih sepenuhnya
Pusat pemindahan sementara (PPS) yang diaktifkan di Melaka bagi menempatkan mangsa banjir di beberapa kawasan di negeri itu ditutup sepenuhnya pada Khamis.
SKMM sita telefon bimbit milik tiga individu
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menyita telefon bimbit milik ketiga-ketiga individu untuk memuat naik video bagi membantu siasatan.
SKMM turut merakam percakapan Badrul Hisham (Chegubard),Salim Iskandar di Ibu Pejabat MCMC di Cyberjaya, Selangor. Sementara, Wan Muhammad Azri bin Wan Deris (Papagomo) dilakukan di Balai Polis Setapak.
SKMM turut merakam percakapan Badrul Hisham (Chegubard),Salim Iskandar di Ibu Pejabat MCMC di Cyberjaya, Selangor. Sementara, Wan Muhammad Azri bin Wan Deris (Papagomo) dilakukan di Balai Polis Setapak.
Bas langgar 11 kenderaan, dua cedera
Hilang kawalan akibat kegagalan brek dipercayai punca sebuah bas melanggar 11 kenderaan lain di persimpangan lampu isyarat Jalan Tan Swee Hoe-Jalan Kluang di Batu Pahat, Johor.
Bekas juruteknik didakwa kali kedua
Seorang bekas juruteknik sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini, atas pertuduhan membuat hantaran menghina agama Islam berkaitan isu penjualan stoking tertera kalimah Allah melalui Facebook miliknya, Mac lepas.
Penunggang motosikal maut tercampak 30 meter dari jejantas
Seorang penunggang motosikal maut selepas terjatuh dari ketinggian kira-kira 30 meter dalam kemalangan di Jejantas Sungai Tiram, Bayan Lepas petang Khamis.
Mangsa lelaki berusia 27 tahun itu dilaporkan meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan di Zon Merah sebuah hospital swasta.
Mangsa lelaki berusia 27 tahun itu dilaporkan meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan di Zon Merah sebuah hospital swasta.
Kamus Braille dwibahasa, bantu OKU penglihatan pelajari bahasa
Kamus Braille dwibahasa yang pertama di negara itu, bakal memberi manfaat kepada golongan OKU penglihatan dan guru-guru yang mengajarnya.
Penjawat awam Sarawak bebas guna bahasa Inggeris dalam urusan rasmi
Pendirian ini adalah mengikut Perlembagaan Sarawak yang mana kedua-dua bahasa boleh digunakan dalam urusan rasmi.
Tok Pa lancar kelas tuisyen bahasa Inggeris untuk anak-anak Jeli
Sebagai permulaan, seramai 180 orang pelajar sekolah rendah membabitkan 21 buah sekolah dari Tanah Merah dan Jeli akan mengikuti kelas tambahan bermula esok.
Memahami proses pemilihan pinjaman bahasa - DBP
Terdapat sebuah jawatankuasa di DBP yang bertanggungjawab dalam mencari setiap istilah atau perkataan baharu dalam bahasa Melayu.
Keperibadian Tan Sri Arshad jadikan Melayu sedia kuasai bahasa Inggeris - Sultan Perak
Titah baginda, ia termasuk kaedah pengajaran yang dapat memberikan nilai tambah dan membantu penguasaan ilmu.
Empat tahun tewas akibat gugup, Mohd Arfaizal akhirnya muncul juara pidato
Pegawai di Jabatan Operasi Kredit Bank Muamalat Malaysia Bhd itu mengakui musuh utamanya sepanjang penyertaan dalam pidato adalah gugup pentas.
NUTP tidak setuju guru Bahasa Inggeris duduki MUET
Sehubungan itu pihaknya merayu campur tangan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik dan memperbetulkan keadaan yang disifatkan semakin menekan dan membebankan guru-guru Bahasa Inggeris dalam negara.
Pelaksanaan 'PPSMI baharu' dikhuatiri wujudkan dualisme pemikiran
Presiden Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Profesor Madya Datuk Dr. Mohd Ali Hassan khuatir akan wujud dua kelompok yang berbeza daya fikir mengikut bahasa.
Pelanggaran Bahasa Melayu: Draf pindaan Akta Bahasa Kebangsaan beri kuasa DBP bertindak
Tujuan pindaan akta tersebut ialah kerana terdapat banyak pelanggaran terhadap Akta berkenaan dan Perkara 152, Perlembagaan Persekutuan.
Kerajaan ambil jalan tengah dalam isu pengajaran Sains, Matematik di sekolah - Dr Mahathir
Katanya pendekatan jalan tengah itu diambil kerana ada rakyat Malaysia menyokong penggunaan bahasa Inggeris bagi pengajaran mata pelajaran itu manakala ada pula menentangnya.