Satu perbincangan mendalam perlu diadakan bagi mengenali dan memahami masalah punca umat Islam kini mengalami tekanan dari pelbagai pihak.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir memaklumkan jika sebab-sebab itu dikenalpasti, kemungkinan penyelesaiannya dapat dicapai.

“Apakah agama Islam itu sendiri yang menjadi halangan atau apakah musuh-musuh Islam yang
menghalang? Menentukan sebab ialah sebahagian dari usaha penyelesaian masalah.

"Saya berdoa multaqa ini dapat mengenal pasti sebab secara ikhlas dan jujur,” ujarnya

Jelasnya, dengan menyalahkan orang lain, ia tidak akan menyedarkan umat Islam itu sendiri untuk menentukan keselamatan dan kemakmuran.

Dr Mahathir juga berkata, adalah tidak rasional mengharapkan orang lain bertindak supaya dapat menikmati hasilnya.

Tambahnya sebagai orang Islam apa yang lebih penting adalah mengakui kesilapan dan bertindak untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

“Adalah lebih rasional mengenal pasti dimana kesilapan kita. Ini kerana kita lebih mungkin bertindak untuk menyelamat diri kita.

"Dalam hal ini kita perlu menerima kenyataan. Kita perlusanggup terima fakta akan kesalahan kita. Selagi kita tidak sanggup menyalahkan diri kita selagi itulah kesalahan itu akan berterusan. Dan akan berterusan juga keadaan buruk yang menimpa kita.

"Dan multaqa ini pun akan menjadi sia-sia sahaja,” katanya lagi.

Beliau berucap sempena penutup Program Multaqa Ulama Asia Tenggara (MUAT) 2019 di Movenpick Hotel and Convention Centre KLIA, Sepang.

penutup Program Multaqa Ulama Asia Tenggara (MUAT) 2019 di Movenpick Hotel and Convention Centre KLIA, Sepang

MUAT berlangsung selama dua hari bermula 18 November hingga 19 November yang dianjurkan bersama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dengan kerjasama pertubuhan-pertubuhan Islam utama negara.

Program tersebut disertai 500 peserta dari kalangan para ulama, ilmuwan, pimpinan pergerakan Islam, ahli akademik. Aktivis dakwah dan mahasiswa.