Baru-baru ini, tular di media sosial satu rakaman yang memaparkan klip video sekumpulan remaja dipercayai sedang 'membuli' seorang warga emas.
Kejadian yang dipercayai berlaku di Sijangkang, Selangor itu pantas mendapat kecaman hebat netizen.
Lebih menambah kemarahan netizen apabila salah seorang daripada remaja terbabit dilihat cuba menjatuhkan motosikal milik warga emas tersebut.
Bukan sahaja dilakukan sedemikian rupa, apa yang lebih menyedihkan ialah warga emas berusia 59 tahun itu kelihatan turut dibaling kotak oleh salah seorang remaja berkenaan sambil ditertawakan rakan-rakannya yang lain.
Rakaman yang telah dimuat naik di laman Facebook itu, telah menimbulkan rasa kurang senang penduduk setempat di kawasan berkenaan menyebabkan mereka bertindak untuk mencari remaja terbabit.
Rentetan daripada itu puluhan penduduk kampung telah berkumpul di rumah remaja berkenaan pada malam yang sama sebagai protes di atas perbuatan memalukan itu.
Setelah mereka dikenal pasti, kesemua remaja terbabit telah hadir dan meminta maaf kepada warga emas terbabit.
Menurut laporan Berita Harian, warga emas itu memberitahu bahawa dia tidak menyimpan dendam terhadap mereka dan telah memaafkan kesilapan mereka.
"Mereka telah hadir dan memohon maaf, kalau boleh saya tidak mahu memanjangkan lagi isu, kerana saya kenal dengan ibu bapa mereka," katanya.
Tambahnya lagi, mungkin niat remaja terbabit hanya ingin bergurau tetapi melebihi telah melebihi batasan.
Asyraf Roslan
Tue May 14 2019
Menerusi rakaman klip video tersebut, menunjukkan kumpulan remaja terbabit sedang membuli seorang warga emas berkenaan sehingga mendapat kecaman hebat netizen - Gambar ihsan pembaca Astro AWANI
[TERKINI] UM mohon maaf, ambil tindakan segera tangani situasi
Universiti Malaya kesal dengan kenyataan kontroversi penceramah jemputan warga asing yang tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular dalam laman media sosial.
Malaysia-Jepun tekad perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata perjanjian persefahaman dapat membuka peluang kepada pemain sektor pembinaan Malaysia meneroka pasaran Jepun selaras dengan pelaksanaan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dengan kedua-dua negara adalah ahlinya.
Hati-hati akaun fleksibel, guna sewaktu persaraan - Pakar
Pencarum seharusnya lebih berhati-hati dan merancangan kewangan dengan lebih baik susulan pengenalan akuan fleksibel Kwsp yang baharu.
Panel lima hakim Mahkamah Rayuan akan dengar permohonan Muhyiddin
Muhyiddin memohon bagi mendapatkan kebenaran menyemak keputusan panel sebelum ini yang mengembalikan semula empat pertuduhan salah guna kuasa membabitkan RM232.5 juta terhadapnya.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Seorang lelaki dan wanita maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Honda di Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Kampung Pahi, pada Rabu.
MCMC kesan individu salah guna AI, sunting gambar aib - Fahmi
Langkah itu bertujuan membolehkan tindakan tegas diambil serta memastikan keselamatan pengguna dalam talian khususnya kanak-kanak, terjamin.
[TERKINI] Mahkamah: Suspek tembak KLIA dituduh cuba bunuh isteri
Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) didakwa lagi hari ini di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan termasuk cuba membunuh isterinya.
[TERKINI] Reman terhadap anak seorang MB disambung sehari lagi
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memperoleh tempoh lanjutan tahanan reman terhadap anak Menteri Besar dan empat lagi suspek bagi membantu siasatan pemalsuan dokumen dalam membuat tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
AWANI Ringkas: Akaun 3 KWSP diumum
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Barcelona: Xavi buat pusingan-U
Khabar angin bertiup bahawa pengurus Barcelona, Xavi, akan meneruskan peranannya pada musim depan selepas mengubah fikirannya.
AADK pantau PPDP agar tiada unsur dera, aniaya atau buli pelanggan
Katanya, meskipun PPDP menggunakan kaedah tersendiri dalam silibus pemulihan mereka, tidak bermakna pengusaha boleh melanggar peraturan.
Pelajar meninggal dunia: KPM tidak kompromi kes buli, beri kerjasama penuh
KPM memaklumkan pihaknya tidak berkompromi dengan salah laku buli di semua institusi pendidikan bawah kelolaannya.
Pelajar ditahan bantu siasatan kes pukul rakan sekolah
Seorang pelajar yang tular kerana memukul berkali-kali bahagian muka rakannya menggunakan topi keledar telah ditahan polis.
Noktahkan generasi pembuli dengan undang-undang, kata pakar
Sepanjang tahun ini setakat Oktober lalu sebanyak 4,994 kes buli dilaporkan, berbanding 3,887 kes pada 2022 dan 326 kes pada tahun sebelumnya.
Dakwaan buli: Polis akan rakam keterangan, ibu bapa, rakan, pihak sekolah
Polis akan merakam percakapan ibu, bapa, rakan dan pihak sekolah berhubung dakwaan seorang remaja melarikan diri dari asrama akibat dibuli.
Dakwaan buli: Ibu kepada remaja lari dari asrama buat laporan polis
Beliau berkata laporan polis dibuat di Pondok Polis Hospital Cancelor Tuanku Muhriz (HCTM) di sini pada pukul 11.16 pagi.
Kes Buli: Tunggu laporan lengkap, pihak pengurusan sekolah enggan beri kenyataan
Pihak pengurusan berkata segala kenyataan akan dikeluarkan oleh pihak berkuasa selepas laporan dan proses siasatan lengkap dilakukan.
Malaysia perlu wujudkan akta anti buli di sekolah - ASWA
Malaysia perlu wujudkan akta anti buli, bagi mendepani peningkatan kes buli melibatkan fizikal, mental dan seksual.
Kes buli MCKK: Laporan lengkap dari Hospital Kuala Kangsar diterima hari ini
Kertas siasatan kes tersebut akan dihantar semula kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) minggu hadapan.
Elak dibuli, pemuda Afghanistan ceburi Muay Thai
Beberapa insiden yang dialami suatu ketika dahulu menjadikan Nawib tekad mempelajari Muay Thai bagi melindungi diri dan keluarga.