Bekas ketua menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman sekali lagi gagal hadir ke pembukaan rasmi Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah yang ke-15, hari ini.

Kelibat Musa yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga itu tidak kelihatan sepanjang istiadat persidangan berlangsung bermula pada jam 10 pagi tadi.

Ini kali ketiga beliau tidak menghadiri sesi sidang DUN Sabah sejak ia pertama kali diadakan pada 1 Julai lalu.

Untuk rekod, Musa berjaya mengangkat sumpah sebagai ADUN Sungai Sibuga pada 5 Sept lepas selepas gagal berbuat demikian apabila persidangan DUN Sabah diadakan buat kali pertama selepas pilihan raya umum.