Penguasaan Bahasa Inggeris yang semakin lemah di Malaysia pernah menjadi isu panas dan ia kembali menarik perhatian ramai apabila Tun Dr Mahathir Mohamad mahu penjawat tinggi awam mengambil ujian kecekapan Bahasa Inggeris.
Perdana Menteri yang membuat pengumuman itu pada 6 Jun lepas dipetik sebagai berkata "mustahak bagi penjawat tinggi awam untuk menguasai bahasa Inggeris yang baik kerana mereka mempunyai mesyuarat di luar negara."
Perkara ini turut membuka siri perdebatan baru di kalangan anggota masyarakat yang turut menjadikannya topik perbincangan pada sesi sembang, baik di laman sosial mahupun di kedai kopi.
'BUKAN PERKARA BARU'
Isu tahap penguasaan Bahasa Inggeris yang tidak memuaskan di kalangan rakyat Malaysia secara umumnya bukanlah satu perkara yang baharu.
BACA: Pegawai tinggi Kerajaan perlu kuasai Bahasa Inggeris - PM
Dalam bidang pendidikan sebagai contoh, polemik penggunaan bahasa ini sebagai bahasa perantara bagi pelajaran Matematik dan Sains pernah menggegarkan negara tidak lama dahulu.
Dr Mahathir dalam satu acara di Melaka pada 2014 pernah menyatakan bahawa mempelajari Bahasa Inggeris tidaklah bermakna menolak Bahasa Melayu atau menjadikan warga Malaysia sebagai orang barat.
"Cuma bahasa ini (Inggeris) gerbang bagi ilmu. Tidak guna ada emas sebesar mana pun di bawah rumah kita kalau kita tidak tahu macam mana hendak keluarkan," kata beliau lagi.
'TINGKAT KEYAKINAN DIRI'
Perkara sama turut diulas Ketua Umum Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada akhir bulan lalu yang menyatakan sekiranya Malaysia mahu bergerak sebagai negara maju, ia perlu memantapkan penguasaan Bahasa Inggeris.
"Tetapi sikap kita harus terbuka jika Malaysia nak berjaya sebagai negara maju maka penguasaan bahasa Inggeris juga perlu baik," katanya seperti yang dilaporkan Bernama.
Hal ini turut disokong Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik yang pada 9 Jun lalu yang menyatakan keputusan mewajibkan pegawai kanan kerajaan mengambil ujian kecekapan bahasa Inggeris akan memastikan mereka mempunyai keyakinan diri yang tinggi apabila berkomunikasi dengan pihak asing.
"Sudah tentu ramai (pihak asing) akan bertanya dan ingin belajar dengan Malaysia, tapi kalau pegawai kita gagal berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan standard yang baik, ia akan mencemarkan reputasi negara," kata beliau seperti yang turut dilaporkan Bernama.
Malah bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron pada 2016 juga pernah meluahkan kekecewaan beliau terhadap penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pegawai kerajaan gred 41.
Beliau menyifatkan perkara itu sebagai merungsingkan kerajaan negeri dan beliau sendiri dalam memacu Melaka menjadi negeri pelabuhan antarabangsa.
'MEWAKILI NEGARA'
Aktivis sosial Tan Sri Lee Lam Thye pula ketika dihubungi Bernama memberitahu beliau percaya secara umum pegawai kerajaan mempunyai kemampuan berbahasa Inggeris tetapi berpendapat perlunya ada peningkatan terhadap mutu Bahasa Inggeris mereka.
Menurut beliau, apa yang penting adalah untuk bercakap Bahasa Inggeris dengan kualiti yang tinggi dan bukan yang salah tatabahasa dan penyampaian yang tidak menarik supaya mereka boleh berkomunikasi kepada dunia dengan lebih berkesan.
"Ini akan menguntungkan negara Malaysia jika kita ada pegawai kerajaan yang boleh bertutur dan berinteraksi dengan penjawat awam dari luar negeri, duduk dalam meja rundingan dalam Bahasa Inggeris, menyampaikan sendiri hasrat hati kita tanpa memerlukan khidmat jurubahasa," ulas beliau.
Tambah beliau, apa yang lebih baik lagi adalah jika seseorang penjawat awam boleh menguasai tiga bahasa termasuk bahasa ibunda mereka kerana ini dapat memberi imej yang lebih terampil bagi negara Malaysia yang kaya dengan elemen antara kaum dan budaya.
"Kita tidak perlu ikut Jepun yang memang mengamalkan dasar satu bahasa. Mengadakan penterjemah bagi Jepun dan China memang sudah menjadi satu kelaziman.
"Tetapi sebagai rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan kaum, rakyat kita lebih suka menguasai bahasa lain, lebih-lebih lagi apabila kita boleh berinteraksi dengan dunia tanpa perlu menggunakan khidmat penterjemah," jelas beliau.
'MEDIUM ILMU'
Ketua Pegawai Eksekutif Institut Terjemahan Buku Malaysia (ITBM), Khir Ngadiron pula berpendapat di samping kesedaran keperluan meningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris, satu perkara yang lebih penting adalah soal penguasaan ilmu, pengisian dan pengetahuan.
Sekiranya perlu, khidmat badan seperti ITBM boleh digunakan untuk menjadi jurubahasa pada program besar.
"Jangan kita hilang arah dengan terlalu mementingkan soal medium, soal alat kerana Bahasa Inggeris itu adalah alat untuk menyampaikan sesuatu. Jangan hanya pandai berbahasa Inggeris tetapi pengetahuannya tidak bagus kerana akhirnya dia tidak dapat menyumbang apa-apa pun," ulas beliau.
Beliau mengambil contoh ketika Perdana Menteri membuat lawatan rasmi ke Jepun baru-baru ini, sesi soal jawab melibatkan Dr Mahathir diterjemahkan sepenuhnya ke Bahasa Jepun walaupun Dr Mahathir bercakap menggunakan Bahasa Inggeris.
Bagi Khir, ini adalah satu contoh yang baik di mana kemajuan negara berjalan seiring dengan penguatkuasaan bahasa ibundanya.
Bagi pihak ITBM Khir berkata pihaknya sedia untuk membantu pihak kerajaan mencapai aspirasi ini dengan menyediakan latihan kepada pegawai kerajaan yang memerlukannya.
'USAHA SEMASA'
Menurut laman sesawang Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), program Penilaian Kemahiran Bahasa Inggeris (ELPA) dilaksanakan sejak 1998 dan hingga kini menilai lebih daripada 10,000 pegawai bermula dari Gred 41 dan ke atas dari pelbagai skim perkhidmatan.
Penilaian ELPA diperkenalkan untuk menilai pegawai dari kumpulan pengurusan dan professional iaitu Skim Perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD).
Penilaian ini dijalankan oleh Unit Bahasa Inggeris, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dan dibangunkan bersama dengan pakar penilai dari University of Reading, United Kingdom bermula dari tahun 1997 hingga tahun 2000.
Penilaiaan ELPA mengandungi tiga komponen iaitu bacaan, penulisan dan pertuturan. Setiap komponen direka bentuk dengan teliti untuk menguji pengunaan Bahasa Inggeris di tempat kerja pegawai dari pelbagai keadaan dan latar belakang.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 20 2018
Dr Mahathir pernah menyatakan bahawa mempelajari Bahasa Inggeris tidaklah bermakna menolak Bahasa Melayu. - Foto fail
Penyerang Kamal Adli dijatuhkan hukuman lebih 2 tahun oleh mahkamah Singapura
Lelaki yang menyerang pelakon Malaysia, Kamal Adli menggunakan belantan tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu.
Peruntukan pembangkang: Terserah Muhyiddin untuk persoal keikhlasan kerajaan - Fadillah
Beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
SPRM jangka ada beberapa tangkapan isu tuntutan palsu anak menteri besar - Azam
SPRM akan membuat beberapa tangkapan lagi, berhubung kes melibatkan anak seorang menteri besar bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
SPRM akan panggil beberapa lagi individu bantu siasatan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil beberapa lagi individu bagi membantu siasatan dakwaan pemalsuan dokumen tuntutan berjumlah RM600,000 melibatkan lima individu termasuk anak seorang Menteri Besar.
Pak Lah stabil, masih perlukan rehat secukupnya
Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), di sini, pada Rabu setelah mengalami small spontaneous pneumothorax.
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
SPRM tidak pernah henti siasatan kes LCS - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghentikan siasatan berhubung kes pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Liga Arab gesa UNSC terima pakai resolusi gencatan senjata di Gaza
Majlis Liga Arab gesa Majlis Keselamatan menerima pakai resolusi, di bawah Bab VII Piagam PBB memaksa Israel untuk gencatan senjata di Gaza.
Insiden kecoh ketika pengebumian: Pemandu kereta tertekan hon kerana panik - Polis
Polis menerima laporan seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika pengebumian Komander Muhammad Firdaus Ramli, di Masjid Jamek Sungai Nibong malam tadi.
Isytihar harta: Tun M antara individu yang disiasat SPRM
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat SPRM berhubung isu pengisytiharan harta.
PRK Kuala Kubu Baharu: Bakal calon disaran isi borang, buat semakan awal - SPR
Bakal calon yang ingin bertanding dalam PRK Kuala Kubu Baharu disaran mengisi borang dan membuat semakan awal.
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Agong berkenan meriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidilfitri Kementerian Perpaduan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan memeriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidifitri Kementerian Perpaduan Negara.
PM Anwar meriahkan sambutan ulang tahun ke-15 UKAS
Perdana Menteri menyantuni Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) di bawah Jabatan Perdana Menteri, yang menyambut ulang tahun ke-15 mereka.
PM Anwar tubuh Jawatankuasa Penasihat Dasar Kepada Perdana Menteri - PMO
Perdana Menteri menubuhkan Jawatankuasa Penasihat Dasar Kepada Perdana Menteri untuk memberi khidmat nasihat terkait soal pembangunan negara dan daya tahan ekonomi.
KL20 2024: Pelabur asing iktiraf masa tepat untuk melabur di Malaysia - PM
Ia bersandarkan kepada kestabilan dalam kerajaan dan tadbir urus yang baik, selain sifat pro-perdagangan dan pendirian neutral oleh Malaysia.
Sidang Kemuncak KL20 2024 bermula hari ini
Sidang kemuncak dua hari itu bakal mendedahkan kertas tindakan KL20 yang akan dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Isu DNB diputuskan minggu depan - Anwar
Isu berhubung dakwaan Digital Nasional Bhd (DNB) bertindak tidak telus dalam menjalankan operasi dalaman, akan diputuskan kerajaan pada minggu depan.
Freedom Flotilla to Gaza: Pendirian Malaysia kekal tegas dalam isu Palestin - Duta Malaysia ke Turki
Pendirian Malaysia dalam isu melibatkan kekejaman rejim Israel terhadap penduduk di Gaza kekal tegas di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PRK Kuala Kubu Baharu: Presiden MIC janji turun berkempen esok - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak dakwaan yang mengatakan MIC tidak akan turun berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.
Agenda reformasi kerajaan adalah tekad politik bantu rakyat - Anwar
Agenda reformasi yang dilaksanakan Kerajaan Madani merupakan tekad politik untuk membantu golongan rakyat yang memerlukan.