Dua lelaki warga Indonesia adalah antara tiga yang terbunuh dalam kemalangan membabitkan empat buah kenderaan di KM42 Jalan Kluang Barat-Mersing, Kluang, berhampiran sebuah ladang agro pelancongan, malam tadi.
Dalam kejadian pukul 9.20 malam itu, Jambong, 63, yang juga penunggang sebuah motosikal dan pemboncengnya - Suparman, 36, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah.
Kemalangan itu turut mengorbankan seorang pemandu kereta, Aishah Afiqah Mashaizar, 26, dan mencederakan tiga lagi individu lain.
Ketua Polis Daerah Kluang ACP Mohd Abduh Ismail berkata kejadian dipercayai berlaku ketika motosikal yang dinaiki Jambong dan Suparman dari arah Kluang menuju ke Ayer Hitam mahu masuk ke simpang ladang berkenaan, namun tiba-tiba dilanggar sebuah kereta jenis Perodua Myvi dari arah belakang.
Akibat pelanggaran itu, Suparman terpelanting dan jatuh di atas sebuah kereta lain yang datang arah bertentangan manakala kereta Myvi itu pula bertembung dengan kereta dipandu oleh Aishah Afiqah.
“Jambong dan Suparman maut di tempat kejadian manakala Aishah Afiqah meninggal dunia di wad kecemasan Hospital Kluang.
"Tiga mangsa lain yang turut cedera dalam kemalangan itu dimasukkan ke wad hospital untuk menerima rawatan,” kata beliau dalam kenyataan di sini.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
— BERNAMA
Bernama
Sat Feb 08 2020
Kejadian dipercayai berlaku ketika motosikal yang dinaiki Jambong dan Suparman mahu masuk ke simpang ladang, namun tiba-tiba dilanggar sebuah Perodua Myvi dari arah belakang.
Kerja ganti paip lama di Seluruh Sarawak bermula tahun ini
Sarawak akan memulakan kerja-kerja penggantian saluran paip lama sepanjang 2,740 kilometer di seluruh negeri itu bermula tahun ini.
Julaihi beri jaminan bekalan air di Sarawak pada Hari Raya mencukupi
Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak mengingatkan orang ramai supaya elakkan pembaziran meskipun bekalan air ketika Hari Raya nanti dijamin mencukupi.
90 peratus kawasan terlibat kebakaran hutan berjaya dipadamkan
Operasi pemadaman kebakaran hutan di Kuala Baram sejak seminggu lalu berjaya dengan 90 peratus api dikawasan terjejas berjaya dipadamkan.
Pembantu bengkel diberkas, bakar mercun tengah jalan
Tindakan seorang lelaki membakar mercun di tengah jalan ketika menyertai perarakan mengiringi upacara pengebumian dekat pekan Banting di sini mengundang padah apabila diberkas polis pada Rabu.
El Nino: Al-Sultan Abdullah tinjau Sungai Pahang, titah adakan solat hajat
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan meninjau Sungai Pahang yang dilaporkan surut akibat fenomena El Nino.
Hujan roket Hizbullah gegar utara Israel
Pejuang Hizbullah pada Rabu melancarkan kira-kira 30 roket dari Lubnan ke kawasan utara Israel selepas gerakan disokong Iran itu berikrar untuk 'menghukum' rejim Zionis.
Tol percuma sempena Aidilfitri 8, 9 April - Alexander
Pengguna lebuh raya membabitkan kenderaan persendirian (Kelas 1) diberi kemudahan tol percuma selama dua hari iaitu 8 dan 9 April bersempena dengan sambutan Aidilfitri tahun ini.
Penstriman haram: Jangkitan malware berisiko akibatkan kecurian, penipuan identiti pengguna
Awas dan jangan mudah terpedaya dengan sebarang akses haram yang menawarkan pelbagai filem dan siri televisyen kerana ia mungkin menyimpan perisian hasad atau malware.
Insentif cukai baharu untuk syarikat berstatus Malaysia Digital
Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) akan memperkenalkan insentif cukai baharu kepada syarikat berstatus Malaysia Digital (MD) dan syarikat berstatus Koridor Raya Multimedia (MSC) sedia ada.
Gentari setuju saranan tubuh konsortium bantu pemain solar - DPMM
Gentari Sdn Bhd menyatakan persetujuannya dengan saranan untuk mewujudkan konsortium dianggotai pemain industri solar.
Wanita hamil maut motosikal dinaiki berlanggar dengan van klinik pergigian
Seorang wanita Orang Asli yang hamil empat bulan maut selepas motosikal dinaikinya berlanggar dengan van klinik pergigian di Kilometer 37.8 Seremban-Tampin, Pekan Kota di sini petang tadi.
Pekebun mengaku tidak bersalah cederakan anggota polis
Dia didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan parah terhadap seorang anggota polis dengan melanggar mangsa menggunakan sebuah kereta.
Pekerja penyelenggara maut kepala tersepit lif
Seorang pekerja penyelenggaraan maut selepas kepalanya tersepit ketika menyelenggara lif di sebuah kompleks beli-belah di Jalan Burmah, Pulau Pinang pada petang Selasa.
Lelaki maut dihempap pokok
Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala.
Lelaki cedera parah kereta rempuh kedai
Kereta mangsa dipercayai terbabas sebelum merempuh sebuah kedai di tepi jalan.
Lelaki parah ditembak lelaki tidak dikenali
Mangsa yang identitinya masih dirahsiakan itu, telah dirujuk ke Hospital Miri untuk rawatan lanjut.
Penunggang maut, motosikal bertembung kereta di Jalan Ipoh - Butterworth
Kemalangan melibatkan kereta jenis Toyota Corolla yang dipandu lelaki berusia 44 tahun, datang dari arah Bagan Serai ke Semanggol.
Gara-gara hutang, lelaki parah ditikam
Gara-gara hutang, seorang lelaki parah akibat ditikam menggunakan senjata tajam dalam pergaduhan di sebuah pasar awam di Pulau Pinang pada petang Rabu.
Pekebun mengaku tidak bersalah tetak abang kandung
Tertuduh, Azmi M Taib, 53, membuat pengakuan tersebut dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan hakim.
Wanita parah dihempap pokok ketika mandi air terjun
Seorang wanita cedera parah manakala dua lagi rakannya mengalami cedera ringan selepas dihempap pokok ketika mandi di Air Terjun Batu Bertenggek pada Khamis.