Tan Sri Musa Aman menzahirkan kekecewaannya dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu yang mengekalkan status Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri Sabah yang sah.
Menerusi satu kenyatan, Musa yang juga bekas Ketua Menteri Sabah telah mengarahkan peguamnya untuk membuat rayuan terhadap keputusan itu.
Bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah itu turut berpendapat bahawa isu itu belum selesai sepenuhnya selepas Mahkamah Tinggi menolak permohonan samannya ditolak memandangkan Musa telah kehilangan majoriti apabila enam Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bertindak keluar parti dan menyebelahi Mohd Shafie.
"Sudah tentu saya berasa kecewa dengan keputusan hari ini. Bagaimanapun suka saya tekankan bahawa isu ini bukan soal sama ada saya menjadi ketua menteri atau tidak," katanya dalam kenyataan itu.
"Ini soal mengenai keluhuran dan tafsiran sebenar terhadap Perlembagaan Negeri serta kuasa Yang Dipertua Negeri Sabah untuk melantik dan memecat ketua menteri," tambah Musa.
Terdahulu, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu menolak kesemua kes saman yang dipohon daripada Musa terhadap Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dan Mohd Shafie sekali gus mengekalkan status Mohd Shafie sebagai Ketua Menteri Sabah yang sah.
BACA: Shafie Apdal kekal Ketua Menteri Sabah
BACA: Siapa ketua Menteri Sabah yang sah? Shafie atau Musa
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Yew Jen Kie memberikan keputusannya pada pukul 4.10 petang ini terhadap saman pemula yang dikemukakan oleh Musa bagi mencabar pelantikan Mohd Shafie sebagai Ketua Menteri yang baharu kerana mendakwa beliau adalah Ketua Menteri Sabah yang sah.
Musa turut diarahkan membayar kos guaman sejumlah RM15,000 kepada Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dan jumlah yang sama kepada Mohd Shafie.
Astro Awani
Wed Nov 07 2018
Musa turut diarahkan membayar kos guaman sejumlah RM15,000 kepada Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dan jumlah yang sama kepada Mohd Shafie. - Gambar fail
Fahmi kesal Universiti Malaya jemput penceramah cetus kontroversi berkaitan Palestin
Beliau kesal terhadap Universiti Malaya kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi berkaitan Palestin.
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
Keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
[TERKINI] Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, keadaan stabil
Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada Rabu kerana mengalami Small Spontaneous Pneumothorax.
[TERKINI] UM mohon maaf, ambil tindakan segera tangani situasi
Universiti Malaya kesal dengan kenyataan kontroversi penceramah jemputan warga asing yang tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular dalam laman media sosial.
Malaysia-Jepun tekad perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata perjanjian persefahaman dapat membuka peluang kepada pemain sektor pembinaan Malaysia meneroka pasaran Jepun selaras dengan pelaksanaan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dengan kedua-dua negara adalah ahlinya.
Hati-hati akaun fleksibel, guna sewaktu persaraan - Pakar
Pencarum seharusnya lebih berhati-hati dan merancangan kewangan dengan lebih baik susulan pengenalan akuan fleksibel Kwsp yang baharu.
Nahas helikopter Lumut: Jasad Sivasutan selamat disemadikan
Jasad mendiang turut diberikan kawalan kehormat oleh 14 pegawai dan anggota TLDM sebagai penghormatan terakhir.
Musa Aman kecewa, arah peguam buat rayuan
Tan Sri Musa Aman melahirkan rasa kecewa dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu yang mengekalkan status Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri Sabah yang sah.