Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) hari ini digantung secara perlembagaan selepas menghadapi masalah serius dalam tadbir urusnya.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA), Salahuddin Ayub berkata aspek kopetensi, kebertanggungjawaban dan ketelusan dalam kepimpinan Ahli Jemaah Pengarah (AJP) dan pengurusannya menjadi sebab ia digantung.

“Tujuan penggantungan adalah untuk menambah baik keberkesanan sistem penyampaian NAFAS bagi memastikan NAFAS kembali kepada peranan asalnya iaitu memajukan kepentingan ekonomi, sosial dan kebajikan ahlinya.

“Kerajaan melalui MOA dan pendaftar Lembaga Pertubuhan Peladang akan menyusun satu rangka kerja ke arah mengembalikan tadbir urus korporat yang mantap dapat diwujudkan,” katanya dalam sidang media di pejabatnya di sini hari ini.

Jelasnya, NAFAS akan digantung sekurang-kurangnya tiga bulan dan satu laporan siasatan lengkap akan dikeluarkan dalam tempoh itu.

Tambahnya, jika terdapat sebarang unsur jenayah, laporan akan dibuat kepada pihak polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


BERITA LANJUT MENYUSUL