Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir menafikan dakwaan bahawa beliau yang mengarahkan pegawainya untuk membuat laporan polis terhadap tokoh motivasi, Ustaz Ebit Lew.
Dalam satu kenyataan hari ini, Mukhriz berkata, beliau sama sekali tidak mengarahkan pegawainya, pegawai pentadbiran mahupun pegawai politik di mana-mana peringkat sekalipun untuk memfailkan laporan polis terhadap Ustaz Ebit.
"Saya kesal dengan tularan yang meluas di media sosial yang mengaitkan saya dan Pejabat Menteri Besar Kedah dengan tohmahan bahawa Ustaz Ebit telah disoal-siasat di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman susulan laporan yang difailkan oleh seorang pegawai saya.
"Siasatan dalaman mendapati tidak ada pegawai saya, pentadbiran mahupun politik yang membuat laporan polis termasuk atas kapasiti peribadi," katanya.
Mukhriz berkata, dakwaan serta tohmahan berhubung perkara itu mencemarkan nama dan jawatan yang disandangnya serta pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah.
Semalam, menerusi laman Facebooknya, Ustaz Ebit memaklumkan bahawa tidak lagi akan membantu golongan miskin secara langsung dalam tempoh PKP selepas dipanggil ke Bukit Aman di Kuala Lumpur untuk memberi keterangan.
Tular dalam media sosial dakwaan bahawa beliau telah dipanggil memberi keterangan berhubung kes melibatkan keluarga yang tinggal di sebuah rumah daif di Lorong Gedebang, Jalan Langgar, Alor Setar. - BERNAMA
Bernama
Sat Apr 25 2020
Mukhriz kesal dengan tularan yang meluas di media sosial yang mengaitkan beliau dan Pejabat Menteri Besar Kedah dengan tohmahan tersebut. - Gambar Bernama
AWANI Ringkas: SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM
AWANI Ringkas
Pasaran getah ditutup rendah bagi hari keempat berturut-turut
Pada 5 petang, harga rujukan bagi getah fizikal LGM untuk GMM 20 adalah 754 sen sekilogram manakala susu getah pukal ialah 700.5 sen sekilogram.
Bursa Malaysia ditutup rendah selepas kenaikan enam hari berturut-turut
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.23 mata kepada 1,569.25 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit naik kepada 4.7745/7775 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Inspirasi bermakna daripada Forum Umrah & Ziarah 2024
Usaha meningkatkan kapasiti Mekah dan Madinah bagi membolehkan lebih ramai umat Islam mengerjakan umrah kini menjadi fokus utama kerajaan Arab Saudi.
Forum Umrah & Ziarah 2024 yang diadakan di Madinah telah membincangkan banyak hal berkaitan perkhidmatan umrah dan ziarah termasuklah pengadaptasian teknologi terkini, pengurusan yang lebih cekap serta pengurusan kewangan yang lebih berdaya saing.
Ikuti laporan hari terakhir forum berkenaan bersama Hilal Azmi.
#ForumUmrahZiarah2024
#AWANI745
Forum Umrah & Ziarah 2024 yang diadakan di Madinah telah membincangkan banyak hal berkaitan perkhidmatan umrah dan ziarah termasuklah pengadaptasian teknologi terkini, pengurusan yang lebih cekap serta pengurusan kewangan yang lebih berdaya saing.
Ikuti laporan hari terakhir forum berkenaan bersama Hilal Azmi.
#ForumUmrahZiarah2024
#AWANI745
Penjawat awam perlu amal kecepatan dan kepesatan dalam pelaksanaan tugas - PM Anwar
Penjawat awam digesa untuk sentiasa mengamalkan kecepatan dan kepesatan dalam pelaksanaan tugas supaya dasar-dasar kerajaan dapat dilaksanakan dengan pantas.
Kerajaan kekal komited laksana dwirangkaian 5G, DNB penuhi syarat terdahulu - Gobind
Kerajaan semakin hampir untuk melaksanakan dwirangkaian 5G selepas pengumuman Ahli Lembaga Pengarah baharu Digital Nasional Bhd (DNB).
Kos SUKMA Sarawak dianggar hampir RM300 juta
Kos penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak tahun ini dianggarkan hampir RM300 juta, antaranya meliputi kerja-kerja menaik taraf venue sukan serta perbelanjaan keperluan logistik.
Break The Siege: Misi flotila ke Gaza belayar esok
Syaff Shukri membawakan perkembangan terkini misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza yang dijadualkan esok.
#AWANI745
#AWANI745
Peruntukan Pembangkang: Terpulang untuk Muhyiddin kata apa - TPM Fadillah
Terpulang kepada pihak pembangkang untuk mempersoalkan keikhlasan Kerajaan berhubung draf perjanjian persefahaman (MoU) peruntukan pembangkang, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Ketua Whip Kerajaan Perpaduan itu berkata, beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
#AWANI745
Ketua Whip Kerajaan Perpaduan itu berkata, beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
#AWANI745
Pusat hiburan diserbu, GRO bersama pengurus ditahan
Seorang pengurus pusat hiburan serta 15 wanita warga asing yang disyaki bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) ditahan dalam serbuan di sebuah kelab malam di Jalan Raja Chulan di sini pada Sabtu.
SKMM rakam percakapan Che'gubard, Salim, Papagomo esok
SKMM mengesahkan memanggil pempengaruh media sosial Chegubard, Salim Iskandar dan Wan Muhammad Azri Wan Deris (Papagomo) untuk rakaman percakapan pada Rabu.
Suspek kes tembak di KLIA dibawa ke Selangor hari ini
Suspek yang melepaskan tembakan di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, akan dibawa pulang ke Selangor pada Selasa.
Suspek kes tembak KLIA, direman esok di Kelantan - Bukit Aman
Suspek yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, awal pagi semalam, akan direman esok di Mahkamah Kota Bharu.
7,348 kes jenayah komersial direkod hingga Mac, kerugian lebih RM770 juta
Belum sampai tiga bulan, polis sudah merekodkan 7,348 kes jenayah komersial melibatkan kerugian lebih RM770 juta.
Polis tidak 'pilih bulu' siasatan kes 3R
Mohd Shuhaily menasihatkan semua pihak agar menghentikan sentimen isu tersebut.
Polis rampas 51 kg dadah RM2.57 juta, tahan dua ‘transporter’
Polis merampas dadah jenis methamphetamine seberat 51.5 kilogram dianggarkan bernilai RM2.57 juta dalam serbuan di kawasan Kuala Kangsar, pada Sabtu.
Premis urut tawar khidmat ranjang wanita warga asing diserbu
Serbuan Op Noda Mega dilancar Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman di Serdang dan Gombak di Selangor serta Sentul, Kuala Lumpur, semalam.
Polis perlu patuh BMI ditetapkan untuk naik pangkat
Pematuhan terhadap standard jisim indeks tubuh (BMI) yang ditetapkan merupakan antara syarat wajib untuk kenaikan pangkat bagi warga Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Suhaily kenang jasa Paramalingam, hoki bentuk disiplinnya
Disiplin yang dibentuk ketika berada di dalam pasukan hoki Selangor dahulu, menjadikan Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, sebagai seorang yang lebih tegas dan bertanggungjawab.