Bekas ketua menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman dijangka hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya pagi ini.

Sumber memberitahu, Musa hadir bagi memberi keterangan berhubung dakwaan rasuah kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) selepas pilihan raya umum lalu.

Katanya, Musa juga diminta hadir untuk dirakam keterangan berhubung isu pembalakan melibatkan Jabatan Perhutanan Sabah.

Pada Rabu, Musa tiba di Kota Kinabalu dari Kuala Lumpur selepas hampir empat bulan menerima rawatan di United Kingdom dan sebuah pusat pakar perubatan di Subang Jaya.

BACA: 'Saya bukan seorang pelarian' - Musa Aman

BACA: Akhirnya, Musa Aman pulang ke Sabah


Sebaik sahaja tiba pada pukul 12.40 tengah hari, Musa bergegas ke Bangunan Dewan Undangan Negeri Sabah untuk mengangkat sumpah sebagai ADUN Sungai Sibuga.

Namun, beliau kemudiannya pulang semula ke Kuala Lumpur pada malamnya dengan menaiki pesawat peribadi.