KUALA NERUS:Seorang murid Tahun Dua ditemukan lemas selepas tergelincir ketika mandi di Sungai Terengganu sekitar Kampung Lembah Harapan, Seberang Takir di sini, petang tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Nerus Yusmizan Yusof berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.35 petang sebelum sembilan anggota bersama satu jentera dikerah ke lokasi kejadian.
"Ketika pihak bomba tiba di lokasi, mayat mangsa Muhammad Adam Qayyum Ahmad Abdul Hadi, 8, telah ditemukan orang awam. Pihak bomba dan pihak kesihatan bertindak melakukan Resusitasi Kardiopulmonari (CPR) sebelum mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai kesihatan.
"Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.
Sementara itu, Ahmad Mizan Hashim, 29, yang menemukan mangsa berkata beliau dan tiga rakannya bertindak terjun ke dalam sungai untuk mencari mangsa selepas dimaklumkan mengenai kejadian yang menimpa kanak-kanak tersebut.
"Saya tanya abang mangsa kawasan mana adiknya lemas sebelum kami mula menyelam. Setelah beberapa kali menyelam, saya jumpa mangsa yang berada pada kedalaman hampir satu meter dari permukaan sungai," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 01 2020
Mangsa telah ditemui orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba. -Gambar hiasan
Kerja ganti paip lama di Seluruh Sarawak bermula tahun ini
Sarawak akan memulakan kerja-kerja penggantian saluran paip lama sepanjang 2,740 kilometer di seluruh negeri itu bermula tahun ini.
Julaihi beri jaminan bekalan air di Sarawak pada Hari Raya mencukupi
Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak mengingatkan orang ramai supaya elakkan pembaziran meskipun bekalan air ketika Hari Raya nanti dijamin mencukupi.
90 peratus kawasan terlibat kebakaran hutan berjaya dipadamkan
Operasi pemadaman kebakaran hutan di Kuala Baram sejak seminggu lalu berjaya dengan 90 peratus api dikawasan terjejas berjaya dipadamkan.
Pembantu bengkel diberkas, bakar mercun tengah jalan
Tindakan seorang lelaki membakar mercun di tengah jalan ketika menyertai perarakan mengiringi upacara pengebumian dekat pekan Banting di sini mengundang padah apabila diberkas polis pada Rabu.
El Nino: Al-Sultan Abdullah tinjau Sungai Pahang, titah adakan solat hajat
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan meninjau Sungai Pahang yang dilaporkan surut akibat fenomena El Nino.
Hujan roket Hizbullah gegar utara Israel
Pejuang Hizbullah pada Rabu melancarkan kira-kira 30 roket dari Lubnan ke kawasan utara Israel selepas gerakan disokong Iran itu berikrar untuk 'menghukum' rejim Zionis.
Tol percuma sempena Aidilfitri 8, 9 April - Alexander
Pengguna lebuh raya membabitkan kenderaan persendirian (Kelas 1) diberi kemudahan tol percuma selama dua hari iaitu 8 dan 9 April bersempena dengan sambutan Aidilfitri tahun ini.
Penstriman haram: Jangkitan malware berisiko akibatkan kecurian, penipuan identiti pengguna
Awas dan jangan mudah terpedaya dengan sebarang akses haram yang menawarkan pelbagai filem dan siri televisyen kerana ia mungkin menyimpan perisian hasad atau malware.
Insentif cukai baharu untuk syarikat berstatus Malaysia Digital
Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) akan memperkenalkan insentif cukai baharu kepada syarikat berstatus Malaysia Digital (MD) dan syarikat berstatus Koridor Raya Multimedia (MSC) sedia ada.
Gentari setuju saranan tubuh konsortium bantu pemain solar - DPMM
Gentari Sdn Bhd menyatakan persetujuannya dengan saranan untuk mewujudkan konsortium dianggotai pemain industri solar.
Bekas pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah cabul murid Tahun Satu
Dia didakwa melakukan perbuatan itu dengan cara meraba dan memegang bahagian kemaluan mangsa di hadapan kelas sebuah sekolah rendah.
Guru didakwa raba murid dalam kelas
Kesalahan itu dilakukan di dalam kelas tahun lima sebuah sekolah di Durian Tunggal, Alor Gajah kira-kira pukul 10.30 pagi, 26 Mei 2022.
Sekolah K9 dan K11 solusi masalah murid keciciran - KPM
Faktor jarak antara tempat tinggal dan sekolah juga menyebabkan ramai murid yang tercicir persekolahan.
Kabinet lulus memorandum agar Rukun Negara dilafaz secara penuh - Aaron
Ia perlu bermula dengan mukadimah sebelum disusuli dengan lima prinsip yang termaktub dalam Rukun Negara.
UPSR dan PT3 tidak akan dikembalikan buat masa ini - Timbalan Menteri Pendidikan
Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying memaklumkan kepada Dewan Rakyat, kementerian memberi tumpuan kepada pendekatan yang lebih holistik apabila melibatkan pembangunan pelajar.
'Kawan tak makan sebab saya miskin' - Guru kongsi kisah jamuan kelas
Kejadian itu sebenarnya sebagai teguran untuk dirinya sendiri untuk menjadi guru yang selalu peka dengan perasaan murid.
Murid digalak kuasai lebih daripada satu bahasa
Murid digalakkan menguasai lebih daripada satu bahasa sebagai persediaan untuk mereka berdepan dengan dunia yang penuh persaingan pada masa kini.
KPM teliti isu waktu rehat yang padat di sekolah - Radzi
Kementerian Pendidikan sedang meneliti isu kantin sekolah yang kurang berkemampuan dalam menampung kapasiti murid terutamanya melibatkan sekolah yang padat.
Budak dipercayai lemas selepas dihanyut air sungai
Mangsa Abdul Rafiuddin Abdul Rashid, murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Pulau Serai disedari hilang kira-kira jam 6 petang, Isnin.
Guru kongsi kisah murid tahun satu bantu rakan berkeperluan khas
Sylvester Ronny Pulene berbangga melihat murid dalam usia semuda itu sedia membantu rakan sekelas mereka biarpun tidak disuruh.