Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun menyiasat secara terperinci pihak yang bertanggungjawab meletakkan patung berhala di Surau Sabilul Huda, Klang.
Menyelar perbuatan terkutuk berbaur hasutan dan amat provokatif yang berniat jahat untuk menghina Islam dan menjejaskan keharmonian kaum dan agama itu, Muhyiddin berkata tindakan tegas berasaskan undang-undang perlu diambil terhadap pihak berkenaan.
"Kementerian Dalam Negeri tidak akan berkompromi dengan sebarang perbuatan penghinaan terhadap agama yang boleh menjejaskan keharmonian rakyat.
"Mereka yang melakukan perbuatan keji ini perlu ditahan mengikut proses undang-undang, didakwa di mahkamah dan dihukum jika disabitkan kesalahan," katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebook beliau hari ini.
BACA: 'Mujur surau berkunci, kalau tak, mungkin patung diletak dalam surau'
Muhyiddin kejadian penghinaan terhadap agama Islam termasuk mesej-mesej penghinaan terhadap agama Islam yang disebarkan di media sosial sejak kebelakangan ini amat berbahaya dan telah menimbulkan kemarahan dalam kalangan umat Islam.
"Yang terbaharu ialah kes penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW. Suspek kes ini telah dikenal pasti dan siasatan telah diselesaikan oleh pihak polis. Saya percaya Timbalan Pendakwaraya akan membuat keputusan mengenai pendakwaan suspek tersebut di mahkamah dalam masa terdekat," katanya.
BACA: Henti spekulasi isu berhala di surau - Jabatan Perpaduan
Pada Rabu, penduduk Taman Pendamar Indah terkejut apabila mendapati sebuah patung berhala diletakkan bersebelahan pintu masuk utama di Surau Sabilul Huda.
Patung itu dipercayai diletakkan individu tidak bertanggungjawab sebelum disedari oleh siak yang datang untuk membuat persiapan bagi solat Asar di surau berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 23 2019
Pada Rabu, penduduk Taman Pendamar Indah terkejut apabila mendapati sebuah patung berhala diletakkan bersebelahan pintu masuk utama di Surau Sabilul Huda. - Foto Sinar Harian
Letusan Gunung Ruang jejas ruang udara, penutupan lapangan terbang dilanjutkan
Letusan Gunung Ruang di Wilayah Sulawesi Utara terus menjejaskan ruang udara pada Jumaat, memberi kesan kepada keselamatan penerbangan.
Beras ditemui di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan - KPKM
Beras yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak selamat untuk dimakan.
Boeing hasrat tawarkan kereta terbang di Asia menjelang 2030
Kereta terbang ini dijangka menawarkan penyelesaian untuk pelbagai bandar di Asia yang sering sesak dengan kenderaan.
Piala Thomas: Tze Yong digugurkan, Hon Jian isi kekosongan - Rexy
Ng Tze Yong disahkan tidak akan beraksi pada Piala Thomas 2024 dan kekosongan ditinggalkan naib juara Terbuka Artik 2023 itu akan digantikan dengan pemain beregu, Choong Hon Jian.
Isu surat layang: Mangsa ugutan, gangguan seksual diminta lapor polis
Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak meminta mangsa yang mendakwa menerima ugutan serta gangguan seksual yang dikaitkan dengan isu surat layang tular membabitkan kakitangan perubatan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) supaya membuat laporan polis.
Bekalan Darah: Kadar penderma darah dalam negara masih rendah
Menurut Timbalan Pengarah I, Pusat Darah Negara, Kementerian Kesihatan (KKM), Dr Tun Maizura Mohd Fathullah, kadar tersebut perlu ditingkatkan bagi memastikan bekalan darah mencukupi terutamanya pada waktu-waktu terdesak.
KBS umum syarat pelepasan cukai latihan sukan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengumumkan syarat-syarat pelepasan cukai bagi latihan sukan pada Jumaat.
Kastam tumpaskan sindiket penyeludupan, temukan dadah bawah pokok
Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pulau Pinang menumpaskan cubaan penyeludupan dadah apabila merampas dadah jenis methaphetamine seberat 30 kilogram bernilai hampir RM1 juta.
Pengawal keselamatan didakwa bunuh anak kandung berusia enam bulan
Seorang bapa yang tergamak mendera anak kandungnya yang berusia enam bulan sehingga mengakibatkan mangsa mati didakwa di Mahkamah Bandar Baru Bangi, pada Jumaat kerana kesalahan membunuh.
Perang Iran-Israel, kesan kepada geopolitik Asia Barat
Penyelidik Kanan IRIS Institute, Asyraf Farique memberikan analisis semasa mengenai perang Iran dan Israel serta kesannya kepada geopolitik di Asia Barat.
Jabatan Imigresen tahan 48 pendatang tanpa izin di Klang
Jabatan Imigresen (JIM) menyerbu sebuah kilang barangan kitar semula menahan 48 pendatang asing tanpa izin di Klang, semalam.
Pusat jagaan, rawatan ibu bersalin tanpa lesen diserbu
Sebuah pusat jagaan dan rawatan ibu bersalin beroperasi secara haram di Bandar Bukit Raja Klang digempur pihak berkuasa.
Pesawat terhempas di Klang: Proses bedah siasat dilakukan 8 pagi Rabu
Proses bedah siasat kedua-dua mangsa nahas pesawat ringan di di Kampung Tok Muda, Kapar akan dilakukan pada 8 pagi Rabu di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.
Pesawat terhempas di Klang: Mayat mangsa dihantar ke HTAR untuk bedah siasat
Mayat kedua-dua mangsa yang terlibat dalam nahas udara di Kampung Tok Muda, Kapar, telah berjaya dibawa keluar dari bangkai pesawat ringan kira-kira jam 7.55 malam Selasa.
KPDN Selangor rampas 6,800 paket minyak masak
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor merampas 6,800 paket minyak masak bersubsidi bersaiz satu kilogram (kg) dalam serbuan di sebuah premis di Klang.
Klang diisytihar Majlis Bandaraya Diraja
Pemasyhuran itu menjadikan pihak berkuasa tempatan (PBT) tersebut satu-satunya yang mempunyai status Diraja di negara ini.
'Jangan samakan Klang dengan Colombia' - Ketua Polis Negara
Polis Diraja Malaysia (PDRM) komited dalam usaha memadamkan persepsi negatif orang ramai berkaitan bandar Klang yang sering disebut sebagai 'bandar Colombia'.
Air pasang besar: Keadaan terkawal di Klang - MPK
Pemantauan Pasukan Pantas MPK melibatkan beberapa kawasan di Klang Selatan dan Klang Utara
Penganggur dipenjara 15 tahun rogol anak kenalan
Seorang penganggur dihukum penjara 15 tahun dan tiga sebatan selepas didapati bersalah merogol anak kenalannya.
Mayat disimen dalam bilik air: Lelaki warga asing ditahan, reman 7 hari
Seorang lelaki warga asing direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes penemuan mayat wanita yang disimen di dalam kolah bilik air sebuah rumah di sini pada Ahad.