Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman mengulangi komitmen untuk memberi kerjasama sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan rasuah pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.
Musa, yang mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sunga Sibuga, Rabu lalu, turut berharap sesi memberi keterangan kepada SPRM bagi membantu siasatan berhubung dakwaan terhadapnya itu dapat diteruskan secepat mungkin.
Ketepatan itu dinyatakan oleh peguamnya Ridha Abdah Subri dalam kenyataan di sini, malam ini.
Semalam, bekas Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah itu gagal meneruskan sesi bersama SPRM di Putrajaya kerana masalah kesihatan apabila terpaksa dikejarkan ke Hospital Putrajaya sebelum dirujuk ke Institut Jantung Negara (IJN).
BACA: Musa Aman dikejarkan ke IJN kerana masalah kesihatan
Ridha Abdah berkata Musa dirujuk ke IJN selepas SPRM mendapati tahap kesihatan bekas ketua menteri itu tidak begitu baik selepas melalui lebih dua jam dalam sesi memberi keterangan.
Menurutnya, Musa kemudian mendapatkan nasihat pakar kardiologi di IJN sebelum ditahan di wad untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.
"Pemeriksaan perubatan telah dijalankan dan atas nasihat pakar kardiologi, Musa dimasukkan ke wad bagi tujuan pemeriksaan perubatan dan rawatan lanjut oleh pakar-pakar kardiologi IJN," kata Ridha Abda.
Jumaat lalu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki memaklumkan pihaknya tidak tergesa-gesa untuk mengambil keterangan bekas Ketua Menteri Sabah itu berhubung dakwaan rasuah pada PRU14, 9 Mei lalu.
Menurut Azam, pihaknya membenarkan Musa mendapat rawatan dan sihat terlebih dahulu sebelum membuat keputusan lanjut.
Musa pada 26 Jun lalu mengesahkan beliau berada di United Kingdom atas urusan perubatan dan peribadi serta meninggalkan Malaysia secara sah pada 16 Mei lalu untuk rawatan perubatan di London. -- Bernama
Bernama
Fri Sep 07 2018
Musa mengulangi komitmen untuk memberi kerjasama sepenuhnya kepada SPRM berhubung dakwaan rasuah pada PRU14 lalu.
Colombia bergelut masalah air, takungan negara kering
Fenomena El Nino melanda di Colombia pada penghujung 2023, menyebabkan suhu tinggi dan kemarau.
Letusan Gunung Ruang: Gelombang tsunami boleh capai 25 meter
Heruningtyas berkata, potensi tsunami ini mengancam di kawasan sebelah barat Pulau Tagulandang.
Iran beri amaran Israel terhadap tindakan ketenteraan lanjut
Iran memberitahu Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) bahawa Israel mesti dipaksa untuk menghentikan sebarang operasi ketenteraan selanjutnya terhadap kepentingan Iran.
Penumpang kecewa penerbangan dibatalkan tanpa notis awal
Beberapa penumpang di Lapangan Terbang Sulawesi, Indonesia merungut penrbangan mereka dibatalkan tanpa notis awal susulan gunung berapi Ruang meletus sejak kelmarin sehingga mengeluarkan abu bahaya ke udara sekali gus membahayakan keselamatan.
Amaran tsunami boleh mencapai 25 meter
Badan Geologi, Kementerian Tenaga dan Sumber Daya Mineral Indonesia mengingatkan potensi tinggi gelombang tsunami yang diakibatkan oleh letusan Gunung Ruang di Kabupaten Sitaro, Sulawesi Utara mencapai 25 meter.
Banjir di Selangor menurun kepada 364 orang
Banjir di Melaka dan Negeri Sembilan pulih sepenuhnya setakat 8 malam tadi selepas kesemua mangsa dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.
Menurut laporan terkini info Bencana JKM, setakat 6 pagi Jumaat mangsa banjir di Selangor pula sedikit menurun kepada 364 orang pagi ini berbanding 483 yang dilaporkan pada malam Khamis.
Menurut laporan terkini info Bencana JKM, setakat 6 pagi Jumaat mangsa banjir di Selangor pula sedikit menurun kepada 364 orang pagi ini berbanding 483 yang dilaporkan pada malam Khamis.
DXB dijangka beroperasi semula dalam tempoh 24 jam
Terminal 1 dan Terminal 3 telah pun memulakan normalisasi secara beransur-ansur, menyebabkan pergerakan lebih lancar, katanya dalam kenyataan kepada Agensi Berita Emirates (WAM).
Bakal jemaah haji tidak ragu-ragu memilih TH
Berdasarkan reputasi dan kewibawaan menguruskan jemaah haji untuk tempoh yang lama, pasangan suami isteri, Azahar Mahamud dan Rohani Abdul Ghani tidak ragu-ragu memilih TH menguruskan mereka secara muassasah bagi musim haji 1445H/2024M.
UAE masih bergelut selepas ribut
Emiriah Arab Bersatu (UAE) masih bergelut dalam proses pemulihan selepas dilanda ribut yang menyebabkan sebahagian besar aktiviti negara terhenti.
Dua kali tolak tawaran, suami isteri sabar menanti untuk ke Baitullah
Pasangan suami isteri, Azahar Mahamud dan Rohani Abdul Ghani tidak sabar untuk menjadi tetamu Allah di Baitullah bagi musim haji 1445H/2024M, lebih-lebih lagi apabila dua kali menolak tawaran diberikan Lembaga Tabung Haji (TH) sebelum ini.
Bekas KM Sabah sifatkan Taib Mahmud penyumbang penting satukan rakyat Sarawak, Malaysia
Mereka menyifatkan Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud sebagai penyumbang penting terhadap penyatuan rakyat berbilang latar belakang di Sarawak khasnya dan Malaysia amnya.
Allahyarham Tun Taib pemimpin berpengalaman, fokus majukan Sarawak - Musa Aman
Musa dan keluarga turut menzahirkan ucapan takziah kepada Toh Puan Raghad Kurdi Taib dan keluarganya.
PRU15: Musa Aman hadir buang undi di Libaran
Tan Sri Musa Aman hadir membuang undi di Pusat Pengundian SMK Libaran pada jam 12.30 tengah hari.
PRU15: Musa Aman bertanding di Parlimen Libaran?
Ahli politik terkenal, Tan Sri Musa Aman dikhabarkan akan bertanding di peringkat Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
"Jaga Sabah Musa," bekas Ketua Menteri terkenang nasihat Allahyarham Rahimah
Sabah kehilangan seorang wanita yang berbudi pekerti luar biasa dan telah mempelopori peranan wanita dalam perkhidmatan awam.
Jawatan Ketua Menteri: Musa Aman tarik balik rayuan cabar pelantikan Shafie
Tan Sri Musa Aman menarik balik rayuannya di Mahkamah Persekutuan bagi mencabar kesahihan pelantikan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri Sabah.
Kedudukan negara dalam CPI jatuh: Ini antara kes rasuah di Malaysia pada tahun 2020
Antara faktor kepada penurunan itu adalah kerana kegagalan pembentangan Rang Undang-undang (RUU) Pembiayaan Politik, serta beberapa pendakwaan rasuah yang digugurkan.
Indeks Persepsi Rasuah: Malaysia jatuh ke tangga 57
Malaysia mencatatkan skor sebanyak 51 daripada 100 berbanding skor sebanyak 53 peratus pada tahun sebelumnya.
Pemimpin Sabah ucap takziah pemergian ADUN Bugaya
Pemimpin Sabah mengucapkan takziah kepada keluarga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bugaya Datin Manis Muka Mohd Darah, yang meninggal dunia hari ini.
UMNO, BN tidak puas hati? Mana ada - Ketua Menteri Sabah
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor berkata, pemimpin parti tersebut memberikan sokongan kepada pembahagian jawatan tersebut.