Tutup

Mufti WP saran lebih ramai pihak adakan interaksi melalui program bersama banduan di penjara

Mufti WP saran lebih ramai pihak adakan interaksi melalui program bersama banduan di penjara
Program Iftar Bersama Sahabat Tirai Besi Bersama Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan di Penjara Sungai Buloh. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Mufti Wilayah Persekutuan menyeru badan korporat, pihak swasta dan sebagainya untuk memperbanyakkan program bersama banduan di penjara seluruh negara.

Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata melalui program yang dijalankan mampu menerbitkan harapan kepada banduan dalam usaha menginsafkan mereka yang pernah melalukan kesilapan sekaligus menangkis stigma negatif masyarakat terhadap mereka.
“Apa menjadi isu adalah hubungan antara pelbagai pihak lain dan penjara adalah amat penting. Usaha yang sebegini akan dapat menjadikan mereka (banduan) mempunyai penglibatan yang baik bersama masyarakat.

“Apabila Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan membuat program seperti ini, saya nampak sahabat-sahabat banduan seperti mempunyai satu kelegaan, walaupun tidak semua tetapi sekurang-kurangnya ada satu nafas, satu cahaya InsyaAllah dan inilah yang kita harapkan dalam pertemuan ini,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media pada Program Iftar Bersama Sahabat Tirai Besi Bersama Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan di Penjara Sungai Buloh, pada Khamis.

Pada program itu, seramai 44 banduan terlibat, 32 daripada mereka merupakan banduan akhir manakala selebihnya mempunyai kes yang berlainan.

Turut hadir Ketua Pengarah Penjara Selangor Abd Kadir Rais, penyanyi Alif Satar dan pelakon Norman Hakim.

Mengulas lanjut, Zulkifli berkata interaksi pihak penjara bersama Pejabat Mufti, Pejabat Agama disertai tokoh-tokoh mampu membentuk semula jati diri banduan yang telah hilang.

“Perkara yang kita boleh tambah baik lagi adalah memberikan sebuah kefahaman agama yang lebih baik lagi kepada banduan Islam. Kita ada unit Agama di penjara ini dan mereka memberikan kerjasama dengan baik sekali,” jelas beliau.


Tag: Mufti Wilayah Persekutuan, badan korporat, pihak swasta, program, penjara, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, banduan, stigma, masyarakat, Program Iftar Bersama Sahabat Tirai Besi, Ketua Pengarah Penjara Selangor Abd Kadir Rais, Penjara Sungai Buloh



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.